Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Disember 23, 2014

BERITA WAJIB BACA!! : KHAS UNTUK RAKYAT MALAYSIA...

men1_M

Rakyat digesa meninggalkan budaya politik rimba yang diamalkan oleh parti pemerintah selama ini.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata rakyat harus bermuhasabah dengan apa yang dilakukan oleh pentadbiran Barisan Nasional (BN) sejak 1957.

Katanya, taktik politik sedemikan sudah lapuk ditelan zaman dan kini rakyat beralih kepada politik baru berasaskan nilai dan hujah sebenar.

“PAS ingin menyeru seluruh rakyat agar berani membuat anjakan perubahan kepada satu lembaran baru politik Malaysia tanpa parti politik kuno UMNO, BN.

“Ia diganti dengan Pakatan Rakyat yang menawarkan politik baru yang lebih inklusif dan merentasi sempadan etnik,” katanya dalam satu sidang media di sini.

Menurut Mahfuz, kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan orang Melayu terpaksa mengemis kuasa daripada bangsa lain membuktikan UMNO punca segala permasalahan ini.

Jelas Mahfuz, keadaan ini tidak seharusnya berlaku kerana struktur penting institusi negara seperti sistem raja berpelembagaan, sultan dan raja-raja Melayu, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri kabinet majoriti berbangsa Melayu.

“Maka adalah tidak salah untuk kita mengatakan atas sebab kegagalan UMNO lah sebagai punca berlakunya masalah yang didakwa ini.

“Apa yang beliau (Tun Mahathir) ceritakan itu tidak lebih kepada membuka aib dan kelemahan UMNO yang memerintah selama ini,” katanya.

Tun Mahathir baru-baru ini mengatakan perpecahan yang berlaku dalam kalangan orang Melayu menyebabkan bangsa itu terpaksa mengemis daripada bangsa lain untuk mengekalkan kuasa.
Kata Tun Mahathir, kuasa politik Melayu semakin lemah meskipun komuniti itu membentuk 60 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia. ‎

trp

1 ulasan:

  1. PENYANGAK PEROMPAK PERASUAH PEMBUNUH MENJADI PENERAJU NEGARA HANCUR DAN MUSNAH LAH NEGARA,SEPATUT PEJUANG BERANI MATI YANG KE SYRIA PATUT BERANI MATI MEMPERJUANGKAN DALAM HAL INI .PAS PKR SERTA DAP PENAKUT NOMBOR SATU DALAM MALAYSIIA

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...