Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Disember 30, 2016

Panas!! : Ulama Pas iringi menteri Umno ke London

Kehadiran pemimpin Pas dalam program anjuran Umno di London menguatkan lagi tanggapan kerjasama politik kedua dua parti itu menjelang PRU14.Kehadiran pemimpin Pas dalam program anjuran Umno di London menguatkan lagi tanggapan kerjasama politik kedua dua parti itu menjelang PRU14.
"Terbang ke London bukan untuk menghantar surat saman Pas berhubung isu laporan portal Sarawak Report tetapi rupa-rupanya makan angin dengan menteri Umno-BN..."
Itu antara reaksi netizen selepas tersebarnya gambar seorang pemimpin Pas bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom di media sosial dalam satu program anjuran pertubuhan di bawah Umno, Badan Perhubungan Negara United Kingdom (BPN UK).  
Kehadiran Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Pas, Dr Khairuddin Aman Razali di London pada 27 Disember lalu dikatakan bagi majlis penerangan berkaitan usul pindaan Akta 355.
Pindaan berkenaan yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah itu bagi meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM200,000 dan 100 kali sebatan.
Semakan Malaysia Dateline di laman rasmi Facebook, Kelab Umno Luar Negara (UK) mendapati poster program tersebut memaklumkan slot "Teh Tarik Session" itu diadakan di Malaysia Hall.  
Walau bagaimanapun, kehadiran pemimpin Pas dalam program tersebut dilihat banyak pihak menguatkan lagi tanggapan tentang kerjasama politik antara parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dengan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Gandingan pemimpin Pas dan Umno dalam program itu juga berlangsung ketika rakyat di negara ini menempuh tahun 2016 dengan bebanan kenaikan mendadak kos sara hidup yang gagal ditangani kerajaan BN selain kes menjolok mata membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mengulas kehadiran Khairuddin dan pengisian program itu, blogger Shahbudin turut melontarkan pelbagai soalan termasuk menyentuh tiadanya aktiviti penjelasan pindaan Akta 355 di Malaysia sebelum ini.
"Kenapa tidak pernah diadakan 'sesi teh tarik' membincangkan akta yang sama di dalam negara atau di Jerai yang merupakan kawasan Parlimen Jamil Khir sendiri?
"Adakah semua orang dalam negara sudah faham mengenai Akta 355, lalu tidak perlu diadakan sesi dialog atau kerana teh tarik mamak di sini tidak sesedap teh tarik di kota London?" bidasnya sinis dipetik daripada blog beliau.  
Shahbudin turut bertanyakan sesi serupa kepada parti-parti komponen BN yang umum diketahui menentang pindaan peruntukan yang bertujuan menambah baik institusi Mahkamah Syariah itu.
"Bila pula Jamil Khir mahu mengadakan 'sesi teh tarik' dengan MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak yang masih menentang Akta 355 itu?" soalnya lagi.
Polemik tentang pindaan terhadap Rang Undang-Undang 355, berkaitan Akta Mahkamah Syariah, Bidang Kuasa Jenayah 1965 itu menyaksikan pemimpin Pas bertegas mahu mengemukakannya sebagai usul pensendirian walaupun pihak kerajaan yang lebih wajar berbuat demikian.
Namun, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang pada 24 November lalu, meminta proses huraian bagi cadangan RUU 355 ditangguhkan sehingga sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang dengan alasan masih ada pihak tertentu yang keliru.
Untuk rekod, Rang Undang-undang persendirian meminda Akta 355 itu telah dipercepat di Parlimen pada 26 Mei lalu iaitu 10 hari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Walau bagaimanapun, Abdul Hadi pada hari terakhir sidang parlimen untuk sesi itu memohon perbahasan itu ditangguhkan pula ke sesi seterusnya ketika membacakan cadangan pindaan berkenaan.
Selepas dua kali Hadi meminta penangguhan, akhirnya Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat 'menamatkan' seketika polemik dalam masa sama mengheret pertelagahan antara penyokong Pas dan AMANAH.
Dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2016, 1 Disember lalu, Najib memberitahu pindaan Akta 355 akan diambil alih pihak kerajaan memandangkan ia adalah usul persendirian yang akan dikaji pihak kerajaan.
mdl

IKLAN BERBAYAR 

Image result for bukti gaji tone excel

10 ulasan:

  1. Apa yang peliknya? Bahlol.

    PAS dan UMNO bekerjasama adalah sesuatu yang boleh mengeratkan tali sirratulrahim sesama mukmin.

    Yang peliknya kalau ulamak PAS iringi penyembah berhala DAP ke London dan meninggalkan mukmin.

    Lagi pelik kalau Pakatan Haprak masih lagi memujuk, merayu dan melutut kepada PAS supaya bekerjasama dengan mereka, bertambah bahlol pemimpin Haprak pasal tak reti bahasa.

    Nampak sangat pemimpin Haprak tiada kekuatan, bacul dan lemah untuk menghadapi BN pada pru 14 nanti tanpa kerjasama dari PAS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg bahlol tu walaun2 biol. Dulu Ayahtollah Hadi buat amanat kata Umno tu kafir. PAS pulak Parti Ajaran Syiah yg sesat.

      Elok sgtlah tu nak bekerjasama antara parti kafir dgn parti ajaran sesat. Habis hancur org Melayu dan Islam di negara ni bila agama dipolitikkan utk kepentingan peribadi pemimpin.

      Yg buat kat london utk 2,3 kerat org dgr tu tak boleh buat dlm Msia ke?

      Walaun2 biol cer tanya kat lebai2 jual agama tu pergi london curi duit rakyat atau duit parti?

      Padam
    2. Kalau tak faham amanat TGHA jangan komen la bahlol, otak kau dah kena cuci dengan kafir DAPigs.

      Tengok Turki, mereka ada pendirian yang mengatakan TGHA dilandasan yang betul. Mereka dah join block Russia.

      Bukan sunni-syiah yang jadi isu, isunya ialah campur tangan kuasa asing.

      Kalau setakat duduk depan keyboard jadi warrior didalam bilik yang sempit tak perlu la nak komen TGHA yang berjuang dilapangan antarabangsa.

      Kamu masih jauh lagi biul, bahlol dan tolol yang begitu mudah dipengaruhi anasir kafir. Bodoh dan banggang.

      Padam
    3. Amanat pebende walaun.Amanat dedak ker?Saman 90 juta bila mau saman?lagi mau ckp amanat....lahahat adalah pas skrg.kahkahkahkahkah

      Padam
    4. Walaun mmg bahlol tahap gaban. Dlm negara sendiri Hadi mereng jd pemecahbelah umat Islam. Parti sendiri dia yg buat huru hara kacau bilau. ada hati nak damaikan sunni dan syiah yg membunuh muslim syria. Walaun biol bolehlah dia kencing.

      Org2 mukmin dlm Amanah dilabel pelbagai gelaran buruk dan dibuat musuh. Jutaan org Umno dikafirkan. Semuanya kerana kepentingan diri dan gila kuasa bkn krn Islam.

      Dulu Amanat kafirkan umno dipanggil toghut bagai krn ikut undang2 penjajah skrg boleh lak berpeluk sedondon. Maknanya Hadi dan Pas pun dh jd kafir.

      Gerombolan gi london tu curi duit rakyat atau duit parti?

      Padam
  2. Kahkahkahkahkag.puihhhhh.bukan syiah sunni issue konon..cuba kalau matsabu yg pergi, 24 jam walaun melalak matsabu syiah.....piuhhhhhhh.otak walaunggas mcm taik.kahkahkahkahkah

    BalasPadam
  3. Bila pas nk saman sarawak report?Hadi janji dulu dlm Sebulan.setelah bbrp bulan kasi hantat tuntutan je kat sarawak report pastu kasi masa 7 hari pd sarawak report. Ni dah lebih 10 hari dah ni...siapa yg munafik ni????Ulamak munafik perompak balak ni lgi ker nk percaya? Caya la pas xberani nk saman.membuktikan dah melahap 90juta wang rasuah.......alahai pas.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn marah parti pan.. dah lah pkr tak kasi bertanding di selangor.. bagai melukut di tepi gantang..

      Padam
    2. Tak marah punnn..dah jelas lebai2 temberang PAS mkn duit rasuah 90juta dari ketua penyamun.kahkahkah

      Takbir!

      Padam
    3. Xmarah pun wanrosli.cuma nk igtkan wanrosli yg fitnah tu dosa besar..so lama p cari video tu harap2 sudah ada video matsabu tolak hudud.cuba share kami nk tgk

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...