Ketua Ulama PAS nasihat Harussani juga bertaubat...
MUKTAMAR PAS Ketua Dewan
Ulama PAS Pusat (DUPP) Datuk Harun Taib membidas Mufti Kerajaan Perak
Tan Sri Harussani Zakaria yang menasihatkan Naib Presiden PKR Nurul
Izzah Anwar supaya bertaubat susulan dakwaan kenyataannya mengenai
kebebasan beragama.
"Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah
besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong
perjuangan Islam. Dia harus bertaubat," katanya.
Beliau berkata
demikian menjawab soalan pemberita berhubung laporan yang menyebut
Harussani menasihatkan Nurul Izzah bertaubat susulan kenyataannya itu.
Harussani
juga dilaporkan menasihat ahli Parlimen Lembah Pantai itu memohon
keampunan daripada Allah SWT serta menarik kembali kenyataannya
berhubung kebebasan beragama di sebuah forum di Subang Jaya baru-baru
ini.
Mufti Perak itu turut menasihatkan pengikut pemimpin PKR
itu yang menyokong serta bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan
itu, supaya bertaubat kerana menurut Harussani, ia adalah berdosa besar.
Dalam
satu sidang media selepas merasmikan Muktamar DUPP di Kota Bharu hari
ini, Harun turut ditanya mengenai pendirian dewan itu berhubung
kenyataan anak sulung Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Bagaimanapun,
Harun berkata pihaknya "tidak mengambil berat" perkara tersebut dan
menganggap "itu perkara biasa sahaja" kerana menurut Harun, Nurul Izzah
buat kenyataan mengenai kebebasan agama itu tidak terhad kepada orang
tertentu sahaja tetapi kepada semua bangsa.
"Pada asalnya,
apabila belum masuk Islam, dia bebas memilih Islam atau tidak. Tapi,
yang tidak bebas (apabila) sudah masuk Islam, tidak boleh sekali Islam,
sekali Kristian. Itu tidak adil," katanya.
Didesak wartawan
supaya beliau menyatakan pendirian dewan dengan lebih jelas, Harun
dengan tegas menyatakan: "Saya tidak mahu bicara pasal Nurul Izzah,
perkara kecil. Banyak lagi perkara pasal Mahathir buat, yang Najib buat.
Saya akan jawab."
Ditanya berhubung pelaksanaan hudud sedangkan
rakan gabungan Pakatan tidak bersetuju, Harun berkata Pakatan sudah
bersetuju "secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam
itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk
memimpin Malaysia".
"Tetapi syariat Islam ia mesti dilaksanakan
mengikut lunas-lunas demokrasi. Jadi kalau kita majoriti dalam parlimen,
kita kemukakan undang-undang berkaitan dan kita dapat sokongan parlimen
dan diluluskan, maka dengan sendiri dia menjadi undang-undang negara.
"Bila
jadi undang-undang negara, semua kena taat, patuh. Kalau tak setuju,
undang-undang jalan raya, orang pun tak setuju, kerajaan laksana juga,"
katanya.
Diminta mengulas "suara-suara sumbang" dalam DAP
khususnya Karpal Singh yang menolak, Harun mendakwa tokoh DAP itu,
"tidak sempat mengikut dialog dan penjelasan" yang dibuat oleh PAS.
"Kita
tidak ada masalah dengan DAP kerana kita selalu berdialog dengan dia
(DAP). PR ditubuhkan, DAP selalu bertukar-tukar fikiran tentang
undang-undang jenayah syariah.
"Tetapi Karpal Singh tak sempat,
mungkin sebab dia uzur, sebab itu ada masih ada suara-suara yang semacam
tidak setuju. Itu bukan tak setuju, tapi semacam tidak setuju,"
katanya./MalaysiaKini
KUMPULAN BAKAL JUTAWAN ONLINE.. BERMINAT DAFTAR SEKARANG!!
Senarai Blog...Geng
-
Makin menjadi tandatanya: Bangkai kucing, anjing cedera pada perut ditemui di kampus - Faisal AsyrafPETALING JAYA: Bangkai seekor kucing dan anjing ditemui di kawasan kampus Universiti Malaya, malam tadi.Seorang penyelamat haiwan, Shima Aris,...2 jam yang lalu
-
BETUL LA TU. - Jebonista. BetullaRR... Amat malang jadi manusia dalam parti Pas.. Kan elok jadi binatang sbb tak boleh berfikir.. senang² kena sembelih (tipu) ...3 jam yang lalu
-
Wan Rosdy: Insentif Kecemerlangan Pendidikan, Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak RM1 Juta - *RAUB*: Kerajaan Negeri Pahang menyediakan insentif RM1 juta buat golongan muda yang cemerlang dalam pendidikan. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja ...5 jam yang lalu
-
JANGAN LUPA, PH JUGA PERNAH KUTIP DERMA UNTUK BAYAR DENDA - Bagai nak runtuh dunia para penyokong PH menghentam Pas berikutan parti itu memutuskan untuk melakukan kutipan derma bagi membantu Ahli Parlimen Kepala B...5 jam yang lalu
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan - *ULASAN* *Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...6 hari yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...9 bulan yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*4 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Khamis, November 15, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...