ANKARA - TURKI. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam satu kenyataan menyelar majalah satira Perancis, Charlie Hebdo ekoran penerbitan artikel provokasi tentang Islam yang disifatkan sebagai menghasut kebencian dan perkauman.
Jelas beliau, majalah tersebut terkenal dengan ‘cetusan’ kontroversi dan provokasi tentang agama, yang melibatkan Islam dan sesiapa juga, lapor al- Jazeera.
“Ini bukan dipanggil kebebasan. Tindakan itu mengakibatkan keganasan dengan mencampuri ruang kebebasan orang lain. Kita harus sedar tentang perkara ini.
“Tidak ada kebebasan tanpa had,” katanya pada satu mesyuarat, hari ini.
Mengulas lanjut, Erdogan berkata, umat Islam mengharapkan rasa hormat terhadap nabi mereka, cara yang sama seperti mereka menghargai nabi dari agama Yahudi dan Kristian.
“Mereka (Charlie Hebdo) boleh jadi ateis. Sekiranya ya, mereka akan hormat apa yang dianggap suci oleh saya.
“Sekiranya mereka enggan, ini bermakna, mereka melakukan satu provokasi yang boleh dihukum oleh undang-undang.
“Apa yang mereka lakukan adalah menghasut kebencian dan perkauman,” katanya.
Ekoran terbitan edisi terbaharu majalah itu yang menghina Nabi Muhammad, beberapa individu bersenjata telah menyerang ibu pejabat majalah berkenaan dua minggu lalu sehingga mengorbankan seramai 12 orang.
sh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...