KUANTAN – Pas dan DAP perlu mengadakan sesi dialog dan perbincangan bagi menyelesaikan segara isu pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Ketua Pemuda Pas Pahang, Nazri Ahmad berkata, itu langkah yang sepatutnya dilakukan dalam usaha mencapai kata sepakat yang semakin mengeruhkan hubungan dua parti komponen PR itu.
“Rakan dalam PR perlu segera bertemu dan berbincang agar isu panas ini dapat diselesaikan segera. Saya percaya hanya itu saja langkah yang terbaik dan ia perlu disegerakan,” katanya.
Menurutnya, Pas mempunyai pandangan tersendiri seperti kenyataan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendapat cadangan itu akan menjejaskan keharmonian masyakat majmuk negara ini.
“Kita sepatutnya meneruskan apa yang dipersetujui sebelum ini kerana ia hasil daripada peninggalan penjajah dalam usaha memastikan masyarakat di negara ini aman damai serta harmoni,” katanya.
Nazri berkata, Pas akan meneruskan perjuangan demi memastikan survival Islam.
“Saya percaya Datuk Seri Abdul Hadi sedang berusaha ke arah itu demi kepentingan masyarakat setempat,” katanya.
Dalam satu kenyataan Facebooknya baru-baru ini, Abdul Hadi menyifatkan sikap berdegil DAP yang terus mempertahankan idea mengadakan pilihan raya PBT di Pulau Pinang dikhuatiri akan mengundang ketegangan kaum sekali gus mengulangi kesilapan seperti Peristiwa 13 Mei 1969.
Beliau menegaskan DAP perlu mengambil kira pandangan politik sekutunya sebelum membuat keputusan.
sh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...