Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Disember 31, 2014

HOT!! : BERITA TAK BERAPE ELOK DARI KELANTAN...


Mengapa bantuan banjir ada gambar pemimpin Umno?

KUALA KRAI: Sukarelawan dari luar Kelantan mendakwa bantuan banjir kepada mangsa-mangsa agak lewat tiba di lokasi pemindahan disebabkan kerenah birokrasi.

Mereka mendakwa pihak berkuasa membuat sekatan di kawasan tidak jauh dari sempadan Pahang-Kelantan menanyakan pelbagai soalan kepada kenderaan bantuan banjir.

“Mereka tanya permit bawa bantuan banjir. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana mangsa sedang berdepan dengan kesukaran di tempat pemindahan banjir.

Selasa, Disember 30, 2014

Berita Baiki : Zakat dan waqaf tunai untuk bantu mangsa banjir

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mengesyorkan supaya zakat dan waqaf tunai dimanfaatkan sebagai salah satu mekanisme untuk bantu mangsa banjir. Demikian kenyataan media DPPWP melalui  Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Farkhan Md Zain (Gambar kanan)

Cadangan ini berdasarkan pemerhatian setelah melihat harta benda rakyat, sekolah, masjid dan jalan raya yang rosak  ketika membantu mangsa banjir di Kelantan khususnya di kawasan Manek Urai dan Kuala Krai.

Berikut kenyataan penuh Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan;

Setelah beberapa kawasan di Manek Urai dan Kuala Krai semakin surut, kita telah melihat harta benda rakyat, sekolah, masjid dan jalan raya yang rosak. Sudah pasti ia memerlukan sejumlah peruntukan kewangan yang besar untuk memulihkan segala kerosakan tersebut.

Berita PR : Kit Siang ziarah TG Nik Abdul Aziz


KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang meluangkan masa menziarahi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Kit Siang ditemani Timbalan Presdien PAS, Mohamad Sabu yang turut serta dalam penyerahan bantuan banjir Kelantan pagi semalam, lapor Roketkini.

Isnin, Disember 29, 2014

Berita Dunia : Isu pulau cetus tanda tanya

Kepulauan Sanafir dan Tiran tersebut diduduki Israel sejak Perang Enam Hari tercetus pada 1967.

RIYADH - ARAB SAUDI . Arab Saudi dan negara Barat didakwa terus berdiam diri terhadap isu kepulauan yang diduduki Israel hingga kini.

Media tempatan melaporkan lokasi sebenar kepulauan Tiran dan Sanafir itu juga terus menjadi tanda tanya kerana Saudi tidak pernah mengemukakan tuntutan untuk mendapatkan semula hak mereka.

Menurut satu laporan, kedua-dua kepulauan tersebut meliputi kawasan seluas 80 dan 33 kilometer persegi dan terletak di laluan masuk di Teluk Aqaba, timur wilayah Saudi.

Ahad, Disember 28, 2014

Berita Semasa : Kenyataan terkini (CEO) AirAsia Tony Fernandes

 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Tony Fernandes berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan terkini kehilangan pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 tidak lama lagi.

Menulis di twitter, beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa orang ramai.
Sementara itu, AirAsia dalam kenyataan media memaklumkan pesawat berkenaan telah memohon mengubah laluannya akibat cuaca buruk sebelum terputus hubungan dengan pusat kawalan udara Indonesia.

KENYATAAN MEDIA YAB USTAZ DATO' MENTERI BESAR KELANTAN

‎KENYATAAN MEDIA YAB USTAZ DATO' MENTERI BESAR KELANTAN

بسم الله الرحمن الرحيم

PENANGGUHAN SIDANG KHAS DUN KELANTAN

Hasrat Kerajaan Negeri untuk mengadakan Sidang Khas Dun bagi membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2014 yang telah ditetapkan pada 29 Disember 2014 ini terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian nanti. Hal ini bagi mengutamakan dahulu keperluan rakyat Negeri Kelantan khasnya dari sudut keselamatan nyawa disaat menghadapi musibah banjir yang amat serius kali ini.

Semoga seluruh rakyat tabah di atas dugaan yang insya-Allah akan menjadi asbab kepada keberkatan yang berpanjangan selepas daripada ini. 

USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan

Bertarikh : 5 Rabiul Awwal 1436 / 27 Disember 2014‎













بسم الله الرحمن الرحيم

PENANGGUHAN SIDANG KHAS DUN KELANTAN

Hasrat Kerajaan Negeri untuk mengadakan Sidang Khas Dun bagi membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2014 yang telah ditetapkan pada 29 Disember 2014 ini terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian nanti. Hal ini bagi mengutamakan dahulu keperluan rakyat Negeri Kelantan khasnya dari sudut keselamatan nyawa disaat menghadapi musibah banjir yang amat serius kali ini.

Semoga seluruh rakyat tabah di atas dugaan yang insya-Allah akan menjadi asbab kepada keberkatan yang berpanjangan selepas daripada ini.

USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB

Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 5 Rabiul Awwal 1436 / 27 Disember 2014

Sabtu, Disember 27, 2014

Berita Banjir : Berita 10 sekeluarga maut di Guchil, tidak benar - PDRM

drown_M

Mesej berangkai yang mendakwa 10 orang dipercayai sekeluarga maut selepas terperangkap akibat bencana banjir di Guchil, Kuala Krai, disebarkan di aplikasi sosial Whatsapp.

Mesej berkenaan mendakwa semua mayat mangsa ditemui selepas air banjir mula surut pagi tadi.
 

Jumaat, Disember 26, 2014

TG Nik Aziz keletihan, rehat di hospital

Facebook Nik Abduh


SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan sedang berehat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Menurut anaknya, Nik Mohamad Abduh, bapanya berehat di hospital akibat keletihan.

“Pagi ini saya menziarahi ayahanda Tuan Guru di hospital HUSM yang sedang berehat di hospital selepas tampak keletihan minggu ini.

“Ayahanda bertanya mengenai situasi banjir dan saya beri sedikit maklumat terkini dan kesukaran yang terpaksa ditempuh oleh mangsa dan operator penyelamat,” katanya yang dipetik melalui kemas kini status terkini di Facebooknya, pagi ini.

Anak TGNA : Bencana banjir ingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah dan jauhi murkaNya

Banjir paling teruk dalam sejarah yang melanda Semenanjung Malaysia adalah petanda dari Tuhan bahawa agenda hudud mesti diteruskan, kata MP PAS Pasir, Nik Aduh Nik Abdul Aziz.

Kerajaan PAS Kelantan telah berikrar akan tetap meneruskan sidang khas DUN pada 29 Disember untuk meluluskan pindaan supaya hudud boleh dilaksanakan di negeri ini.

Khamis, Disember 25, 2014

Naib Presiden PAS : Setiap parti perlu menghormati hak parti lain

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Pas akan terus dengan usaha untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan walaupun mendapat desakan termasuk daripada rakan daripada dalam gabungan PR.
 
Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas tidak akan melayan sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak yang meminta Pas agar berhenti daripada meneruskan usaha tersebut.
 
Menurutnya, hudud adalah perjuangan Pas sejak dari awal penubuhan parti itu dan menjadi tanggungjawab untuk melunaskannya.
 

Berita Semasa : Polis percaya tentera yang maut simpan sejenis bom di rumah

Anggota Polis mengumpul serpihan mayat mangsa yang tercampak sejauh 17 meter dari lokasi kejadian letupan, iatu rumahnya di Taman Ria Mesra, Sungai Petani, Kedah pada petang Rabu. - Foto Bernama


Tiga maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kejadian letupan di sebuah rumah di Taman Ria Mesra, Gurun pada Rabu yang dipercayai akibat sejenis bom.

Letupan pada jam 4.30 petang semalam itu meragut nyawa seorang anggota tentera, Ayub Hashim, 37, anak perempuannya Nur Idayu Shahira, 8, dan anak kepada jiran mangsa yang berusia 5 tahun Mohd Akif Lokman Mohd Shahrizal.

Difahamkan, impak letupan yang kuat itu menyebabkan Ayub tercampak sejauh kira-kira 17 meter dari tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Nashir Ya ketika mengesahkan kejadian itu berkata anggota tentera berkenaan dipercayai menyimpan sejenis bom di rumahnya.

Rabu, Disember 24, 2014

ISU HUDUD : UMAT MALAYSIA WAJIB BACA HUJJAH INI..

Oleh Ng Kee Seng

Ahli PAS Kumutha Raman, seorang peguam bukan Muslim, ternyata seorang wanita yang berpandang ke hadapan dalam menyuarakan sokongan terhadap pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan. Wanita berusia 35 tahun itu mengambil pendirian berani untuk menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan tidak perkauman patut menegakkan hak dan kebebasan agama di negara ini.

Bolehkah seseorang itu bercakap tentang hak dan kebebasan agama dengan menafikan hak Muslim untuk melaksanakan undang-undang Islam? Adakah mereka yang mengatakan hudud tiada tempat di Malaysia cuba menggambarkan yang cara BN mengendalikan dan menguruskan agama adalah lebih baik berbanding hudud? Jelas, masalahnya bukan hudud atau pun Islam. Masalahnya adalah kesilapan dalam pelaksanaan dan pentadbiran undang-undang itu. Adakah cara BN mengendalikan isu ‘kalimah Allah’ berbeza dengan hudud? Adakah cara penguasa agama BN menakut-nakutkan orang bukan Muslim lebih baik daripada hudud? Ia adalah masalah pentadbiran, bukan? Bukannya masalah dengan mana-mana agama.

Kerana DAP : Pas sedia nilai semula tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat.

Ahmad Yakob

KOTA BHARU - Pas bersedia menilai semula tahaluf siyasi yang dibuat antara parti komponen PR berikutan tindakan DAP yang berterusan mempertikaikan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yakob berkata, tahaluf siyasi boleh dinilai semula sekiranya ada tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan antara parti komponen.

“Apa-apa perjanjian atau kerjasama boleh dinilai semula apabila menampakkan sesuatu tindakan yang mampu mencetuskan ketegangan.

“Penilaian semula ini supaya kita boleh melihat di mana titik tolak tahaluf siyasi itu dalam konteks yang sebenar,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (Yik), di sini, hari ini.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang menyifatkan tahaluf siyasi kini ‘koyak’ setelah DAP berterusan menghalang pelaksanaan hudud.

sh

Selasa, Disember 23, 2014

BERITA WAJIB BACA!! : KHAS UNTUK RAKYAT MALAYSIA...

men1_M

Rakyat digesa meninggalkan budaya politik rimba yang diamalkan oleh parti pemerintah selama ini.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata rakyat harus bermuhasabah dengan apa yang dilakukan oleh pentadbiran Barisan Nasional (BN) sejak 1957.

Katanya, taktik politik sedemikan sudah lapuk ditelan zaman dan kini rakyat beralih kepada politik baru berasaskan nilai dan hujah sebenar.

“PAS ingin menyeru seluruh rakyat agar berani membuat anjakan perubahan kepada satu lembaran baru politik Malaysia tanpa parti politik kuno UMNO, BN.

“Ia diganti dengan Pakatan Rakyat yang menawarkan politik baru yang lebih inklusif dan merentasi sempadan etnik,” katanya dalam satu sidang media di sini.

Menurut Mahfuz, kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan orang Melayu terpaksa mengemis kuasa daripada bangsa lain membuktikan UMNO punca segala permasalahan ini.

KENAPA DAP TAKUT DENGAN HUDUD?? SEPATUTNYA KENA BERLAPANG DADA JIKA DAP IKHLAS..

PUTRAJAYA: Pemuda PAS Malaysia berharap Konsensus Pakatan Rakyat dihormati rakan-rakan dalam pakatan itu khususnya DAP berhubung isu hudud.

Naib Ketua Pemuda, Ir Khairil Nizam Khirudin, berkata jika PAS boleh menghormati DAP dengan agenda negara sekular mereka, maka rakan PAS itu juga perlu berlapang dada dengan agenda negara Islam yang diperjuangkan PAS.

Khairil berkata demikian ketika ditanya wartawan di lobi Kementerian Kewangan, di Putrajaya selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, bagaimanapun berkata isu-isu berbangkit berkaitan hudud yang ditimbulkan kembali muktahir ini akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat.


Isnin, Disember 22, 2014

SOKONGAN PADU : KEPADA Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi


KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam waran tangkap peringkat kod merah yang dikemukakan ke atas ulama’ tersohor, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi.

Waran ini dikeluarkan oleh badan Polis Antarabangsa (Interpol) atas permintaan daripada kerajaan Regim As-Sisi Mesir, yang mengaitkan Al-Qaradhawi, dengan tuduhan menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri daripada penjara, serta aktiviti vandalisme dan kecurian.

"Sesungguhnya dakwaan ini sangat berat memandangkan ia merupakan fitnah semata-mata," ujar Presiden Abim, Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mengikut catatan dalam buku Thawrah sya'b (Kebangkitan Rakyat), ketika kemuncak kebangkitan rakyat di Mesir, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi tetap mempertahankan pendekatan tunjuk perasaan secara aman walau diminta berkali-kali untuk membenarkan rakyat Mesir menggunakan kekerasan sebagai tindak balas terhadap kekejaman yang dilakukan oleh pihak polis serta samseng upahan Hosni Mubarak.

Kata beliau, walaupun ramai rakyat Mesir yang dibunuh secara kejam, Yusuf Al-Qaradhawi tetap menyeru rakyat Mesir untuk meneruskan perhimpunan serta protes secara aman.

Sesi Dakwah : Pelancong Jerman Masuk Islam di Kota Bharu..Allahu Akbar!!!

 Gambar: Sesi Dakwah..

Kredit : TV Wau : Media Baru Kelantan

Rasa terharu seteleh selesai mengajar dua kalimah syahadah kepada George Karsten Weissig , 46 tahun dan anaknya Macauley Weissig, 8 tahun, zohor tadi di Masjid Muhammadi Kota Bharu.
Mereka dua beranak beragama Kristian, datang dari Jerman dengan tujuan melancong di negeri ini. Mereka berada di negara ini baru seminggu dan tertarik dengan Islam setelah diberi penerangan tentang Islam oleh Brother Mohamed Michael yang sentiasa menjadi ahli jemaah masjid ini.

Hari ini mereka telah memilih Masjid Muhammadi untuk melafazkan dua kalimah syahadat itu. Si Ayah telah memilih nama Islamnya, Abdul Rahman, sementara si Anak, memilih nama Muhammad.

Ahli jemaah masjid ini tidak melepaskan peluang untuk memberi sumbangan samah seriyal kepada saudara baru kita ini yang berjumlah RM 2,031 secara kilat. Saudara Abdul Rahman Weissig ini menyatakan bahawa beliau akan berusaha mengajak isteri dan dua orang anak perempuannya yang masih beragama Kristian di negaranya, agar menerima Islam sebagai agama keluarga mereka.

Ya Allah..Engkulah Yang Maha Pemberi Hidayat...

- Ust Rosli Che Soh (Imam Masjid Muhammadi Kota Bharu)

Rasa terharu seteleh selesai mengajar dua kalimah syahadah kepada George Karsten Weissig , 46 tahun dan anaknya Macauley Weissig, 8 tahun, zohor tadi di Masjid Muhammadi Kota Bharu.

Mereka dua beranak beragama Kristian, datang dari Jerman dengan tujuan melancong di negeri ini. Mereka berada di negara ini baru seminggu dan tertarik dengan Islam setelah diberi penerangan tentang Islam oleh Brother Mohamed Michael yang sentiasa menjadi ahli jemaah masjid ini.


Hari ini mereka telah memilih Masjid Muhammadi untuk melafazkan dua kalimah syahadat itu. Si Ayah telah memilih nama Islamnya, Abdul Rahman, sementara si Anak, memilih nama Muhammad.

Ahli jemaah masjid ini tidak melepaskan peluang untuk memberi sumbangan samah seriyal kepada saudara baru kita ini yang berjumlah RM 2,031 secara kilat. Saudara Abdul Rahman Weissig ini menyatakan bahawa beliau akan berusaha mengajak isteri dan dua orang anak perempuannya yang masih beragama Kristian di negaranya, agar menerima Islam sebagai agama keluarga mereka.

Ya Allah..Engkulah Yang Maha Pemberi Hidayat...

Ust Rosli Che Soh (Imam Masjid Muhammadi Kota Bharu)

Kredit :  TV Wau : Media Baru Kelantan

Ahad, Disember 21, 2014

Peluk Islam sempena Mega Street Dakwah

SEBERANG JAYA: Mega Street Dakwah yang jalankan oleh lapan badan bukan kerajaan (NGO) bersama Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) di sini pagi tadi berjaya mengislamkan seorang wanita berbangsa India.

Kumpulan yang diketuai oleh Azman Merican memasuki premis berkenaan untuk bertemu orang ramai dan menemui wanita itu yang bertugas sebagai jurujual di salah sebuah kedai di situ.
Azman ketika ditemui berkata, beliau sempat berhujah dengan wanita berkenaan tentang ketuhanan ekoran dakwaannya mengatakan tuhan sama sahaja antara agama.

"Saya dan kekawan cuba terangkan apa Itu Islam dengan lebih mendalam. Mula ada sikit perdebatan tetapi apabila kita terus berhujah akal, beliau semakin reda dan akhirnya akur untuk berada dalam agama sebenarnya," terang beliau semasa berucap dalam sesi muhasabah di pekarangan Masjid Seberang Jaya.
Menurutnya, kenangan mengislamkan saudara baru itu merupakan peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayatnya.

"Sejujurnya saya katakan saya amat berminat turun ke medan dakwah. Apabila dapat hasilnya ia satu perkara yang amat besar," jelasnya.

Mega Street Dakwah yang diadakan di dua lokasi di Pulau Pinang iaitu di pekarangan Masjid Universiti Sains Malaysia (USM) dan Masjid Seberang Jaya merupakan aktiviti serentak seluruh negara yang memperkenalkan 'Do You Know? Jesus & Muhammad Worship The Same God?'.


HD

Sabtu, Disember 20, 2014

ISU HUDUD : Pas tidak pernah paksa negeri PR laksana hudud

Mohd Amar mengadakan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, semalam

KOTA BHARU - Kerajaan negeri yakin Kelantan mampu merealisasikan pelaksanaan hudud tahun hadapan mengikut kesesuaian secara realiti di sini, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah. Menurutnya, Kerajaan Pas Kelantan tidak menganggap Putrajaya sebagai ‘lokasi’ terakhir kepada perjuangannya, namun ia adalah sebagai alat untuk melaksanakan kehendak-kehendak agama Islam. “Kita tidak boleh berhenti dengan kuasa sahaja, kalau kita dapat kuasa, tapi tidak buat agama, itu sudah salah dalam perjuangan kita, kita menang di Kelantan dan melaksanakan ajaran Islam setakat mana yang kita boleh. “Di sini kita boleh bersikap realistik dan praktikalnya kerana 97 peratus adalah orang Melayu dan Islam, sebab itu kita buat undang-undang ini (hudud) di Kelantan, bukan pada negeri-negeri lain,” katanya  selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di sini, semalam.

sh

Jumaat, Disember 19, 2014

Perkukuh aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah - Exco PAS Selangor


KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan sentiasa membanteras usaha penyelewengan ajaran Islam dan bertanggungjawab memelihara agama dan umat Islam dari terus terpesong akidahnya.

Sehubungan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, Jais secara konsisten akan mengadakan taklimat khas dan dialog dari semasa ke semasa bersama semua pengamal tarekat berhubung garis panduan tarekat.

Katanya, ia diwujudkan Jabatan Mufti Selangor sebagai panduan umum dalam mengekang perkembangan fahaman atau ajaran yang boleh menyeleweng dari Islam sebenar, lapor Selangor Kini.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam majlis perasmian penutup Simposium Tarekat Tasawuf Negeri Selangor 2014 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis), semalam.

ISU HUDUD : DAP, PKR perlu faham makna hudud

Ahmad Yunus

SHAH ALAM - Pas Selangor menggesa DAP dan PKR memahami terlebih dahulu perundangan hudud, sebelum membantah pelaksanaannya.

Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, hudud memerlukan pemahaman mendalam, bukan sekadar berlandaskan persepsi politik.

“Persepsi yang dimainkan ialah orang bukan Islam juga akan kena hukuman hudud. Sekarang ini mainan persepsi seolah-olah memecah-belahkan rakyat dan kepimpinan.

“Bagaimanapun, akibat kurang kefahaman ia menggambarkan hudud lebih kepada bentuk hukuman, sebaliknya al-Quran menggariskan perundangan Islam ini berbentuk pengajaran,” katanya selepas perasmian Majlis Graduasi Qurra’ Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Jabatan Agama Islam Selangor Kali Kedua 2014, semalam.

Khamis, Disember 18, 2014

POWER HUJAH : Bukan Islam tidak perlu takut hudud

Mohamad Taslim

MUAR - Rakan komponen PR, iaitu DAP tidak perlu berasa takut dengan pendirian Pas meneruskan perjuangan melaksanakan hudud kerana hukum tersebut tidak melibatkan orang bukan Islam.

Adun Pas Maharani, Dr Mohamad Taslim berkata, pada peringkat awal, hudud hanya akan dilaksanakan terhadap orang Islam di Kelantan yang diperintah sepenuhnya oleh Pas.

“Dalam tempoh pelaksanaan itu nanti (hudud), golongan berkenaan boleh menilai sendiri keberkesanan, kebaikan dan keadilan hukum tersebut.

“Jika hukum (hudud) yang dilaksanakan ini memuaskan hati orang bukan Islam, maka mereka boleh minta ia dikenakan sama,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang menegaskan parti itu tidak akan menarik kembali pelaksanaan hudud walaupun ditentang DAP.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hudud: Sudah 20 tahun Pas tunggu]

Dr Mohamad berkata, prinsip perjuangan Pas adalah berlandaskan perlembagaan parti itu mengikut al-Quran dan sunnah untuk mendirikan negara Islam.


'Kenapa kait hudud dengan skandal 1MDB?' Anak TGNA


Timbalan ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz menolak tanggapan bahawa sidang khas di DUN Kelantan pada 29 Disember bertujuan untuk menutup skandal syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, skandal 1MDB dan sidang DUN khas berhubung pelaksanaan hudud itu adalah dua perkara berbeza dan PAS sudah “berjuang” sejak sekian lama untuk melaksanakan hudud.

Tambahnya, malang bagi PAS jika “termasuk perangkap sekularisme”, sekiranya isu 1MDB menyekat usaha parti Islam itu untuk melaksana hudud.

"Agenda hudud PAS dah bawa sejak lebih 20 tahun. Macam mana ia (hudud) boleh dihentikan semata-mata kerana isu 1MDB?," soalnya.

Beliau seterusnya membandingkan usaha berkenaan dengan isu tuntutan negeri Kelantan ke atas hasil minyak di lautan negeri itu.

"Isu rompakan royalti minyak Kelantan yang sudah bertahun-tahun adalah lebih besar kerana ia adalah hak rakyat yang pasti dan ia tidak pula mengganggu usaha pelaksanaan hukuman hudud.

"Mengapa isu 1MDB pula dijadikan alasan untuk sekat usaha pelaksanaan hukuman jenayah syariah?," katanya.

Rabu, Disember 17, 2014

RAZMAN ZAKARIA ; 2014 labuh tirai, PAS 63 tahun mamatangkan politik Islam

 
Tahun 2014 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, dan PAS sudah pun menjangkau umurnya 63 tahun. Iaitu peringkat umur yang sangat matang dan berpengalaman.

PAS lahir pada 1951 manakala perjuangannya sudah bersusur galur semenjak penubuhan Hizbul Muslimin 1948, kejatuhan Aceh 1521 dan kejatuhan Pattani 1641. Ikhwan Muslimin Mesir ditubuhkan pada 1928 kemudian mula terserlah pada 1933. Jama'at Islami pula ditubuhkan di Lahore Pakistan pada 1941. Hamas ditubuhkan pada 1989, Front Islamic Salvation Algeria ditubuhkan pada 1970-an dan sebagainya.

Di persada lautan pengalaman ini, beberapa untaian isi yang boleh dipahat di dada sejarah PAS, lahirlah beberapa buah dan hasil yang dapat dipetik setelah proses penanaman dan pembajaan yang cukup lama. Antaranya;

a) Masyarakat Islam di Malaysia mula faham kewajipan dan keperluan berpolitik dalam Islam ke arah membawa wadah dan menzahirkan syiarnya. Walaupun sebelumnya masyarakat masih menganggap politik hanya sekadar kuasa kosong yang tidak perlu diperjuangkan.

b) Masyarakat Islam di Malaysia mula sedar bahawa tidak ada pemisahan di antara Islam dan politik, bahkan Islam bukanlah sekadar agama ritual dan Islam juga bukanlah seperti mana tafsiran Umno BN ketika menghuraikan Islam sebagai agama rasmi. Islam adalah agama persekutuan mengikut roh dan tafsiran perjuangan awal PAS supaya kalimat ini dicatat dalam perlembagaan Malaysia.

c) PAS juga mengajar erti tahaluf dalam mencapai cita-cita perjuangan Islam beserta had batasannya yang mesti diperhalusi dan diambil kira. Islam bukanlah keseluruhannya longgar selonggar longgarnya, tidak pula ketat seketat-ketatnya. Sebaliknya ada kelonggaran yang dibenarkan dan ada juga prinsip yang dipegang erat.

4. Dalam misi dakwah yang panjang, PAS telah berjaya mengetengahkan batasan kufur dan Iman dalam perjuangan. Tidak dibenarkan melangkaui batasan ini walaupun dengan idea idea yang kelihatan bernas serta rasional yang kelihatan betul. Walhal keimanan dan kekufuran itu mengikut garis neraca Islam.

5. Masyarakat juga mula faham mengapa PAS tidak boleh bersama perjuangan Umno yang merupakan parti yang terdiri dari kalangan Melayu Islam. PAS pertahankan prinsip dalam apa juga keadaan walaupun terpaksa kehilangan sokongan. Redha Allah lebih diutamakan daripada kepuasan manusia dan keuntungan dunia. Inilah bimbingan para ulamak haraki sehingga PAS berdiri teguh, istiqamah dengan dasar perjuangan tersendiri.

hd

HUDUD : Hudud sudah mendapat 'lampu hijau' daripada Kerajaan Pusat

NIK MOHAMAD ABDUH

SHAH ALAM - Pas tidak akan menarik kembali  perjuangan untuk melaksanakan hudud walaupun mendapat tentangan daripada rakan komponen, DAP.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, perjuangan Pas terhadap isu itu bukan baru tetapi sudah melangkaui 20 tahun.

Menurutnya, pelaksanaan hudud sudah mendapat 'lampu hijau' daripada Kerajaan Pusat dan tiada sebab untuk Pas menghentikannya.

“Dulu... kita dapat 'lampu merah', macam-macam dihalang. 20 tahun Pas terus berusaha untuk hudud. Tetapi sekarang BN dah buka jalan. Kita juga sudah melepasi negeri, jadi tidak ada sebab untuk mana-mana pihak nak mintak Pas berhenti.

“Konsensus negeri (Kelantan) juga sudah setuju di mana Umno dan Pas setuju untuk laksanakan (hudud), seharusnya keputusan ini dihormati,” katanya, semalam.

Beliau berkata, Pas memegang dasar demokrasi dan yakin untuk bentangkan Rang Undang-undang mengenai hudud di Parlimen.

Selasa, Disember 16, 2014

HOT!!!! Agenda DAP singkirkan Pas dalam PR

 Razman dan Norazli

IPOH - Pas Perak tidak menolak isu hudud dimainkan DAP adalah agenda untuk menyingkirkan Pas daripada meneruskan perjuangan bersama PR bagi menghadapi PRU14.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, perkara itu jelas dapat dilihat melalui kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menggesa supaya DAP, Pas dan PKR menolak hudud sekiranya mahu menakluki Putrajaya pada PRU14, nanti.

“Jangan anggap setiap apa yang diucapkan itu tidak ada mata yang memerhati dan tidak ada telinga yang mendengari,’ katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Razman, kenyataan Guan Eng berkenaan penolakan hudud itu juga berkemungkinan bertindak balas daripada hasrat Kerajaan Kelantan mengemukakan rang undang-undang berhubung pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Pindaan 2014 pada 29 Disember depan.


ISU HUDUD : DAP KENA HORMAT SISTEM DEMOKRASI NEGARA INI..

KUALA LUMPUR: PAS meminta semua pihak menghormati sistem demokrasi yang ada di negara ini dalam semua pelaksanaan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi semua pihak boleh bersuara dalam mengetengahkan pendapat.

"Saya tidak boleh meminta Pakatan Rakyat untuk ganggu negara demokrasi, begitu juga saya tidak boleh meminta DAP untuk ganggu konsep demokrasi.

"Begitu juga pelaksanaan hudud ia sekarang sedang melalui proses demokrasi dan biarlah ia melalui segala proses-proses tersebut sebelum keputusan akhir dibuat," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau yang turut menyokong PAS melaksanakan hudud kerana perancangannya melalui proses demokrasi dan bukan paksaan.

"Kita tidak boleh nak halang Kelantan melaksanakan hudud, sebab di Kelantan itu sendiri kelulusan dilakukan di peringkat Dewan Undangan Negeri, ini demokrasi awal perjalanannya.

Isnin, Disember 15, 2014

HOT!!! : NAJIB BAKAL TERSUNGKUR HE HE HE HE...

        
Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyeru agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar berhenti “menipu” rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu-isu berbangkit dalam negara ini.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh.

“Kita ada kuasa, polis pun kuasa kita, semua kita punya, kuasa itu banyak. Power (kuasa), power.

“Tak usah kerajaan nak bohongi rakyat, dedahkan (perkara sebenar berkaitan isu negara),” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam persidangan agung PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara jelas mana-mana isu yang dirujuknya itu.

Rashid juga berkata, sejak tidak mempunyai sebarang jawatan lagi, beliau kini berani mengkritik kerajaan tanpa rasa takut.

“Saya berani maki kerana saya tidak ada kuasa, jadi saya berani.


BERITA N. KELANTAN : Sidang khas Dun bagi Hudud Kelantan 29 Dis

Ahmad Yakob
 
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan mengadakan persidangan Khas Dun bagi membentangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali sebagai Hukum Hudud pada 29 Disember ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pindaan itu perlu dibuat terlebih dahulu sebelum rang undang-undang persendirian berkaitan pelaksanaan hudud dibawa ke Parlimen. 

"Pindaan ini semata-mata untuk melayakkan kita untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian ke Parlimen di mana kita merujuk kepada Perkara 76A

Perlembagaan Persekutuan. 
 

Ahad, Disember 14, 2014

TAHNIAH!! BERANI : PEGAWAI JAKIM TEGUR TAN SRI ASEH CHE MAT


Mlm tadi saya mengajar di Masjid Tuanku Mizan (MTMZA) Putrajaya, sejurus masuk waktu Isyak, ketika itulah mula kedengaran bunyi muzik dr arah tapak festival light & motion (LAMPU) yg terletak betul2 bersetentang dgn MTMZA. 

Amat mengesalkan pihak penganjur kurang sensitif terhadap org yg sdg bersolat di masjid. Moga syor yg saya kemukakan kpd Presiden Perbadanan Putrajaya di bawah mendapat perhatian beliau & tidak dipandang remeh.

*Kita amat profesional dgn segala protokol & adat istiadat utk menyambut seorang raja @ perdana menteri demi penghormatan kpd mereka, tapi adakah kita berlebih kurang dgn "protokol" menyambut waktu solat demi penghormatan kpd Rabbul Jalil, Allah SWT?


FB : Aizam Mas'ud

 http://biz-55.webs.com

Menjawab Tuduhan : Adakah Dr. Maza ingin mengundi Parti Sekular ??

1. Setelah membaca pandangan peribadi Dr Asri Zainal Abidin (Dr. Maza) baru-baru ini mengenai PAS yang digambarkan seolah-olah tidak boleh ditegur dan dikaitkan pula dengan "Wilayatul Faqeh" dari Syiah. Maka izinkan untuk saya menjawab beberapa salah faham yang ditimbulkan oleh Dr Maza kepada pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

2. Digambarkan seolah-olah jika PAS memerintah Malaysia maka demokrasi di Malaysia akan hancur - kerana digambarkan PAS seolah-olah tidak boleh ditegur. Namun, hakikat yang berlaku jauh daripada tuduhan yang dilemparkan. Sejarah tidak menipu, ketika PAS menjadi kerajaan di Terengganu sebelum ini, telah ditubuhkan badan Hisbah yang bertindak sebagai saluran rakyat menegur kerajaan negeri.

3. Malah PAS ketika itu juga telah mengadakan majlis muhasabah terbuka bersama rakyat di negeri terbabit. Kerajaan negeri memberi kebebasan kepada rakyat untuk memberi pandangan dan kritikan kepada pemerintahan kerajaan negeri ketika itu. Justeru, di manakah yang dikatakan demokrasi akan hancur sepertimana yang digembar-gemburkan seolah-olah PAS ini ekstrem. Yang dikatakan PAS tidak boleh ditegur sangat berlawanan dengan fakta sejarah.

4. PAS sangat menerima konsep perbezaan pendapat namun perbezaan pendapat yang dituntut dalam Islam mestilah tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Apabila prinsip dan dasar Islam dijulang, maka perbezaan pendapat dalam perkara cabang dan kaedah pada suasana politik di Malaysia juga mampu diraikan.

Subky Abdul Latif : Pas harus contohi kepimpinan Pak Doktor

Subky

KOTA BHARU - Pemikiran dan keperibadian Presiden Pas ke-3, Dr Burhanuddin Al-Helmy atau lebih dikenali sebagai Pak Doktor harus menjadi contoh dan dimanfaatkan sepenuhnya kepimpinan Pas kini terutamanya dari segi penerimaan beliau terhadap semua lapisan masyarakat.

Penganalisis Politik, Subky Abdul Latif berkata, kepimpinan yang ditonjolkan Pak Doktor yang sebelum ini diterima seluruh masyarakat harus dipraktikkan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran pada zaman pentadbirannya.

“Pak Doktor ditentang banyak pihak kerana dikatakan hendak membawa tanah Melayu ke Indonesia, jadi beliau bertanya, apakah tidak eloknya orang Melayu dan orang Indonesia ini, bukankah selama ini kita juga bersaudara, walaupun begitu, dunia politik kini juga sudah berbeza, ternyatalah penyatuan itu adalah sesuatu yang amat sukar.

“Tetapi pada masa itu umpamanya, orang Melayu itu kalau boleh disatukan, tidak kira di mana-mana, itu adalah lebih baik, dan orang Melayu itu bukan di tanah Melayu sahaja, jika disatukan, kitalah satu bangsa yang paling besar dalam dunia, oleh sebab itulah penyatuan Melayu yang Pak Doktor kehendaki itu adalah satu gagasan yang paling ditakuti oleh komunis Cina dan sebagainya,” katanya kepada media kelmarin.

Jumaat, Disember 12, 2014

Masya Allah, : Puluhan Orang Masuk Islam Setelah Tonton Video Ini


Di era modern ini, banyak sarana dakwah baru yang bisa dimanfaatkan. Salah satu sarana yang cukup efektif dan menarik adalah melalui video. Dengan video, obyek dakwah disuguhi dakwah secara visual sekaligus auditorial. Sehingga selain menarik, dakwah yang dikemas dalam video menjadi lebih mudah dipahami.

Salah satu video yang cukup fenomenal adalah video berjudul “The Meaning of Life” ini. Melalui video berdurasi 6 menit 51 detik ini umat manusia diajak merenungi begitu banyaknya waktu yang telah dilewati, namun banyak manusia yang tidak menyempatkan diri untuk berpikir tentang apa yang dilakukannya selama ini.

Video produksi Talk Islam ini mengajak umat manusia merenungi bagaimana proses perjalanan manusia di dunia, untuk apa manusia diciptakan dan apa yang akan terjadi ketika manusia sudah meninggal. Dari mana manusia berasal, untuk apa ia hidup dan akan ke mana setelah hidup.

ALHAMDULILLAH : PAS hampiri detik pelaksanaan Hudud

HUDUD atau Undang-undang Syariah yang diperjuangkan PAS kini menghampiri detik pelaksanaannya iaitu sedang dalam peringkat akhir ke pembentangan rang undang-undang berkaitan di Sidang Parlimen. Ikuti temubual Wartawan Harakah, IZWAN ABDUL HALIM bersama dua Ahli Parlimen PAS iaitu Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dan Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi mengenainya baru-baru ini.

HARAKAH: Bagaimana konsistensi PAS ketika ini untuk terus memperjuangkan Rang Undang-undang Syariah atau Hudud ini ke Sidang Parlimen?

UST NIK ABDUH: PAS sekarang semakin konsisten dan konsisten PAS semakin bertambah kerana kita diberi keyakinan bahawa Kerajaan Pusat bersedia membawa Undang-undang Hudud ini ke Parlimen. Kita telah bersetuju beberapa bulan lepas untuk mengadakan jawatankuasa di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan. Jawatankuasa itu berjalan dan saya dimaklumkan oleh pihak parti bahawa kita dalam proses akhir dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam jawatankuasa tersebut. Kita letak harapan tinggi bahawa kita akan bawa hudud ini di sidang Parlimen dalam masa terdekat.

Dari segi komitmen Ahli-ahli Parlimen PAS sendiri bagaimana Ustaz?

Untuk peringkat ini, kita tidak diberi selain daripada usaha mengekalkan momentum kepada rakyat. Ini kerja diperingkat jawatankuasa dan kerajaan negeri. Antara Ahli Parlimen PAS yang terlibat adalah Datuk Takiyuddin Hassan, beliau banyak mainkan peranan. Itu peringkat Ahli Parlimen, jika diperingkat kerajaan negeri dan parti, ramai lagi terlibat untuk draf semula sama ada untuk dibawa ke parlimen atau tambah baik enakmen sedia ada untuk dibawa ke peringkat Dun Kelantan. Kami Ahli-ahli Parlimen meneruskan momentum meyakinkan rakyat bahawa Rang Undang-undang dibawakan nanti adalah terbaik untuk negeri Kelantan.

Boleh ustaz jelaskan mengenai sesi meyakinkan rakyat itu dilaksanakan?

Melalui penerangan, penulisan, media itu kita buat untuk yakinkan rakyat bahawa hudud adalah terbaik. Kedua kita konsisten untuk bawa undang-undang itu ke Parlimen. Kita lihat reaksi rakyat macam tak sabar, jadi kita kata sabarlah, ikut proses. Yang kritik itu kerana nak tengok bila? Jadi sabar, kita ikut proses.

INFO PENTING : RAKYAT DIJEMPUT HADIR MAKAN KENDURI BESAR-BESARAN..

 
KUALA LUMPUR: Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO), parti politik serta kumpulan aktivis akan bersama-sama pada himpunan Demokrasi Rakyat pada 31 Disember bagi menuntut harga minyak Ron95 diturunkan ke harga RM1.90 sen seliter.

Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Mohd Azan Safar pada sidang media berkata, parti-parti politik dan kumpulan aktivis serta NGO telah menyatakan sokongan mereka untuk turut sama pada himpunan malam tahun baru nanti.

"Kita akan berkumpul di Dataran Merdeka dengan berpakaian baju hitam bermula jam 9 malam.

"Pada tahun lepas kita telah berjaya berhimpun di tempat yang sama dengan jumlah penyertaan yang besar dan untuk 31 Disember nanti, saya menjangkakan jumlah yang lebih besar dapat kita kumpulkan," katanya.

Jelasnya, himpunan ini bagi menuntut kerajaan menurunkan harga minyak pada kadar RM1.90 seliter bagi Ron95 iaitu mengambil kira harga pasaran, jaminan keuntungan kepada syarikat minyak dan subsidi 30 sen setiap liter.

Dalam pada itu, Azan yang turut memberitahu bahawa pihaknya tidak akan memohon permit untuk mengadakan perhimpunan itu kerana kedatangan mereka untuk menyambut tahun baru 2015.

 

Khamis, Disember 11, 2014

BERITA PR : Pakatan Rakyat perlu bersabar untuk memenangi Putrajaya.




PETALING JAYA: PAS tidak pernah berhasrat untuk keluar dari Pakatan Rakyat, malah akan terus memberi sumbangan serta pandangan bagi memastikan kekuatan kerjasama ini untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata untuk mencapai kemenangan setiap parti perlu bekerjasama dan tidak boleh bersendirian.

"Memang PAS pernah bersendiri sebelum ini sejak dulu dan keadaan sekarang PAS bersama-sama Pakatan Rakyat.

"Dalam keadaan ini kita (PAS) tidak pernah berfikir untk keluar dari Pakatan Rakyat sebaliknya kita mahu memberi komitmen sepenuhnya memastikan kekuatan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang," katanya ketika sesi lawatan di Sin Chew Media Corporation Berhad semalam.

KENA TAHU : JANGAN DI TIPU OLEH MENTERI KERAJAAN..

   

Seorang bekas presiden Majlis Peguam menegaskan bahawa Malaysia adalah negara sekular, seperti termaktub dalam satu penghakiman Mahkamah Persekutuan.

Bercakap dalam forum Hari Hak Asasi Dunia 2014 di Petaling Jaya semalam, Kuthubul Zaman Bukhari berkata sebarang undang-undang yang mencabuli Perlembagaan Persekutuan dianggap tidak sah, tanpa mengira sama ada ia undang-undang syariah atau sivil.

Kuthubul Zaman adalah presiden Majlis Peguam dari tahun 2003 sehingga 2005.

Beliau memetik penghakiman bertulis Tun Mohamed Salleh Abas, bekas hakim mahkamah agung, dalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang pengedar dadah Muslim.

Memetik penghakiman itu, Kuthubul berkata Mohamed Salleh menyebut bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bukan negara Islam.

"Ini adalah penghakiman Mahkamah Persekutuan. Penghakiman ini masih sah.

"Setahu saya, negara ini ditadbir oleh perlembagaan sekular dan bukan perlembagaan Islamik," kata Kuthubul Zaman.


Rabu, Disember 10, 2014

ISU MAS : KENYATAAN TERKINI TUAN GURU NIK AZIZ..

http://biz-55.webs.com KUALA LUMPUR: Isu pelantikan warga luar sebagai Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) MAS turut mendapat perhatian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersetuju dengan kenyataan bekas PM, Tun Dr. Mahathir.

Pelantikan Christoph R. Mueller sebagai CEO itu bagi pendapat Mahathir sebagai satu penghinaan kepada rakyat Malaysia, seolah-olah tiada yang cerdik dan berkelayakan untuk menerajui syarikat penerbangan itu.

Bagaimanapun, bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata jika kita boleh berkecil hati kerana warga kita diketepikan, tidak berhakkah Allah untuk 'kecil hati' apabila undang-undangnya diketepikan.

Malah, Tuan Guru Nik Aziz menambah adakah Tun Mahathir baru menyedari bahawa negara kita sudah lama berkiblatkan Barat dalam urusan bernegara?

"Saya sokong Tun M dalam hal ini. Cuma saya ingin menambah, Tun M baru sedarkah bahawa kita telah berkiblatkan Barat sekian lama dalam urusan bernegara?

"Jika kita boleh kecil hati kerana warga kita diketepikan dan warga Barat diagungkan, tidak berhakkah Allah juga 'kecil hati' apabila undang-undang-Nya diketepikan dan undang-undang ciptaan manusia didaulatkan?

BERITA BAIK!! : KERAJAAN TERENGGANU SUDAH BERUBAH...

Ahmad Razif Abdul Rahman

 
http://biz-55.webs.com
 
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu mengarahkan semua pasar raya di negeri itu ditutup pada hari Jumaat mulai 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang mulai Januari tahun depan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak umat Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat Jumaat dengan melepak di premis berkenaan.

"Keputusan itu telah dipersetujui pada mesyuarat Exco minggu lepas," katanya pada persidangan Dun di sini hari ini.

Semasa perbahasan Bajet Terengganu 2015, Hilmi Harun (Pas-Manir) mendakwa ramai orang Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat Jumaat dengan melepak di pasar raya.

Ahmad Razif berkata, penguatkuasaan terhadap arahan itu akan dijalankan dan dipantau oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sementara itu, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman (BN-Kuala Besut) meminta kerajaan negeri membangunkan tenaga boleh diperbaharui daripada sumber angin, solar dan ombak sebagai alternatif kepada tenaga elektrik sedia ada.
 

BERITA N. KELANTAN : Sidang khas Dun bincang Kanun Jenayah Syariah

http://biz-55.webs.com

KOTA BHARU: Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan dijangka diadakan akhir bulan ini bagi memperkemaskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) (II).

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sebelum ini kerajaan negeri mewujudkan jawatankuasa kecil untuk menyemak EKJS (II) yang ada sekarang.

Katanya, ada cadangan dikemukakan kepada jawatankuasa berkenaan bagi memperkemas dan memantapkan lagi enakmen tersebut.

“Enakmen itu sudah siap dan telah dibincang pada mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) 1 Disember lalu.

“Kemudian ia dibentang pada mesyuarat Lembaga Maik yang dipengerusikan Tengku Mahkota Kelantan sebagai Yang Dipertua Maik.

“Apabila mendapat persetujuan daripada dua jawatakuasa terbabit, kerajaan negeri akan mengadakan sidang khas Dun,” katanya di sini.

Sebelum ini Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob memberitahu kerajaan negeri akan membawa usul persendirian ke parlimen untuk membolehkan EKJS II dilaksanakan di Kelantan pada 2015.


Selasa, Disember 09, 2014

ISU HOT!! SPRM KALAU TAK AMBIL TINDAKAN MEMANG PAROK!!!!!



http://biz-55.webs.com

KUALA LUMPUR: Isu pemberian bonus secara tidak adil dalam kalangan ahli lembaga pengarah Felcra yang didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) baru-baru ini membuktikan pendedahan Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa) sebelum ini berasas.

Justeru, bagi memastikan isu tersebut disiasat secara telus, Bapa mengambil langkah membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kuala Lumpur, hari ini.

Pertemuan itu diharapkan dapat membuka ruang kepada SPRM untuk menyiasat isu tersebut selaras dengan pendedahan yang dilaporkan PAC.

Pertemuan itu diketuai Pengerusi Bapa, Haji Razman Zakaria selain turut diiringi Pengerusi Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, di pejabat agensi itu, di Jalan Cochrane.

Ketika ditemui selepas pertemuan tersebut, Razman memaklumkan pihak SPRM meminta beliau untuk membuat laporan polis berhubung kerana agensi itu beranggapan isu tersebut membabitkan kesalahan jenayah dan bukannya rasuah.

"Selaras dengan cadangan pegawai SPRM tadi, maka Bapa akan membuat laporan polis di Ipoh, esok berhubung isu itu, selain meminta Bapa di peringkat negeri juga berbuat demikian," tegas beliau ketika ditemui di luar bangunan SPRM Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, katanya pihak SPRM tetap memberikan jaminan untuk menyiasat  perkara tersebut.


Isnin, Disember 08, 2014

HOT!!! MB SELANGOR KENA SERANG LAGI...

http://biz-55.webs.comKENYATAAN MEDIA TERBUKA
8 DISEMBER 2014


AZMIN SOKONG PENARIKAN GELARAN DATUK SERI DAN TUDUHAN PENDERHAKA TERHADAP ANWAR IBRAHIM ?

1.       Ada usaha penyokong tuli YB Azmin Ali yang mengatakan saya dan teman – teman membawa cerita basi dan menjadi alat musuh politik YB Azmin Ali dengan tidak sudah sudah menyerang beliau.

2.       Ingin ditegaskan saya dan teman – teman tidak bermusuh dan bermasalah dengan Azmin Ali secara peribadi, tetapi kesalahan Azmin antaranya ialah Ingkar araham parti dengan melobi diri sendiri untuk menjadi Menteri Besar sehingga memalukan presiden dan menyebabkan parti dilihat negatif. Kesalahan ini bukan setakat disapu dibawah karpet tetapi akhirnya dia berjaya membuat PKR itu membuat ‘u turn’ dengan ketegasan hanya satu calon tunggal. Ketegasan inilah yang menyebabkan YB Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim digelar penderhaka sehingga ditarik gelaran dan parti serta PR itu sendiri mendapat impak negative dalam isu perlantikan Menteri Besar baru.

3.       Dalam soal melawan Umno dan Barisan Nasional, sama sekali saya dan teman – teman tidak kompromi. Kita mengkritik Umno / Bn sebagai tidak adil dan mengamalkan dua set undang undang tetapi dalam mendepani isu ini jelas PKR mengamalkan dua set undang – undang. Azmin dan yang rapat denganya semua lepas tetapi yang lain kritik sikit sudah digantung atau dipecat. Ini yang perlu diperbetulkan.


Dakwah : Pelbagai aliran, Islam tetap satu

http://biz-55.webs.com
 
DALAM sejarah Islam, sikap permusuhan akibat perbezaan pemikiran, pendapat dan pegangan politik telah menjerumuskan ummah ke jurang nestapa dalam menjalani kehidupan. Kita mungkin boleh meneladani sejarah lalu bahawa dengan permusuhan sesama kita dalam pemikiran politik hanya melanjutkan pertentangan yang tidak kunjung padam.

Perseteruan antara pelbagai aliran pemikiran, misalnya kelompok yang berpegang kepada prinsip kedekatan dengan Nabi Muhammad SAW, telah menjadikan wujud sengketa yang hingga kini masih menjadi asas. Sesetengah kelompok atau aliran menganggap bahawa fahaman mereka sahajalah yang terbaik dan menjadi pewaris Islam sebenar.

Hakikatnya dendam antara aliran-aliran dalam Islam terus membara tanpa noktah dan menjadi masalah dalam penyatuan Islam sehingga melahirkan konflik berdarah.

Dr Johan Effendi, dalam satu tulisannya pernah melukiskan keluhan seorang rakannya mengenai masalah yang dihadapi oleh umat Islam: “Tuhan kita tetap satu, Nabi kita Muhammad SAW juga satu, Kitab Suci kita pun satu, tetapi kita tidak pernah satu dalam segala hal. Kita terpecah-pecah dalam berbagai fikrah politik dan mazhab fikah dengan tingkat fanatisme yang tidak masuk akal. Akibatnya, kita mudah dikalahkan oleh golongan lain yang lebih kecil tetapi terurus lebih baik. Jadilah kita umat dengan pengakuan masa lalu yang jaya, tetapi menemukan diri dalam sudut masa kini yang miskin.” (Menemukan Makna Hidup, 2001: 101-102)

Info Pagi : Islam pasti menang! Tetapi....

http://biz-55.webs.com

PERMATANG PAUH: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa kemenangan Islam membuka (fathul) negeri adalah sama sekali berbeza dari penaklukan (isti’mar) dan revolusi yang dilakukan oleh kuasa penjajah atau idealogi lain.

Menurut beliau, Islam menguasai negeri dengan membuka hati manusia kepada keamanan, keadilan, kebaikan dan keindahan Islam hingga menyebabkan manusia menerimanya sebagai anutan akidah dan cara hidup.

Malah ujarnya, ia berbeza dengan penaklukan dan revolusi sebagaimana pernah dilakukan penjajah Barat dan idealogi lain yang telah memperhamba, menawan, menzalimi, memaksa dan merampas harta rakyat, bahkan menyebabkan terbunuhnya jutaan manusia.

“Kesan Perjanjian Hudaibiyah, kabilah Arab berduyun-duyun menemui Nabi SAW. Islam (berkembang) sampai ke tanah jajahan takluk Parsi dan Rom. (Mereka) bukan sahaja menukar agama (kepada Islam) tetapi juga budaya dan bahasa antaranya Sudan, Mesir, Iran hinggalah Utara Afrika,” ujar Ustaz Abdul Hadi menyampaikan tafsir surah al-Fath pada Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang, di sini semalam.

Oleh itu, beliau mahu para pejuang Islam menyedari bahawa kesan jihad secara damai (muwajahah silmiyah) terbukti menyebabkan lebih ramai manusia menerima Islam berbanding jihad peperangan.

Malah, Tuan Guru mahu para pejuang Islam meyakini hanya Islam akan kembali berkuasa, sedang semua agama, kuasa, ideologi dan teori selain Islam pasti akhirnya menemui kegagalan.

Beliau memberikan contoh beberapa negara yang telah meninggalkan idealogi asalnya dan menganut pula idealogi lain, termasuk berakhirnya tamadun agama seperti Hindu dan Buddha.

Ahad, Disember 07, 2014

ISU MAS : MELETUP!!! RAKYAT MALAYSIA BODOH KAH??

 MAS
http://biz-55.webs.com/

SHAH ALAM – Tindakan Khazanah Nasional Bhd melantik Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo) dilihat sebagai pembaziran kerana kerajaan perlu membayar gaji besar kepada beliau.

Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, sebagai negara yang telah lama menerajui dunia penerbangan, Malaysia sudah pasti memiliki calon tempatan yang lebih sesuai diberi tanggungjawab itu.

“Mereka mahu kurang perbelanjaan, tidak mahu bayar gaji begitu ramai tapi boleh ambil CEO dari luar negara,” sindirnya.

Menurutnya, Malaysia mempunyai pakar dalam bidang penerbangan kerana telah mempunyai pengalaman puluhan tahun dalam industri itu.

“Kalau tanya saya, saya ada nama yang sesuai untuk dicadangkan, tetapi mereka tak tanya pun, ambil jalan mudah pilih orang luar,” katanya yang enggan mendedahkan nama itu.

Abdul Aziz adalah individu yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan menubuhkan MAS pada 1972.

Menurut Abdul Aziz, beliau juga menolak pelantikan Mueller kerana orang luar tidak memahami masalah yang berlaku di negara ini.

“Malah dia juga tidak faham dengan budaya masyarakat Malaysia contohnya dari segi pekerja, untuk memahami (keadaan) itu juga ambil masa,” katanya.