SEJAK dua tiga menjak ini aku lihat banyak betul rakan-rakan yang kongsi
artikel dan laporan palsu kononnya PKR telah memecat TS Khalid Ibrahim,
MB Selangor yang isunya hangat diperbahaskan sekarang ini.
Walaupun terbukti berita itu tidak benar, namun secara peribadi aku amat
tidak setuju jika PKR memecat TS Khalid tanpa mematuhi peraturan yang
ditetapkan di dalam parti. Pecat seseorang mestilah bersebab dan serius
salah lakunya. Orang itu juga mesti terlebih dahulu diberi surat
tunjuk sebab atau dipanggil membela diri agar beliau dapat
mempertahankan dirinya. Kita tidak mahu PKR dilihat rakus dan zalim.
Secara peribadi aku menyokong usaha parti untuk menyelesaikan kemelut MB
Selangor sekarang ini tetapi bukan dengan cara memecat beliau. Parti
punyai hak untuk menaikkan seseorang menjadi calon pilihanraya, begitu
juga untuk memberi amanah untuk menjadi MB. Bila parti rasa perlu
melakukan pertukaran atas sebab-sebab tertentu, maka itu juga hak
parti. Selaku rakan di dalam Pakatan, tentunya hak memilih atau
mengganti seseorang MB itu mestilah dikongsikan bersama rakan-rakan
untuk dipersetujui bersama jika boleh.
Di dalam isu MB Selangor, PKR merasakan sudah sampai masanya TS Khalid
berundur. Memandangkan TS Khalid itu ahli PKR dan Kerusi MB itu telah
diamanahkan sebelum ini kepada PKR, maka tentulah PKR terpaksa memilih
siapa penggantinya. Soal calon yang dipilih oleh PKR itu layak atau
tidak menjadi MB Selangor, itu semua bergantung kepada persetujuan
rakan-rakan dari DAP dan PAS. Jadi, tidak timbul soal menamakan calon
dari PKR itu mesti dirujuk terlebih dahulu kepada DAP dan PAS. Di
peringkat mencalonkan atau menamakan calon itu, itu adalah hak PKR.
Tetapi harus ingat, layak atau tidak, diterima atau tidak, itu pula
adalah hak DAP dan PAS. Kerusi MB Selangor bukan hak PKR, tetapi Kerusi
itu adalah hak Pakatan yang akan membuat keputusan.
Adakah PAS juga boleh menamakan calon dari partinya? Jawapannya
tentulah boleh. Tetapi jangan lupa, pada Mesyuarat Majlis Presiden PR
yang pertama, kesemuanya sepakat secara dasarnya bersetuju bahawa Kerusi
MB Selangor adalah untuk PKR. Cuma, PAS dan DAP mahu rujuk dahulu
kepada parti masing-masing tentang nama calon yang dicadangkan oleh
PKR. Seandainya PAS meletakkan nama calon dari parti berkenaan pada
mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos nanti, ini menunjukkan PAS gagal
mematuhi persefahaman yang dicapai pada Mesyuarat Majlis Presiden PR
yang pertama. Tidak mungkin PAS akan berbuat demikian.
PAS dan DAP boleh tolak nama calon yang dicadangkan oleh PKR iaitu DS
Wan Azizah, tetapi Kerusi MB Selangor tetap untuk PKR seperti yang
dipersetujui. Ertinya, ada calon lain dari PKR sebagai alternatif untuk
menggantikan Azizah. Siapa orang itu? Jika Azmin, aku rasa kemelut
tidak akan selesai juga. Siapa tokoh lain di Selangor selain dari
Azizah, Azmin dan Khalid? Pada aku tiada.
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...