KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan mengadakan persidangan Khas Dun
bagi membentangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau
dikenali sebagai Hukum Hudud pada 29 Disember ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pindaan itu perlu dibuat
terlebih dahulu sebelum rang undang-undang persendirian berkaitan
pelaksanaan hudud dibawa ke Parlimen.
"Pindaan ini semata-mata untuk melayakkan kita untuk membawa Rang
Undang-undang Persendirian ke Parlimen di mana kita merujuk kepada
Perkara 76A
Perlembagaan Persekutuan.
"Mengikut Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan, kerajaan negeri boleh
melaksanakan undang-undang berkenaan setelah mendapat kebenaran
Parlimen," katanya pada sidang akhbar berkaitan sidang itu di sini, hari
ini.
Ditanya mengenai bantahan kaum Cina berhubung pelaksanaan hukum hudud
di Kelantan, Ahmad berkata pelaksanaannya hanya melibatkan hukuman
terhadap umat Islam.
"Ini perkara tidak berbangkit sebab kita menghormati agama lain dan
undang-undang hudud ini tidak melibatkan orang bukan Islam, hanya Islam
sahaja dan mereka (orang bukan Islam) layak memilih untuk diadili secara
sivil atau hudud," katanya.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir
Baharom berkata, Kerajaan Persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada
kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan ke Parlimen rang
undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di
negeri ini.
Katanya, ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan.
sh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...