Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Ogos 28, 2014

Berita Malam : Krisis MB, Rakyat menaruh harapan tinggi ke atas kebijaksanaan DYMM Sultan Selangor

dewan-rakyatSHAH ALAM, 29 OGOS: Rakyat menaruh harapan tinggi ke atas kebijaksanaan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mencari penyelesaian terbaik berhubung isu jawatan menteri besar.

Perkara itu diperoleh dalam satu tinjauan awam yang dilakukan Selangor Kini ke atas masyarakat sekitar Bandaraya Shah Alam.

Daripada 30 orang awam yang ditemui, 22 daripadanya berpandangan krisis menteri besar wajar dirujuk kepada asas dengan menyerahkannya kepada pihak istana.

“Ini mungkin silap Pakatan Rakyat (PR), berpolitik sepanjang masa sehingga menteri besar yang mempunyai rekod cemerlang mahu diturunkan dan kini rakyat diheret dalam kemelut siapa pimpinan baru dan bagaimana pula untuk nasib rakyat selepas ini.

“Seharusnya, bila sudah pegang Selangor untuk penggal kedua, mereka perlu fokus dan yakinkan rakyat untuk capai kejayaan yang besar dalam mentadbir Selangor supaya ia boleh digunakan sebagai modal untuk peluanglebih besar pada pilihan raya akan datang,” jelas Zalmi Hazriy, 39.


Ariffin Badar, 44, SeangorBagi pekerja swasta, Zushdi Arifin, 44, pula berpandangan calon menteri besar wajar hadir di kalangan ahli politik yang diperkenan Sultan Selangor bagi memudahkan urus tadbir negeri kelak.

“Sebagai rakyat, kami bimbang dengan situasi krisis menteri besar seperti ini. Di mana silapnya sehingga negeri yang dipimpin oleh Abdul Khalid Ibrahim dengan pelbagai kecemerlangan pada penggal lalu dilumpuhkan.

“Dalam hal ini, sudah tentu Tuanku Sultan mempunyai buah fikiran yang bernas dan terbaik untuk selesaikan perkara ini demi negeri dan rakyatnya,” jelas anak jati Selangor itu.

Ariffin badar, 44, SelangorManakala, Ariffin Badar, 44, turut berkongsi pandangan yang sama dan berharap krisis menteri besar diselesaikan dengan tenang tanpa melukakan hati rakyat terbanyak yang sebelum ini memilih PR untuk mentadbir Kerajaan Selangor.

“Langkah sudah diambil, Khalid Ibrahim digugurkan PR bagi membuka ruang kepada calon menteri besar baru walaupun majoriti rakyat masih menyokong dan berpuas hati dengan kepimpinan Khalid Ibrahim.
“PR juga sudah mengemukakan nama calonnya kepada istana. Jadi, serah kepada Tuanku Sultan untuk memilih yang terbaik untuk negeri dan rakyatnya,” katanya.

Sementara itu, tinjauan krisis menteri besar juga mendapati lapan daripada 30 responden bersedia untuk Dewan Negeri Selangor (DNS) dibubar bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
“Rakyat diheret dalam krisis ini. Rakyat mula keliru ke mana hala tuju kerajaan negeri sedia ada, berpolitik sepanjang masa atau fokus kepada rakyat?

“Jadi, biar rakyat yang menentukan parti mana yang layak mentadbir,” kata pesara, Muzamir Abdul Wahad, 57.

Zamrul Rubir, 48, TerengganuBagi Zamrul Rubir, 48, pula, rakyat akan berpuas hati jika PRN dilakukan selepas diheret dalam krisis menteri besar itu.
“Walaupun ramai pihak beranggapan tukar pemimpin itu suatu yang normal. Tetapi dalam krisis di Selangor ini, ia sedikit sebanyak melukakan hati rakyat.

“Ia (tukar MB) mungkin suatu yang ‘simple’, tetapi ‘effect’ besar. Sebab itu, saya yakin tidak mustahil PRN perlu diadakan untuk selesaikan masalah ini,” katanya.

sk

3 ulasan:

  1. Tak payah fikir fikir sangat, yang punya sokong majorati harus diamanahkan untuk menerajui kerajaan. Simple benda ini tak disusah susahkan. Jika PAS tidak ada niat jahat, rakan kongsi perlu diberi sokongan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Majoriti apanye. Majoriti paksa. Ha ha. Betul tu. Asyik berpolitik je, lupa nak fokus tanggungjawab kp rakyat

      Padam
  2. Setuju dengan alasan ini, jangan terperangkap dengan dakyah UMNO.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...