Kebenaran milik Allah, bukan di Barat bukan di Timur
Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden
Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir.
Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak
perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya. Padahal
kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu
fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Barangkali, Sheikh
Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa
tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saya
menghormati kelilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian
beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari.
Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam
khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam
penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.
Berpuas
hatilah kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera.
Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik Allah, tidak di Barat dan
tidak Timur. Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan Allah SWT
dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci
kebenaran. Di samping menjaga dua tanah Suci, Saudi jugalah yang menjaga
telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika sekian lama. Inilah
satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani
Saud.
Justeru, janganlah Saudi menyangka dengan sokongan
mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat
Islam di dunia. Jika darah Abdullah bin Zubair radhiallahuanhu pernah
tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa
peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah
Saudi hari ini? Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk
menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga
Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?
Barangkali
sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan
dengan sokongan Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah
membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Saya menyeru kepada jiwa-jiwa
yang telah dimuliakan Allah SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali
cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.
Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf
yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun
yang lampau. Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa
Mesir. Saya yakin Insya-Allah, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman
para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur
dengan gerakan Islam.
Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :
فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا
yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum,
sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini
sahaja... - Surah Toha, ayat 72
TG Nik Abdul Aziz Nik Mat,
20 Ogs 2013
Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS)
Senarai Blog...Geng
-
Dr Mujahid Yusof Rawa: Di manakah adab politik Islam Pas - HarapandailyTimbalan Presiden AMANAH Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mempersoal adab politik Islam Pas yang berusaha meneutralisasi fitnah menerusi inf...2 jam yang lalu
-
-
PRABOWO TAK DEMAM, ANWAR YANG DEMAM - Semalam, Anwar Ibrahim sepatutnya mengadakan mesyuarat dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Langkawi. Tetapi, Anwar yang sudah berada di Langka...7 jam yang lalu
-
Wan Rosdy Harap Melaka International Halal Festival 2024 Buka Peluang Pahang Promosi Industri Halal - *KUALA LUMPUR:* Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap agar Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 dapat membuka peluang...Sehari yang lalu
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan - *ULASAN* *Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...5 hari yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...9 bulan yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*4 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Rabu, Ogos 21, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...