HUDUD atau Undang-undang Syariah yang diperjuangkan PAS
kini menghampiri detik pelaksanaannya iaitu sedang dalam peringkat
akhir ke pembentangan rang undang-undang berkaitan di Sidang Parlimen.
Ikuti temubual Wartawan Harakah, IZWAN ABDUL HALIM bersama dua Ahli
Parlimen PAS iaitu Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dan Ustaz
Nasrudin Hassan at-Tantawi mengenainya baru-baru ini.
HARAKAH:
Bagaimana konsistensi PAS ketika ini untuk terus memperjuangkan Rang
Undang-undang Syariah atau Hudud ini ke Sidang Parlimen?
UST NIK ABDUH:
PAS sekarang semakin konsisten dan konsisten PAS semakin bertambah
kerana kita diberi keyakinan bahawa Kerajaan Pusat bersedia membawa
Undang-undang Hudud ini ke Parlimen. Kita telah bersetuju beberapa bulan
lepas untuk mengadakan jawatankuasa di antara Kerajaan Pusat dan
Kerajaan Negeri Kelantan. Jawatankuasa itu berjalan dan saya dimaklumkan
oleh pihak parti bahawa kita dalam proses akhir dan dipersetujui oleh
kedua-dua pihak dalam jawatankuasa tersebut. Kita letak harapan tinggi
bahawa kita akan bawa hudud ini di sidang Parlimen dalam masa terdekat.
Dari segi komitmen Ahli-ahli Parlimen PAS sendiri bagaimana Ustaz?
Untuk
peringkat ini, kita tidak diberi selain daripada usaha mengekalkan
momentum kepada rakyat. Ini kerja diperingkat jawatankuasa dan kerajaan
negeri. Antara Ahli Parlimen PAS yang terlibat adalah Datuk Takiyuddin
Hassan, beliau banyak mainkan peranan. Itu peringkat Ahli Parlimen, jika
diperingkat kerajaan negeri dan parti, ramai lagi terlibat untuk draf
semula sama ada untuk dibawa ke parlimen atau tambah baik enakmen sedia
ada untuk dibawa ke peringkat Dun Kelantan. Kami Ahli-ahli Parlimen
meneruskan momentum meyakinkan rakyat bahawa Rang Undang-undang
dibawakan nanti adalah terbaik untuk negeri Kelantan.
Boleh ustaz jelaskan mengenai sesi meyakinkan rakyat itu dilaksanakan?
Melalui
penerangan, penulisan, media itu kita buat untuk yakinkan rakyat bahawa
hudud adalah terbaik. Kedua kita konsisten untuk bawa undang-undang itu
ke Parlimen. Kita lihat reaksi rakyat macam tak sabar, jadi kita kata
sabarlah, ikut proses. Yang kritik itu kerana nak tengok bila? Jadi
sabar, kita ikut proses.
Bagaimana pula dengan suara-suara tentangan dari rakan tahaluf kita, PKR dan DAP?
Kita
sudah hadapi sebelum ini, kita hadapi yang menyokong, kita hadapi yang
membangkang. Kita telah ada banyak pengalaman, jawapan dan oleh sebab ia
berterusan maka kita berterusan berhadapan dengan isu sokongan dan isu
tentangan. Kita pernah berhadapan dengan tentangan lebih teruk, sekarang
tak teruk dah, nak sokong dah. Paling tidak dia ada janji dan dalam
kalangan ahli Umno, pemimpin Umno pun tak cakap buruk mengenai hudud,
mereka lebih lunak. Itu menandakan bangkangan terhadap kesediaan PAS,
untuk bawa hudud ini semakin hari semakin ringan. Jadi kalau dulu teruk
kita hadapi, sekarang lebih senang.
Secara peribadi, keyakinan ustaz sendiri macam mana?
Saya yakin! Yakin itu bergantung kepada keputusan di Parlimen.
Untuk bawa Rang Undang-undang Syariah atau Hudud ini ke Sidang Parlimen, sejauh mana konsistennya PAS ketika ini?
UST NASRUDIN:
PAS memang konsisten untuk meneruskan hasrat itu. Tinggal lagi kita ada
beberapa kekangan melalui Jawatankuasa Teknikal yang kita bentuk antara
‘kerajaan kepada kerajaan’ sebab ia memerlukan beberapa penyelarasan
sebelum bawa atau rujuk ke Parlimen untuk ‘private bill’ itu. Setakat
ini, perkara itu belum selesai, jangkaan awalnya pada bulan Disember
yang lepas tetapi tidak sempat. Jadi kemungkinan pada sidang dewan akan
datang. Jadi hasrat untuk membentang ‘private bill’ Rang Undang-undang
Jenayah Syariah di Kelantan itu tidak pernah kita hentikan.
Adakah komitmen ini kerana ‘core business’ PAS itu undi Melayu?
Ini
tuntutan syarak. Apaila kita ada kuasa, maka kita ada bertanggung jawab
untuk memastikan kuasa kita itu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk
melaksanakan syariat Islam. Sebab kita berkeyakinan pelaksanaan syariat
Islam boleh menyelesaikan banyak perkara berkait isu jenayah, sosial.
Itu mesti difahami semua untuk diberi peluang kepada kerajaan yang
berkuasa untuk dia meminda dan memiliki hak melaksanakan undang-undang
yang dibenarkan oleh Perlembagan sementelah Malaysia adalah negara yang
meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan.
Maka,
Islam itu mengikut tafsiran kita termasuklah untuk melaksanakan syariat
Islam. Jadi, memerlukan beberapa pindaan atau gubal undang-undang untuk
bawa ke Parlimen. Sampingannya kita telah berjanji, apabila rakyat
memberi mandat dan kuasa kepada kita, kita akan laksanakan syariat Islam
di Kelantan. Jadi, lama dah rakyat menanti.
Kerajaan Kelantan
telah menggerakkan usahanya selain daripada usaha dari dulu yang dibuat
dengan memberi penerangan. Jadi hujah kata nak tunggu rakyat faham dulu
itu sudah tidak relevan sebab dah 20 tahun lebih. Kerajaan Negeri
Kelantan telah ambil masa untuk beri penerangan kepada rakyat dengan
Minggu Hudud, kuliah dan bermacam-macam kertas kerja, seminar yang telah
dibuat yang saya kira itu sudah cukup dan memadai.
Kalau masih
ada individu belum memahami, itu tanggung jawab individu tersebut untuk
mendalami. Tetapi kerja kerajaan berterusan untuk beri pengetahuan
kepada rakyat mengenai hudud. Dalam masa sama hasrat untuk melaksanakan
hudud secara teknikalnya mesti diusahakan seperti ‘private bill’ dalam
Parlimen. Di Kelantan sudah selesai di peringkat Dewan Undangan Negeri,
tunggu beberapa halangan atau kekangan undang-undang.
Kedengaran masih ada rakan dari DAP dan PKR menentang hasrat itu, bagaimana?
Asal
dulu kita telah capai persefahaman bahawa kita bersetuju untuk tidak
bersetuju. Itu memang telah ada persetujuan bersama ditandatangani
ketiga-tiga pimpinan utama parti. Kita pun setuju untuk tidak ganggu
dasar parti dia dan dia pun setuju tidak ganggu dasar parti kita.
Soal
pelaksanaan syariah ini tidak sepatutnya berlaku ketegangan atau krisis
sebab kita tahaluf siyasi, kerjasama politik. Tapi ini bukan urusan
politik saja, ini urusan agama, tuntutan syariah. Ia jadi perjuangan PAS
yang tidak boleh kita ketepikan. Soal dahulu atau kemudian, itu
perancangan. Orang kata kita gopoh, kita tak gopoh, ini dah tahun ke-23,
bukan gopoh dah, ini masa yang sesuai, masa yang sepatutnya.
Bagaimana iltizam, khususnya Kerajaan Negeri Kelantan untuk ia dilaksanakan dalam masa terdekat?
Setakat
ini, Dewan Ulama telah menyelesaikan beberapa perkara akhir untuk
menyemak draf undang-undang tersebut dan baru saja minggu lepas kita
buat sidang antara Dewan Ulama dengan beberapa pakar undang-undang untuk
menyemak penambahbaikan. Ia hasil perbincangan kita dengan pihak peguam
dan pelbagai pihak hakim dan mereka ada beri nilai tambah. Kita telah
semak dan perbaiki yang lama untuk lihat kesempurnaannya. Dilihat
Kerajaan Negeri Kelantan sangat bersedia untuk melaksanakannya.
hd
[ IKLAN ] Bisnes Online.. Modal cuma RM55.00 untuk memulakan bisnes.
beli 1 lot = RM55 bonus anda RM400.00
beli 2 lot = RM110 bonus anda RM800.00
beli 10 lot = RM550 bonus anda RM4000.00
beli 100 lot = RM5500 bonus anda RM40,000.00
Beli lah berapa lot yang anda mampu...Tiada paksaan...
Cuba anda perhatikan jika anda beli 4000 lot = RM220,000.00
Ini hasilnya : RM1,600,000.00
Anda sudah bergelar JUTAWAN!!!!! Mudah kan kan kan..
Sertai kami sekarang anda mampu megubahnya!!
Maklumat link kat sini :
* http://biz-55.webs.com/
* https://www.facebook.com/UsahawanInternetBoss
* https://www.facebook.com/groups/geng2usahawan
Kami ingin memaklumkan orang ramai bahawa JAMINAN KEWANGAN PINJAMAN SYARIKAT kini sedang memberi pinjaman pada kadar yang berpatutan sebanyak 2% setahun. Kami memberi jumlah pinjaman minimum 10,000.00 dan jumlah maksimum sebanyak 100,000,000.00. Jika anda memerlukan kewangan untuk pengembangan perniagaan, tujuan pertanian, pembayaran balik hutang, pinjaman kereta dan pinjaman pendidikan maka kita boleh membantu besar dan bantuan kepada anda. Untuk lebih banyak pertanyaan mengenai program kredit kami kami cadangkan anda menghubungi email rasmi kami di bawah: financialassuranceloans@gmail.com, financialassuranceloans@accountant.com
BalasPadamKami ingin memaklumkan orang ramai bahawa JAMINAN KEWANGAN PINJAMAN SYARIKAT kini sedang memberi pinjaman pada kadar yang berpatutan sebanyak 2% setahun. Kami memberi jumlah pinjaman minimum 10,000.00 dan jumlah maksimum sebanyak 100,000,000.00. Jika anda memerlukan kewangan untuk pengembangan perniagaan, tujuan pertanian, pembayaran balik hutang, pinjaman kereta dan pinjaman pendidikan maka kita boleh membantu besar dan bantuan kepada anda. Untuk lebih banyak pertanyaan mengenai program kredit kami kami cadangkan anda menghubungi email rasmi kami di bawah: financialassuranceloans@gmail.com, financialassuranceloans@accountant.com
BalasPadam