Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Januari 23, 2015

MB Terengganu : kecewa berita palsu libatkan TG Nik Aziz

Ahmad Razif bersalaman dengan kakitangan HUSM sejurus keluar dari melawat Nik Aziz, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh Khiru Salleh.
 
KOTA BHARU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman melahirkan rasa kecewa dengan trend penyebaran berita palsu membabitkan kesihatan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
Menurutnya, perkara yang tidak betul akan mewujudkan satu keadaan yang tidak tenteram.
 
"Kita kene bandung perkara ini (sebar palsu) kerana ia boleh merosakkan generasi dan masyarakat yang mudah terpengaruh dengan cerita tidak betul.

"Malah kita tidak perlu bermain politik sangat lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang. Semoga Datuk Nik Aziz cepat sembuh dari penyakit yang dihidapi," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat Tok Guru di Wad 2 Delima, Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Kubang Kerian.
 
"Saya mengambil peluang ini untuk datang ziarah Tok Guru dan keadaannya kini makin bertambah baik," katanya.
 
Ahmad Razif yang tiba jam 5.15 petang itu turut meluangkan masa lebih setengah jam menziarah Nik Aziz dengan ditemani isteri Datin To' Puan Halina Zakaria.
 
Tambahnya, bersikap terbuka dan tolong menolong lebih baik dalam keadaan ini daripada mengeluarkan cerita yang tidak sahih.
 
sh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...