Pages - Menu

Pages - Menu

Ahad, Disember 07, 2014

ISU MAS : MELETUP!!! RAKYAT MALAYSIA BODOH KAH??

 MAS
http://biz-55.webs.com/

SHAH ALAM – Tindakan Khazanah Nasional Bhd melantik Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo) dilihat sebagai pembaziran kerana kerajaan perlu membayar gaji besar kepada beliau.

Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, sebagai negara yang telah lama menerajui dunia penerbangan, Malaysia sudah pasti memiliki calon tempatan yang lebih sesuai diberi tanggungjawab itu.

“Mereka mahu kurang perbelanjaan, tidak mahu bayar gaji begitu ramai tapi boleh ambil CEO dari luar negara,” sindirnya.

Menurutnya, Malaysia mempunyai pakar dalam bidang penerbangan kerana telah mempunyai pengalaman puluhan tahun dalam industri itu.

“Kalau tanya saya, saya ada nama yang sesuai untuk dicadangkan, tetapi mereka tak tanya pun, ambil jalan mudah pilih orang luar,” katanya yang enggan mendedahkan nama itu.

Abdul Aziz adalah individu yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan menubuhkan MAS pada 1972.

Menurut Abdul Aziz, beliau juga menolak pelantikan Mueller kerana orang luar tidak memahami masalah yang berlaku di negara ini.

“Malah dia juga tidak faham dengan budaya masyarakat Malaysia contohnya dari segi pekerja, untuk memahami (keadaan) itu juga ambil masa,” katanya.


Mueller dijangka menerajui MAS NewCo pada 1 Januari 2015.

Beliau yang kini CEO Aer Lingus Plc, syarikat penerbangan Ireland dipilih susulan kejayaannya membangunkan beberapa syarikat penerbangan dalam tempoh singkat.

Sementara itu, Abdul Aziz juga berpendapat jumlah Ahli Lembaga Pengarah MAS yang baharu seramai 13 orang terlalu ramai.

“Cukup enam ke tujuh orang sahaja (lembaga pengarah), ditambah pula 6,000 kakitangan MAS dibuang. Itu bermakna syarikat ini semakin mengecil, bukan syarikat besar lagi.

sh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...