Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Disember 26, 2014

TG Nik Aziz keletihan, rehat di hospital

Facebook Nik Abduh


SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan sedang berehat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Menurut anaknya, Nik Mohamad Abduh, bapanya berehat di hospital akibat keletihan.

“Pagi ini saya menziarahi ayahanda Tuan Guru di hospital HUSM yang sedang berehat di hospital selepas tampak keletihan minggu ini.

“Ayahanda bertanya mengenai situasi banjir dan saya beri sedikit maklumat terkini dan kesukaran yang terpaksa ditempuh oleh mangsa dan operator penyelamat,” katanya yang dipetik melalui kemas kini status terkini di Facebooknya, pagi ini.


Katanya, meskipun kesihatan Nik Aziz semakin baik namun bekas Menteri Besar Kelantan itu berehat lebih lama ekoran keadaan banjir yang belum pasti.

“Walaupun sudah agak sihat pagi ini, ayahanda mungkin berehat sedikit masa lagi di sini kerana keadaan banjir yang belum pasti.

“Kiri kanan kampung Pulau Melaka kini menjadi aliran sungai yang deras. Bagaimanapun keadaan terkawal. Kawasan di sekeliling sungai Kelantan terjejas teruk,” katanya.

Nik Abduh sempat mengajak orang ramai berdoa atas keselamatan semua.

“Semoga ALLAH meredakan hujan dan angin kencang membadai lautan.

Semoga ALLAH menunjukkan kita jalan yang lurus. La Haula Wa La Quwwata Illa Billah,” tulisnya lagi.

sh

3 ulasan:

  1. Kalaulah usianya ketika ini di bawah 70 tahun, saya pasti TGNI akan berbot bersama orang besar di Kelantan untuk sama2 memberi sumbangan yang termampu bagi membantu mangsa banjir di Kelantan. Teringat suatu masa dahulu semasa beliau menjadi Menteri Besar, beliau menaiki bot melawat mangsa banjir di Kelantan. Sayangnya, kini beliau bukan lagi MB Kelantan apatah lagi usianya sudah mencecah 80 tahun lebih. Saya amat pasti, dalam keadaan seperti ini beliau tentu sekali tidak putus2 berdoa untuk kebaikan semua rakyat Kelantan.

    Bukan memuji tapi sekadar mengingatkan pembesar2 lain yang kini menggantikan beliau dari tampuk pemerintahan khususnya Nik Amar.

    BalasPadam
  2. Jgn harap lah ...Nik Amar melutut kat Muhydin ada lahhh

    BalasPadam
  3. tak nampak lagipun pimpinan PAS yang bersungguh macam TGNA. yang adapun cuma nak jadi macam seleberiti... sempat bergambar ala-ala model dalam air gitu

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...