Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Januari 22, 2015

BERITA PENTING : NAJIB UGUT RAKYAT MALAYSIA....

Police officers secure access to a residential building during investigations in the eastern French city of Reims

KUALA LUMPUR, 21 Januari: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kemungkinan akan berlakunya serangan pengganas seperti yang berlaku di Paris kepada Malaysia.
Susulan daripada itu, kerajaan mengambil langkah awal untuk membendung aktiviti keganasan dengan menggubal Akta Anti Keganasan yang bakal dibentang di Dewan Rakyat pada Mac ini.
 
“Dalam keadaan sedemikian maka kerajaan pada akhir tahun lalu mengambil keputusan untuk membentangkan satu Kertas Putih di Dewan Parlimen memaklumkan kepada rakyat bahawa ini merupakan satu ancaman yang serius.
 
“Sebab itulah bila kita katakan kita sudah tentukan ini satu ancaman yang serius maka kita kena lihat apa yang boleh dan patut kita lakukan.
 
“Antaranya kita mesti ada undang-undang baru dan undang-undang sedia ada diperkukuhkan, undang-undang baru Anti Keganasan akan kita bentangkan bulan Mac di dalam Dewan Parlimen untuk memberi kita kuasa yang lebih untuk menangani ancaman seperti ini,” katanya di dalam program bual bicara Soal Jawab di TV3 malam tadi.
Menurutnya, langkah itu diambil bagi membendung aktiviti dan penglibatan keganasan di dalam negara melibatkan rakyat Malaysia khususnya.
 
Ini termasuk memberikan penerangan dan kefahaman mendalam kepada rakyat terutamanya bagi mereka yang beragama Islam mengenai maksud sebenar jihad.
 
“Yang pokok pada saya ialah untuk membuat sesuatu sebelum kejadian berlaku contohnya seperti di Sydney dan Paris bila sudah berlaku baru mereka bertindak. Tetapi apa yang kita hendak ialah kuasa untuk melakukan sesuatu untuk menghalang bentuk tindakan keganasan berlaku.
 
“Inilah yang perlu kita lakukan, perkara-perkara lain yang patut kita lakukan ialah memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang apa dia Islam yang sebenarnya, konsep Islam.
“Umpamanya pengertian jihad yang sebenarnya untuk difahami dan dihayati oleh rakyat Malaysia dan aspek-aspek yang lain yang boleh memberi panduan kepada kehidupan mereka supaya mereka tidak terpengaruh dengan propaganda IS ini,” tegasnya.
 
Malah, Najib turut mengingatkan betapa pentingnya rakyat mempunyai kesedaran untuk menjaga batas-batas bercakap dan bertindak bagi memelihara keharmonian kaum dan negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.
 
“Kita juga mesti ambil tindakan supaya ada rasa saling hormat menghormati antara kaum dan agama dalam negara kita. Kita mesti memahami sensitiviti antara agama supaya kita tidak buat sesuatu yang boleh menghina ataupun boleh menimbulkan kemarahan mana-mana penganut agama.
 
“Sebab itu dalam konsep kebebasan ini, saya mengajukan kebebasan yang tiada hak atau mutlak tidak sesuai, sebaliknya kita mesti ada kebebasan yang ada batasnya.
 
“Supaya kita tidak membuat sesuatu dari percakapan perbuatan yang menghina bukan sahaja agama Islam tetapi agama lain juga. Bila kita faham perkara ini saya percaya kita boleh mengelak dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan,” kata Ahli Parlimen Pekan itu lagi.
 
The Rakyat Post
 

 

2 ulasan:

  1. Siapa kita untuk menilai semula pegertian JIHAD. Saya kira ALLAH memBOLEHkan tindakan JIHAD untuk memberi peluang seseorang meilih jalan pintas keSYURGA. Hanya mereka yang memilih jalan ini yang berhak menentukan samada pengorbanan nyawanya setimpal dengan SHURGA yang diimpikannya. Larangan akan sebaliknya menghalang mereka dari menebus dosa-dosa mereka melalui JIHAD. Persoalan harus dijawab samada kita berhak untuk campur tangan dalam niat yang semurni itu !!!

    BalasPadam
  2. jihad yg dimaksudkan adakah berdasarkan al-quran atau pemerintah...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...