Abdul
Khalid (dua, kiri) ketika menyampaikan sumbangan duit raya kepada
anak-anak yatim yang turut hadir pada program berbuka puasa bersama
media, kelmarin.
Jelasnya, walaupun ada pihak media yang didakwanya takut-takut mengambil gambar pemimpin PR namun beliau berterima kasih kerana diberi peluang menyelitkan berita mengenai pihaknya.
Ruang yang diberi oleh pihak media dalam memberi liputan jelasnya, menyebabkan PR lebih dikenali di negeri ini dan berjaya mengekalkan pentadbiran sedia ada.
Abdul Khalid ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama media di sini, kelmarin berharap, media dapat menyiarkan lebih banyak berita untuk tujuan pembangunan.
Tanpa mengira fahaman politik dan pandangan katanya, golongan media diharap dapat berusaha memberikan berita yang boleh membantu membangunkan masyarakat.
“Media juga disaran memberi peluang rakyat mengetahui bentuk pengurusan dan pentadbiran kerajaan yang baik serta boleh dicontohi, dengan itu demokrasi yang kita mahukan akan dapat berkembang dengan lebih baik,” katanya.
Dalam program berkenaan, Abdul Khalid turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Sungai Pinang, Klang.
Hadir sama, isterinya, Puan Sri Salbiah Tunut; Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar.
Terdahulu, Abdul Khalid dalam ucapannya memberitahu, program jelajahnya bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam program berbuka puasa di hampir semua daerah di negeri ini dapat membuka mata beliau dari segi pengurusan pentadbiran.
Melalui pemerhatiannya, beliau berkata, terdapat perbezaan dari segi kehidupan penduduk bandar dan kawasan luar bandar.
Katanya, pihaknya memahami pembangunan di kedua-dua kawasan tidak sama dan perlu mengikut kesesuaian.
“Semua masyarakat perlu diberi peluang untuk mempertingkatkan ekonomi dan kehidupan mereka, apabila keadaan ekonomi selesa, usaha beribadah akan lebih mantap lagi.
“Bagi PR sendiri kita akan adakan dua forum, salah satunya mengenai manifesto PR dan pelaksanaan untuk rakyat di Selangor dalam tempoh dua hingga empat tahun akan datang,” katanya.
SinarHarian
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...