Timbalan ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz menolak tanggapan bahawa sidang khas di DUN Kelantan pada 29 Disember bertujuan untuk menutup skandal syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, skandal 1MDB dan sidang DUN khas berhubung pelaksanaan hudud itu adalah dua perkara berbeza dan PAS sudah “berjuang” sejak sekian lama untuk melaksanakan hudud.
Tambahnya, malang bagi PAS jika “termasuk perangkap sekularisme”, sekiranya isu 1MDB menyekat usaha parti Islam itu untuk melaksana hudud.
"Agenda hudud PAS dah bawa sejak lebih 20 tahun. Macam mana ia (hudud) boleh dihentikan semata-mata kerana isu 1MDB?," soalnya.
Beliau seterusnya membandingkan usaha berkenaan dengan isu tuntutan negeri Kelantan ke atas hasil minyak di lautan negeri itu.
"Isu rompakan royalti minyak Kelantan yang sudah bertahun-tahun adalah lebih besar kerana ia adalah hak rakyat yang pasti dan ia tidak pula mengganggu usaha pelaksanaan hukuman hudud.
"Mengapa isu 1MDB pula dijadikan alasan untuk sekat usaha pelaksanaan hukuman jenayah syariah?," katanya.
Beliau menjawab satu kenyataan oleh anggota majlis pimpinan pusat PKR, Latheefa Koya.
Latheefa dalam kenyataannya berkata, sidang khas untuk membentangkan pindaan berkaitan pelaksanaan undang-undang hudud pada 29 Disember ini merupakan “langkah aneh” oleh kerajaan Kelantan.
Peguam itu juga melihat bahawa sidang khas itu diumumkan secara mendadak sewaktu Umno dan BN ditekan hebat berhubung skandal 1MDB.
mk
http://biz-55.webs.com Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...