Seorang pemimpin Umno mendakwa derma diberi pihak tertentu dari Timur Tengah kepada Datuk Seri Najib Razak sebelum ini bertujuan untuk membiayai perjuangan melawan DAP "yang dibiayai Yahudi".
Ketua Umno Sri Gading Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, jika parti itu kalah dalam pilihan raya, DAP yang disokong Yahudi akan berkuasa.
"Rakan-rakan (di kalangan) pemimpin Islam menyedari ancaman DAP ini.
"Kalau kerajaan Islam Malaysia tumbang, rosaklah perjuangan Islam seluruh dunia," katanya di mesyuarat tahunan Umno bahagian itu di Johor hari ini.
Ahli Parlimen Sri Gading itu bercakap demikian merujuk kepada dana bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian perdana menteri menjelang pilihan raya umum ke-13 pada 2013 lalu.
mk
Woit islam apa malaysia ni?
BalasPadamkata islam tapi bini pemimpin pun tak tutup aurat
kata kukuhkan mahzab syafie tapi nabi muhammad dan imam syafie suruh bayar zakat guna makanan ruji tapi mufti malaysia suruh bayar pakai wang tunai
kata pemerintahan berpaksikan islam tapi kenyataannya lebih teruk dari manusia tak berugama
woit apa ni umno, pemimpin yg bangang pun ada orang sokong?
haizz... no eyes see...
BalasPadam