Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Januari 17, 2015

Sesi Dakwah : Khutbah tegur remaja 'fanatik' peluk artis

        
Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini menegur sikap remaja yang didakwa fanatik dengan program hiburan melampau batas sehingga sanggup memeluk idola mereka di khalayak ramai.

Lebih sedih lagi, kata mimbar, ia berlaku ketika mangsa banjir di beberapa negeri dalam Malaysia berada dalam keadaan perit dan hiba.

“Kita mungkin tidak menyedari akan muslihat atau agenda yang dibawa oleh akhlak dan budaya di sebalik hiburan tersebut.

“Bagi mereka yang cetek pemikiran, (mereka) menganggap ia hiburan semata-mata.


“Tetapi jika dikaji dengan mendalam, kita akan menemui jawapan di sebalik persoalan, apakah nilai, adab, budaya dan moral yang dibawa oleh mereka,” menurut khutbah.

Sabtu lalu, gambar beberapa remaja perempuan bertudung memeluk artis K-pop B1A4 tersebar meluas di Internet dan mengundang polemik panjang sehingga ke hari ini.

Sementara itu, khutbah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga menganggap program sebegitu sebahagian daripada proses melemahkan nilai dan jati diri umat Islam serta menghancurkan pegangan Islam sebenar.

“Kejadian yang berlaku ini merupakan satu perbuatan maksiat yang serius dan berbahaya kerana melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar,” menurut khutbah berjudul “Transformasi Diri” itu.

Mimbar juga menyeru masalah itu dihapuskan sebelum menjadi barah kepada masyarakat.

“Sewajarnya pihak- pihak tertentu yang mencipta hiburan tersebut mengkaji semula rancangan mereka agar ia bersesuaian dengan corak kehidupan budaya Melayu Islam di negara kita,” menurut khutbah lagi.
 
mk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...