Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Januari 26, 2015

Tuan Ibrahim : Ketepikan perbezaan parti masing-masing

tuanibrahim1

Kuala Lumpur, 26 Januari : Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan gabungan Pakatan Rakyat (PR) mengenepikan perbezaan sebaliknya bersepakat dalam kesatuan kerana setiap parti mempunyai dasar dan agenda masing-masing.
 
Menurut beliau, atas prinsip perjuangan posisi dan dasar inilah yang menjadi nadi untuk setiap parti untuk terus berjalan dan terus maju serta apabila wujudnya gabungan politik antara parti, maka harus wujudlah pula sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara setiap parti.
 
“Apabila jurang perbezaan yang diperbesarkan, maka akan mengecillah ruang persamaan dan jika ini berterusan, muafakat itu akan pasti hancur.
 
“Sebaliknya, apabila kita membesarkan ruang persamaan, maka akan kecillah jurang perbezaan dengan itu, muafakat itu akan kekal dan subur dan sikap inilah yang sepatutnya dikekalkan seandainya PR ingin terus kekal,” katanya dalam entri Facebooknya di sini.
Tambah Tuan Ibrahim, bukankah ketiga-tiga parti dalam PR sebelum ini pernah bersetuju bahawa persamaan antara parti adalah jauh melebihi perbezaan masing-masing?
Oleh itu ujarnya, mengapa harus terus bertelingkah atas perkara yang berbeza tapi mengetepikan perkara yang membawa ketiga-tiga parti bersama dan rakyat Malaysia sudah naik muak dengan pertembungan dan saling menyerang antara satu sama lain.
 
“Masalah dalaman mesti dibawa ke meja perundingan dan dasar dan perjuangan setiap parti mesti dihormati tetapi sekiranya ketiga-tiga parti merasakan jurang perbezaan terlalu besar dan tidak mungkin lagi adanya muafakat serta sikap saling menghormati, barangkali sudah sampai masanya untuk memikirkan semula segalanya kerana setiap parti sedar bahawa tiada parti yang boleh berjaya jika ia bersendirian.
 
“Namun, hakikatnya, semua sayangkan gabungan ini, dan rakyat pernah berharapan besar untuk gabungan politik ini makan dengan itu PR perlu memandang ke hadapan dan melihat musibah besar yang sedang melanda negara dan keperluan rakyat ini memerlukan perubahan besar kepimpinan politik negara,” tegasnya.
 
Katanya lagi, isu rasuah, salah guna kuasa, hutang negara dan bebanan ekonomi rakyat, isu keselamatan negara dan penyalahgunaan kuasa kepimpinan BN semua memerlukan tindakan dan perhatian segera dan khusus.
 
Jelasnya, semua ini medan yang baik bagi membina persamaan antara parti komponen PR dan juga mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PR.
 
trp

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...