Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Ogos 25, 2015

SEMPERNA HIMPUNAN GEGASI BERSIH 4.0...KUALA LUMPUR..

Image result for bersih 4

Gerakan Harapan Baru (GHB), DAP dan AMK akan mengerahkan sukarelawan masing-masing, yang kesemuanya berjumlah 1,700 orang, bagi menjaga keselamatan himpunan BERSIH 4 pada Sabtu ini.

Sukarelawan itu terdiri daripada pasukan sukarelawan GHB - Amal Relief Malaysia (ARIF) seramai 500 orang, Unit Tindakan Khas DAP 500 orang dan SKUAD AMK 700 orang.

Antara tiga pasukan sukarelawan ini, ARIF paling menarik perhatian ramai kerana kebanyakan anggotanya merupakan bekas anggota Unit Amal PAS.

Ketua ARIF Juhari Osman berkata walaupun pasukan sukarelawan yang diketuainya telah tukar nama, namun kebanyakan anggota ARIF sukarelawan lama yang biasa menjaga perhimpunan.

Katanya, anggota sukarelawan ARIF akan berusaha menjaga keselamatan peserta himpunan dan membantu mengawal keadaan himpunan.

"Walaupun nama beza, tapi kami adalah orang yang sama," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Juhari Osman adalah bekas ketua Unit Amal PAS, dan kerap mengetuai Unit Amal PAS untuk bertugas dalam beberapa himpunan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Juhari berkata ARIF mempunyai 500 anggota setakat ini dan 70% daripadanya bekas anggota Unit Amal PAS yang kebanyakannya mempunyai pengalaman mendalam dan pernah bertugas dalam tiga himpunan BERSIH sebelum ini.

 http://rm20segera.com/?r=te2u

ARIF pakai baju jingga

"Anggota ARIF akan memakai baju jingga pada hari himpunan dan mula bergerak dari Masjid Jamek," katanya.

"Saya mengalu kehadiran semua rakyat ke himpunan BERSIH, kami berjanji akan memberi khidmat yang terbaik berdasarkan pengalaman kami," katanya.

Katanya, ARIF membuka keanggotaan kepada semua kaum dan mempunyai sasaran untuk mencapai 1,000 anggota pada akhir tahun ini.

Ditanya sebab meninggalkan Unit Amal PAS, Juhari Osman mendakwa Unit Amal PAS kini diikuasai ahli politik dan tidak dapat berkhidmat kepada rakyat secara terus.

"Kami tidak mahu budaya politik menguasai Unit Amal, maka kami terpaksa keluar kerana matlamat kami adalah untuk menjadi sukarelawan untuk rakyat," katanya.

Katanya, ARIF merupakan satu platform untuk mereka yang benar-benar ingin bekerja dan berkhidmat untuk rakyat.

Sementara itu, Ketua Unit Tindakan Khas DAP Eddie Ng Tien Chee berkata pihak anggotanya akan memakai baju merah pada hari himpunan.

Eddir Ng turut merupakan ADUN DAP Balakong, beliau berharap peserta himpunan dapat mengawal emosi jika menghadapi apa-apa provokatif semasa berhimpun.

Kawal emosi

"Kami ingin menegaskan perhimpunan yang aman, mungkin ada orang akan memprovokasi peserta himpunan namun saya menasihati peserta agar menahan emosi.

"Kami juga harap peserta dapat mengikuti arahan sukarelawan agar himpunan dapat dijalankan dengan lancar dan aman," serunya.

Katanya, Unit Tindakan Khas DAP adalah satu pasukan sukarelawan yang juga terlibat dalam pelbagai aktiviti bantuan bencana dan perkhidmatan sosial, selain bertugas dalam himpunan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi turut berkata SKUAD AMK akan mengerahkan 700 anggota untuk membantu dalam himpunan ini.

Ahli SKUAD AMK akan memakai baju uniform hitam pada hari himpunan.

"SKUAD telah menjalani latihan dan diberi taklimat berterusan tentang himpunan #Bersih4.

“Peguam-peguam AMK turut akan bertugas membantu pasukan guaman #Bersih4,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BERSIH 4 akan berlangsung serentak di tiga kota besar negara itu, iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching selama 34 jam sehingga detik 12 tengah malam Hari Merdeka.

Berdasarkan sambutan melalui sumbangan dana dan jualan kemeja t rasmi, ia dilihat sekali lagi bakal mendapat sambungan besar.

mk

1 ulasan:

  1. Insyllah dari kami 10 000 orang yang mahukan Malaysia baru !!!

    Anak anak Kelantan terenganu Pahang di perantauan. !!!

    Bersihkan MalaysiaL dari

    Malapetaka kapal tak boleh selam, penyerang sulu, kapal hilang, kapal di tembak jatuh, Mongolia di bunuh, 1mdb, pemenjaraan Anwar, banjir besar, cincin 70juta, ringgit susut nilai, saham menjunam, bond tak laku, rusuhan kaum, pegawai di pecat, hakim di jual, pendemo di tangkap, rasuah di julang, menteri di buang, ahli umno di suap wang haram, bini jadi kepala negara...

    Masyallah banyak ya ...
    Tolong bersihkan!!!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...