PUTRAJAYA: Pemuda PAS Malaysia berharap Konsensus
Pakatan Rakyat dihormati rakan-rakan dalam pakatan itu khususnya DAP
berhubung isu hudud.
Naib
Ketua Pemuda, Ir Khairil Nizam Khirudin, berkata jika PAS boleh
menghormati DAP dengan agenda negara sekular mereka, maka rakan PAS itu
juga perlu berlapang dada dengan agenda negara Islam yang diperjuangkan
PAS.
Khairil berkata demikian ketika ditanya wartawan di lobi Kementerian
Kewangan, di Putrajaya selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri
Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, hari ini.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, bagaimanapun
berkata isu-isu berbangkit berkaitan hudud yang ditimbulkan kembali
muktahir ini akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat dalam
tempoh terdekat.
Khairil berkata mesyuarat tersebut diharapkan akan dapat menyelesaikan isu tersebut dengan penuh positif secepat mungkin.
Baru-baru ini, isu hudud kembali dibangkitkan DAP yang dengan jelas menolak hukum hudud dilaksanakan di negara ini.
Semalam, Guan Eng dalam kenyataannya sebelum ini berkata, pelaksanaan
hudud di Kelantan bertentangan dengan persetujuan bersama dalam
Pakatan.
Manakala, kerajaan negeri Kelantan bercadang mengemukakan rang
undang-undang persendirian mengenai hudud ke parlimen bagi membolehkan
hukum Islam itu dilaksanakan di negeri Serambi Mekah itu.
hd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...