Olen Ustaz Idris Ahmad
Ketika saat getir begini marilah sama-sama kita menghala muncung senapang kita kepada musuh, bukan sesama sendiri.
Sebagaimana pesanan Imam Hassan al-Banna "Kewajipan lebih banyak daripada waktu".
Sebenarnya
kerja di dalam PAS ini banyak, tetapi kita amat kurang amilinnya
(petugasnya). Orang hendak mendengar ceramah ramai, tetapi sedikit orang
yang hendak mengatur ceramah.
Ramai orang hendak mengundi, tetapi sedikit orang yang bekerja untuk menarik pengundi.
Begitu
juga ramai orang yang hendak mengkritik, tetapi sedikit orang yang
melaksanakan apa yang dia kritik. Alangkah baiknya jika kritik disusuli
dengan tindakan.
Pages - Menu
▼
Pages - Menu
▼
Sabtu, Januari 31, 2015
Isu PBT : TG Abdul Hadi sedang berusaha demi kepentingan masyarakat setempat kata Pemuda PAS
KUANTAN – Pas dan DAP perlu mengadakan sesi dialog dan perbincangan bagi menyelesaikan segara isu pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Ketua Pemuda Pas Pahang, Nazri Ahmad berkata, itu langkah yang sepatutnya dilakukan dalam usaha mencapai kata sepakat yang semakin mengeruhkan hubungan dua parti komponen PR itu.
Jumaat, Januari 30, 2015
Dakwah : Liberalisme bukan jalur Islam
Foto Hiasan..
MAKSUD liberal dari sudut istilah membawa makna bebas atau pembebasan. Faham ini berkembang di Barat di Abad Pertengahan dan membawa pertentangan antara agama dan negara.
Liberalisme adalah suatu faham membebaskan manusia dari belenggu tahyul dan sesuatu yang tidak rasional lalu lahir modenisme dan pascamodenisme yang menolak agama sebagai sumber ilmu dan kehidupan dan menjadikan akal dan sains sebagai sumber pedoman untuk mendapatkan kebenaran mutlak.
Terdapat dalam kalangan orang-orang Islam juga mahu melakukan liberalisasi terhadap agama dengan melakukan tafsir dan taawil yang menyalahi pendirian ulama muktabar.
Khamis, Januari 29, 2015
ULAMA PAS : WAJIB TAAT TG HADI..
Dewan Ulama PAS Pusat mahu Penasihat DAP Lim Kit Siang memahami kebimbangan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi tentang kesan buruk jika hanya satu kaum yang memonopoli kemenangan dalam pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Pemangku Timbalan Ketua Datuk Mahfodz Mohamad berkata bantahan Hadi itu tidak ada kaitan kononnya PAS tidak yakin menang jika pilihan raya itu dilaksanakan, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Sehubungan itu, Mahfodz menggesa Lim supaya tidak membuat andaian berhubung kebimbangan Hadi mengenai kesan negatif yang akan terjadi dalam pilihan raya itu.
BERITA TERKINI!! : TUAN GURU NIK AZIZ ULAMA KEBANGGAAN ADMIN..
SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan boleh duduk di kerusi roda buat pertama kali dan mampu bertahan selama setengah jam untuk sesi latihan pemulihan, hari ini.
Menurut anaknya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, perkembangan itu cukup menggembirakan.
“Ayahanda baru selesai latihan pemulihan sekejap tadi. Alhamdulillah, ayahanda boleh didudukkan di atas kerusi roda untuk kali pertama dan mampu bertahan selama setengah jam.
Rabu, Januari 28, 2015
HOT!! : KEJAHATAN KERAJAAN NAJIB TERSERLAH..
Bekas juruterbang pesawat pejuang TUDM, Mejar Zaidi Ahmad mendakwa
gajinya sebagai seorang tentera untuk bulan Januari 'ditarik balik' oleh
pihak tentera selepas didepositkan pada hari sama pada 22 Januari 2015.
Beliau menyedari perkara itu selepas meneliti penyata akaun banknya hari ini.
"Saya sahkan hari ini yang gaji bulan Januari saya tidak dibayar kepada saya.
Beliau menyedari perkara itu selepas meneliti penyata akaun banknya hari ini.
"Saya sahkan hari ini yang gaji bulan Januari saya tidak dibayar kepada saya.
Selasa, Januari 27, 2015
DAKWAH : ADAKAH JAKIM TUNDUK KEPADA NAJIB..????
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memperluaskan lagi penjelasan mengenai jihad susulan banyak kekeliruan berhubung konsep itu terutama dalam kalangan golongan muda.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kekeliruan itu dikenal pasti antara punca segelintir golongan muda mula tertarik dan terpengaruh dengan 'seruan jihad'.
Harus di Contohi : AirAsia umum mansuh surcaj bahan api
KESEMUA pelanggan yang menggunakan khidmat syarikat penerbangan AirAsia akan menikmati tambang lebih murah berikutan pemansuhan surcaj bahan api bermula hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pemansuhan surcaj bahan api tersebut akan dilaksanakan ke atas kesemua syarikat penerbangan di bawah kumpulan AirAsia, serta syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh AirAsia X, Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X.
Isnin, Januari 26, 2015
Tuan Ibrahim : Ketepikan perbezaan parti masing-masing
Kuala Lumpur, 26 Januari : Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
menasihatkan gabungan Pakatan Rakyat (PR) mengenepikan perbezaan
sebaliknya bersepakat dalam kesatuan kerana setiap parti mempunyai dasar
dan agenda masing-masing.
Mufti Kelantan : Islam, ibu bapa dibenarkan memukul anak
KOTA BHARU - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu merujuk golongan ulama terlebih dahulu sebelum menggubal akta baharu bagi menggantikan akta kanak-kanak sedia ada supaya masyarakat tidak tersalah tafsir terhadap pendidikan dalam Islam.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perkara itu perlu diperhalusi kerana bimbang menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat.
Ahad, Januari 25, 2015
LUAR BIASA!! TUAN GURU NIK AZIZ
Diceritakan di dalam tazkirah oleh AlFadhil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani (anak sedara TGNA), bahawa doktor telah memberi taklimat kepada ahli-ahli keluarga terdekat dan telah memaklumkan yang TGNA telah diserang oleh kuman ke paru-paru dan dah sampai ke otaknya juga menyebabkan otaknya bengkak.
MP PAS: Teliti dulu kebimbangan TG Hadi Awang
Ahli jawatankuasa pusat PAS, Khalid Samad berkata kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan sepatutnya diteliti terlebih dahulu.
Katanya, kebimbangan Hadi bahawa pilihan raya tersebut berpotensi menyebabkan ketegangan kaum tidak harus mencetus perbalahan terbuka.
Khalid turut menjawab mengenai kecurigaan NGO Gabungan Urus Tadbir Baik (CGG) bahawa PAS menjadi punca di sebalik kegagalan melaksana pilihan raya itu di Selangor.
Sabtu, Januari 24, 2015
Pemuda PAS Kedah : 'Jangan sekadar riuhkan wasatiyyah'
ALOR SETAR – Kerajaan perlu tegas menentang penghinaan Nabi Muhammad SAW yang dilakukan oleh akhbar satira Charlie Hebdo atas nama kebebasan bersuara.
Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, tindakan itu jelas suatu konspirasi untuk merosakkan imej Islam.
“Kami gesa kerajaan bukan sekadar meriuhkan konsep wasatiyyah dengan menyelar serangan pengganas di pejabat akhbar berkenaan, sebaliknya juga perlu tegas menyatakan alasan keganasan apabila Nabi kita dihina,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Jumaat, Januari 23, 2015
Jawab Tuduhan : Sekolah agama bukan tempat merekrut militan
ALOR SETAR - Usah memperlekeh atau menjatuhkan martabat sekolah agama dengan mengaitkan institusi itu dengan ideologi militan atau fahaman esktremis kerana sekolah agama bukan tempat merekrut pelajar sebagai anggota militan.
Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa), Ahmad Yahaya berkata, tidak dinafikan wujud kes terpencil melibatkan beberapa individu daripada sekolah agama, namun ia bukan hasil didikan institusi sekolah itu.
MB Terengganu : kecewa berita palsu libatkan TG Nik Aziz
KOTA BHARU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman
melahirkan rasa kecewa dengan trend penyebaran berita palsu membabitkan
kesihatan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurutnya, perkara yang tidak betul akan mewujudkan satu keadaan yang tidak tenteram.
"Kita kene bandung perkara ini (sebar palsu) kerana ia boleh merosakkan
generasi dan masyarakat yang mudah terpengaruh dengan cerita tidak
betul.
Khamis, Januari 22, 2015
BERITA PENTING : NAJIB UGUT RAKYAT MALAYSIA....
KUALA LUMPUR, 21 Januari: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kemungkinan akan berlakunya serangan pengganas seperti yang berlaku di Paris kepada Malaysia.
Susulan daripada itu, kerajaan mengambil
langkah awal untuk membendung aktiviti keganasan dengan menggubal Akta
Anti Keganasan yang bakal dibentang di Dewan Rakyat pada Mac ini.
“Dalam keadaan sedemikian maka kerajaan
pada akhir tahun lalu mengambil keputusan untuk membentangkan satu
Kertas Putih di Dewan Parlimen memaklumkan kepada rakyat bahawa ini
merupakan satu ancaman yang serius.
Rabu, Januari 21, 2015
Terkini!! Berita TGNA : Ayahanda semakin stabil, kata Nik Abduh
KOTA BHARU - Keadaan Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz kini dilaporkan semakin stabil.
Hal tersebut dinyatakan anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang tiba di hospital sejak awal jam 10 pagi tadi.
"Ayahanda menunjukkan tindak balas positif, malah solat subuh dan minum air pagi tadi, Alhamdulillah, doakan semoga semuanya kembali pulih," katanya kepada media pagi tadi.
Menurutnya, Nik Aziz turut menjalani 'city scan' semalam dan menurut keputusan yang diterima, beliau tidak mengalami masalah kesihatan lain.
MB Kelantan: TG Nik Aziz stabil
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang melawat beliau dalam satu kenyataan malam tadi berkata, perkembangan kesihatan Nik Aziz akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
"Saya baru berkunjung ke HUSM menziarahi Tok Guru. Mengikut doktor yang merawatnya keadaan beliau stabil ketika ini.
Selasa, Januari 20, 2015
MB Kelantan : Sidang Khas hudud selepas trauma banjir pulih
SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata, keputusan untuk mengadakan sidang Khas Dun Kelantan berhubung pelaksanaan hudud di negeri ini akan dilaksanakan selepas ‘trauma banjir’ di Kelantan pulih.
Ahmad berkata, setakat ini tiada tarikh yang ditetapkan, namun keputusan akan dibuat selepas keadaan di Kelantan benar-benar pulih.
Isnin, Januari 19, 2015
Terkini!! Berita TGNA : Ayah cuma uzur biasa, kata Nik Abduh
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat cuma uzur biasa selepas kesihatannya menurun sedikit selepas banjir besar melanda Kelantan baru-baru ini.
Menurutnya anaknya Nik Abduh, ayahandanya itu tidak turut serta bersolat di masjid seperti kebiasaannya kerana keletihan.
“(Beliau) di rumah dengan aktiviti biasa, berjalan, membaca dan rehat.
Ahad, Januari 18, 2015
Berita Dunia : Presiden Turki selar Charlie Hebdo
ANKARA - TURKI. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam satu kenyataan menyelar majalah satira Perancis, Charlie Hebdo ekoran penerbitan artikel provokasi tentang Islam yang disifatkan sebagai menghasut kebencian dan perkauman.
Jelas beliau, majalah tersebut terkenal dengan ‘cetusan’ kontroversi dan provokasi tentang agama, yang melibatkan Islam dan sesiapa juga, lapor al- Jazeera.
Sabtu, Januari 17, 2015
Sesi Dakwah : Khutbah tegur remaja 'fanatik' peluk artis
Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini menegur sikap
remaja yang didakwa fanatik dengan program hiburan melampau batas
sehingga sanggup memeluk idola mereka di khalayak ramai.
Lebih sedih lagi, kata mimbar, ia berlaku ketika mangsa banjir di beberapa negeri dalam Malaysia berada dalam keadaan perit dan hiba.
“Kita mungkin tidak menyedari akan muslihat atau agenda yang dibawa oleh akhlak dan budaya di sebalik hiburan tersebut.
“Bagi mereka yang cetek pemikiran, (mereka) menganggap ia hiburan semata-mata.
Lebih sedih lagi, kata mimbar, ia berlaku ketika mangsa banjir di beberapa negeri dalam Malaysia berada dalam keadaan perit dan hiba.
“Kita mungkin tidak menyedari akan muslihat atau agenda yang dibawa oleh akhlak dan budaya di sebalik hiburan tersebut.
“Bagi mereka yang cetek pemikiran, (mereka) menganggap ia hiburan semata-mata.
Jumaat, Januari 16, 2015
Pesuruhjaya Pas Terengganu : kenyataan yang tidak perlu dilayan.
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat menyifatkan kenyataan Exco Pemuda Pas Pusat, Zulhazmi Shariff supaya Presiden Pas tidak dicalonkan sebagai presiden pada pemilihan parti pertengahan tahun ini, sebagai kenyataan yang tidak perlu dilayan.
Katanya, Zulhazmi hanya ahli biasa dalam Pas dan tidak perlu respons pada kenyataanya itu.
“Tidak perlu respon kenyataan dia.. siapa dia.. dia ahli biasa sahaja dalam Pas," katanya.
Berita Baik : Mejar Zaidi ditawarkan pekerjaan di Pulau Pinang
SHAH ALAM - Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang dihukum buang kerja oleh Mahkamah Tentera baru-baru ini mungkin akan diambil bekerja di Pulau Pinang.
Memetik laporan sebuah portal berita hari ini, Timbalan Ketua Menteri I, Mohd Rashid Hasnon dikatakan, sedang mencari peluang pekerjaan bagi membantu bekas pegawai tentera itu.
Menurut Mohd Rashid, buat masa kini, pihaknya masih meninjau kekosongan pekerjaan di kawasan Bertam atau Tikam Batu.
Khamis, Januari 15, 2015
MB Kelantan : Kita buka 25 jam, bukan 24 jam untuk siasatan..
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob sedia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan aktiviti pembalakan punca banjir besar baru-baru ini.
Ahmad berkata, pihaknya bukan sahaja sedia untuk memberi kerjasama kepada SPRM, malah lebih suka jika perkara itu segera disiasat.
Rabu, Januari 14, 2015
Berita Penting : Kerajaan PR perlu bantu Mejar Zaidi
BAGAN SERAI - Dewan Pemuda Pas Perak mencadangkan bekas pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang dijatuhkan hukuman buang kerja oleh Mahkamah Tentera semalam, diberikan pekerjaan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR).
Timbalan Ketuanya, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, pihaknya terkejut terhadap keputusan Mahkamah Tentera terhadap Mejar Zaidi yang menyatakan kebenaran dianggap sebagai satu kesalahan serius.
Khutbah Jumaat bukan untuk lahir golongan ekstrem - Mufti Kelantan
KOTA BHARU - Fungsi utama khutbah Jumaat adalah untuk menasihati dan juga mendidik umat Islam dalam hal seperti bersederhana dalam kehidupan seharian, jauh menyimpang daripada melahirkan umat yang berfahaman ekstrem, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Beliau kecewa dengan tuduhan kononnya khutbah Jumaat digunakan sebagai platform untuk menyemai ekstremisme dalam kalangan umat Islam.
Beliau mengulas catatan seorang peguam dalam laman Twitternya dalam bahasa Inggeris yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme pada setiap Jumaat.
Selasa, Januari 13, 2015
Allahu Akbar!! : PAS sokong penahanan peguam Eric Paulsen
KUALA LUMPUR, 13 Januari: PAS menyifatkan penahanan seorang peguam
yang dilaporkan mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
mempromosi ekstremisme sebagai satu tindakan wajar.
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar
menarik perhatian bahawa tidak patut bagi seseorang mempersoalkan ibadah
bagi mana-mana agama yang seterusnya boleh mengeruhkan hubungan
masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Kalau ada khutbah yang menjurus kepada
ektremisme…sila perincikan, khutbah bila, tajuk apa,” katanya kepada
sidang media ketika diminta mengulas penahanan peguam itu malam tadi.
Peguam itu dilaporkan mendakwa melalui akaun twitternya kononnya Jakim menyebarkan fahaman ekstremis setiap hari Jumaat.
Siapa Eric Paulsen? Agen Amerikakah.???
NAMA Eric Paulsen mula disebut sejak beberapa hari
lalu susulan kenyataannya yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) menggalakkan ekstremisme atau fahaman pelampau pada setiap
Jumaat.
Siapa beliau? Beliau adalah seorang peguam, yang juga pengarah eksekutif dan pengasas bersama pertubuhan bukan kerajaan, Lawyers for Liberty (LFL).
Paulsen dilihat kerap bercakap mengenai pelbagai perkara mengenai Islam di akaun Twitternya, terutama mengenai hukum hudud.
Siapa beliau? Beliau adalah seorang peguam, yang juga pengarah eksekutif dan pengasas bersama pertubuhan bukan kerajaan, Lawyers for Liberty (LFL).
Paulsen dilihat kerap bercakap mengenai pelbagai perkara mengenai Islam di akaun Twitternya, terutama mengenai hukum hudud.
Isnin, Januari 12, 2015
Dakwah : Pas minta kerajaan bendung program cemar maruah Islam
SHAH ALAM - Jabatan Alimat Dewan Ulamak Pas Pusat, menggesa kerajaan
untuk menghentikan sebarang bentuk program yang menjerumuskan masyarakat
Malaysia khususnya umat Islam ke lembah penghinaan yang tidak disukai
ALLAH.
Ketuanya, Mastura Ismail berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang
meletakkan Islam sebagai agama rasmi telah memberi isyarat kepada
pemerintahnya agar menyekat budaya hiburan yang tidak menepati syariat.
Jangan Tuduh Melulu : Khutbah mana galak ekstremisme?
KUALA LUMPUR – Dakwaan seorang peguam bahawa Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat adalah tidak
objektif dan tidak berlandaskan hujah ilmiah.
Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Abdul Ghani Samsudin berkata, tuduhan secara umum dibuat oleh Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen itu juga tidak menggambarkan hakikat sebenar.
Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Abdul Ghani Samsudin berkata, tuduhan secara umum dibuat oleh Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen itu juga tidak menggambarkan hakikat sebenar.
“Kalau kita nak menilai khutbah kita mesti menilai tiap-tiap teks
khutbah yang ada, jadi untuk katakan setiap Jumaat ia (menggalakkan)
ekstremisme seolah-olah menuduh khutbah itu sebagai sesuatu yang tak
elok, sudah pasti (pandangan) ini ditentang oleh semua umat Islam.
Ahad, Januari 11, 2015
Banjir: Isyarat daripada ALLAH SWT
KUALA TERENGGANU – Fenomena banjir yang berlaku sejak lima tahun belakangan ini dianggap luar biasa dan isyarat tertentu daripada ALLAH SWT kepada manusia.
Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, walaupun musibah besar berlaku baru-baru ini, namun ada dalam kalangan kita tidak mengambil perhatian serius.
Menurutnya, masih ada yang tidak mengambil pengajaran terhadap musibah yang berlaku dan masih lagi leka.
Sabtu, Januari 10, 2015
Sesi Dakwah : Polis jangan khianati agama dan negara
CHERAS - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan pegawai dan anggota polis tidak menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.
Katanya, jadikan al-Quran dan sunnah Rasulullah sebagai amalan di dalam hidup seharian.
"Jika tidak rakyat akan sentiasa memandang serong ke atas pasukan polis.
Jumaat, Januari 09, 2015
Dakwah : Islam perlu difahami seadanya
ISLAM sebagai suatu agama perlu difahami seadanya. Ia terbina dengan suatu sistem kepercayaan dan mengaturkan suatu cara hidup. Sebagai suatu sistem kepercayaan ia tidak sempurna melainkan keindahan Islam itu terlihat dalam amal dan contoh.
Suatu sistem kepercayaan menghubungkan agama ini dengan Pencipta. Manusia dan alam ini tidak terjadi dengan sendiri melainkan ia dicipta. Pencipta yang disebut sebagai ALLAH menghasilkan rahmah dan nikmah yang banyak untuk keperluan kehidupan manusia.
Rabu, Januari 07, 2015
HOT!! : NAJIB KANTOI...
Laporan akhbar Thailand, The Bangkok Post menyebut bahawa lawatan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke ibu negara jiran itu pada
hujung minggu lalu adalah “lawatan peribadi” untuk berehat dan beriadah.
Laporan memetik sumber yang dekat dengan rakan sejawat Najib, General Prayut Chan-o-cha yang menyebut bahawa lawatan berkenaan bukan kunjungan rasmi.
Laporan memetik sumber yang dekat dengan rakan sejawat Najib, General Prayut Chan-o-cha yang menyebut bahawa lawatan berkenaan bukan kunjungan rasmi.
Berita Kelantan : Kerajaan Kelantan Jawab Fitnah Dari Pihak Lawan...
KOTA BHARU:
Kerajaan Kelantan menafikan pihaknya tidak memerlukan sukarelawan dari
luar, apa lagi meminta mereka segera keluar dari negeri ini dengan
alasan menyusahkan penghantaran bekalan kepada mangsa banjir.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, apa sebenarnya berlaku kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan untuk meringankan beban mangsa banjir.
“Saya menafikan segala tuduhan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab di laman sosial menyatakan saya tidak memerlukan kepada sukarelawan daripada luar Kelantan.
“Apa lagi meminta mereka keluar dari negeri ini kerana menyusahkan urusan penghantaran bekalan,” ujarnya.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, apa sebenarnya berlaku kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan untuk meringankan beban mangsa banjir.
“Saya menafikan segala tuduhan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab di laman sosial menyatakan saya tidak memerlukan kepada sukarelawan daripada luar Kelantan.
“Apa lagi meminta mereka keluar dari negeri ini kerana menyusahkan urusan penghantaran bekalan,” ujarnya.
Selasa, Januari 06, 2015
TERBAIK!! : Parti Islam (Pas) tidak pertahankan pemimpin seleweng
KUALA LUMPUR – Pas tidak akan mempertahankan mana-mana pemimpin parti itu yang didapati menyeleweng dan mempunyai kekayaan luar biasa dengan cara salah, demikian kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Beliau juga mencabar mana-mana pihak supaya mengemukakan bukti tentang penyalahgunaan pemimpin Pas itu jika perkata mempunyai asasnya.
Ahad, Januari 04, 2015
DAKWAH : PAS TERUS BERDAKWAH ALLAHU AKBAR!!!
KUALA TERENGGANU – Pas bercadang ke perkampungan Orang Asli bagi menyebarkan dakwah serta pengaruh politik di kawasan itu bermula tahun ini.
Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, perancangan itu akan dirangka sebaik mungkin bagi memastikan matlamat menarik minat Orang Asli terhadap pengembangan dakwah Islam di kawasan itu berjalan lancar.
JAWAPAN : MB KELANTAN KEPADA YANG MENUDUH MELULU KEPADA KERAJAAN KELANTAN..
Firman Allah Taala:
وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَراً فَسَاءَ مَطَرُ المُنذَرِينَ
Maksudnya: Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang menggerunkan, maka amat teruk sekali hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu. (Surah Al-Syuara' : 173)
Jumaat, Januari 02, 2015
Berita Kelantan : Bantuan RM500 juta melalui siapa? - Timbalan Presiden PAS
KOTA BAHARU: Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu mempersoalkan kenapa anggota polis dan
tentera tidak dihantar lebih ramai bertugas untuk membantu mangsa
banjir di Kelantan.
Menurutnya, jika Perhimpunan Bersih yang dianjurkan rakyat, kerajaan Malaysia boleh menempatkan sehingga 6,000 orang anggota polis, kenapa dalam kes banjir di Kelantan kerajaan pusat membisu.
“Pergerakan agensi kerajaan Pusat amat menyedihkan seperti polis dan tentera hingga tidak sampai pada tahap yang sepatutnya.
“Kerajaan sewajarnya mengarahkan kakitangannya terutama polis dan tentera untuk membantu mangsa banjir di Kelantan kerana ia melibatkan nyawa manusia,” ujarnya.
Menurutnya, jika Perhimpunan Bersih yang dianjurkan rakyat, kerajaan Malaysia boleh menempatkan sehingga 6,000 orang anggota polis, kenapa dalam kes banjir di Kelantan kerajaan pusat membisu.
“Pergerakan agensi kerajaan Pusat amat menyedihkan seperti polis dan tentera hingga tidak sampai pada tahap yang sepatutnya.
“Kerajaan sewajarnya mengarahkan kakitangannya terutama polis dan tentera untuk membantu mangsa banjir di Kelantan kerana ia melibatkan nyawa manusia,” ujarnya.
BERITA KELANTAN : JIKA NAJIB IKHLAS NAK TOLONG RAKYAT KELANTAN SILA BAYAR.. NOW!!!
KUALA LUMPUR: "Inilah masa terbaik bagi Perdana Menteri mengembalikan royalti yang menjadi hak rakyat Kelantan," ujar Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, dengan suasana negeri itu yang teruk dilanda banjir, maka sudah sampai masanya royalti petroleum yang menjadi hak negeri dan rakyat Kelantan dikembalikan.
Katanya, perjuangan supaya royalti itu dikembalikan kepada Kelantan telah dilakukan oleh ahli-ahli parlimen PAS sejak dahulu lagi.