Olen Ustaz Idris Ahmad
Ketika saat getir begini marilah sama-sama kita menghala muncung senapang kita kepada musuh, bukan sesama sendiri.
Sebagaimana pesanan Imam Hassan al-Banna "Kewajipan lebih banyak daripada waktu".
Sebenarnya
kerja di dalam PAS ini banyak, tetapi kita amat kurang amilinnya
(petugasnya). Orang hendak mendengar ceramah ramai, tetapi sedikit orang
yang hendak mengatur ceramah.
Ramai orang hendak mengundi, tetapi sedikit orang yang bekerja untuk menarik pengundi.
Begitu
juga ramai orang yang hendak mengkritik, tetapi sedikit orang yang
melaksanakan apa yang dia kritik. Alangkah baiknya jika kritik disusuli
dengan tindakan.
Barulah jamaah akan bergerak dengan baik. Jangan kita balun sahabat yang bekerja tanpa belas kasihan.
Sedangkan
kebanyakan mereka ini bekerja kerana Allah. Biasalah sebagai manusia
yang tidak maksum yang tidak sunyi daripada kesalahan dan kelemahan.
Raikanlah mereka sebagai sahabat yang ikhlas bekerja.
Saya yakin
mereka yang ikhlas membuat kerja jamaah tidak akan mempersia-siakan
peluang dan masa. Mereka melakukan yang terbaik untuk PAS.
Pada
mereka tidak ada masa untuk mencari kesalahan sahabat yang bekerja.
Sepatutnya yang kita hendak marah ialah mereka yang tidak buat kerja.
Mereka
yang buat kerja selalunya ada salah, kerana mereka bekerja. Manakala
mereka yang tidak bekerja sentiasa selamat daripada buat salah. Umpama
kereta jika sering diguna, maka ia akan rosak, berbanding dengan kereta
yang tidak diguna.
Kita mesti mentarbiah diri kita menjadi rijal al-amal (orang yang bekerja), bukan rijal al-kalam (orang yang hanya bercakap).
Ahli
yang produktif ialah mereka banyak bekerja, bukan banyak bercakap. Kita
mesti rasa malu dengan ahli yang rajin bekerja berbanding dengan ahli
yang banyak bercakap dan menjadi pengkritik tegar.
Kebiasaannya
orang yang kuat mengkritik, hasilnya tidak seberapa. Paling parah sekali
apabila diberi amanah dia tidak mampu menyelesaikan.
Perlu
diingatkan tidak salah kita menjadi pengkritik, tetapi biarlah bersifat
konstruktif (membina), bukannya meruntuh. Jamaah akan menjadi beku dan
jumud jika semua ahlinya tidak berani mengkritik. Tidak ada idea baru
dan tidak segar kerana apa yang dibincang masih bersifat satu hala.
Oleh
itu kita diajar oleh Nabi Muhammad SAW membaca tasbih kafarah apabila
hendak berpisah di dalam setiap pertemuan. Tasbih yang memohon keampunan
daripada Allah, dibimbangi di dalam kita berbincang ada kritikan yang
tidak sedap dengar oleh sahabat yang lain atau melanggar batasan syarak.
Begitulah
juga para sahabat, mereka tidak akan berpisah kecuali setelah membaca
surah al-Asr. Kerana di dalam surah ini sarat dengan tausiah (pesanan)
baik untuk orang yang beriman. Antara lain bermaksud "Berpesanlah dengan
kebenaran dan berpesanlah dengan kesabaran".
Faktor-faktor yang menyebabkan seorang yang hanya pandai mengkritik:
-
Sombong dengan pandangan sendiri, dia merasakan dia yang bijak orang
lain bodoh. Idea dia sahaja yang hebat, dan wajib diterima.
-
Tidak menghargai kerja sahabat, ini satu tabiat yang buruk. Sedangkan
sahabat yang bekerja sebagai satu tanggungjawab kepada jamaah yang hanya
mengharap keredaan Allah SWT.
- Tabiat suka mengkritik orang
lain yang sudah menjadi darah daging dan menjadi makanan hariannya.
Mungkin mulutnya jadi gatal apabila tidak boleh kritik sahabat. Ia akan
berusaha mencari kesalahan walau pun sekecil mana sekali pun.
-
Merasa dirinya sahaja yang pandai, orang lain bodoh. Semua idea yang
dilontarkan oleh ahli akan ditolak. Paling menyedihkan apabila ditanya,
apa penyelesaiannya, beliau sendiri tidak tahu dan suruh orang yang
mencadangkan cari sendiri formulanya.
- Tidak suka pegang jawatan
kerana sangkaannya lebih baik, kerana membolehkan beliau mengkritik
dari semua sudut. Pengalaman saya orang yang seperti begini tidak mampu
menjalankan tugas apabila diberi amanah dalam apa lajnah sekali pun.
Beliau hanya layak menjadi Pengerusi Lajnah Pengkritik.
- Paling
takut sekali mereka ini ejen musuh yang menyelinap masuk ke dalam jamaah
untuk membuat gangguan daripada dalam. (Nauzubillah)-hd
Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
dulu masa mula jadi ahli pas memang ikhlas niat kerana ALLAH,tapi berbeza sekarang gan dulu bila ada pemimpin yang mengaku ulama bercakap tak serupa ulama yang ngaku ustaz cakap tak macam cakap ustaz.rakan dalm pakatan pun ditembak.masa tgna masih jadi mb kelantan tak da sorang pun bercakap tentang UG,tapi bila tgna bersara kuar suara2 inginkan UG.semua orang tau baik pakatan maupun musuh[umno] tau sapa tgna memang dia akan tentang habis habisan UG ni. tgna dah katakan dulu seandainya umno ikut syariat tgna akan bubarkan pas.tapi sekarang dah terbalik kita pula yang terhegeh2 nakkan UG.nak ikhlas cam mana.dulu menentang sekarang ?????
BalasPadam