Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, November 15, 2012

Panas!!! Ketua Ulama PAS nasihat Harussani bertaubat...

Ketua Ulama PAS nasihat Harussani juga bertaubat...
MUKTAMAR PAS Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) Datuk Harun Taib membidas Mufti Kerajaan Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menasihatkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar supaya bertaubat susulan dakwaan kenyataannya mengenai kebebasan beragama.

"Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam. Dia harus bertaubat," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita berhubung laporan yang menyebut Harussani menasihatkan Nurul Izzah bertaubat susulan kenyataannya itu.

Harussani juga dilaporkan menasihat ahli Parlimen Lembah Pantai itu memohon keampunan daripada Allah SWT serta menarik kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama di sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini.
 
Mufti Perak itu turut menasihatkan pengikut pemimpin PKR itu yang menyokong serta bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu, supaya bertaubat kerana menurut Harussani, ia adalah berdosa besar.

Dalam satu sidang media selepas merasmikan Muktamar DUPP di Kota Bharu hari ini, Harun turut ditanya mengenai pendirian dewan itu berhubung kenyataan anak sulung Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Bagaimanapun, Harun berkata pihaknya "tidak mengambil berat" perkara tersebut dan menganggap "itu perkara biasa sahaja" kerana menurut Harun, Nurul Izzah buat kenyataan mengenai kebebasan agama itu tidak terhad kepada orang tertentu sahaja tetapi kepada semua bangsa.

"Pada asalnya, apabila belum masuk Islam, dia bebas memilih Islam atau tidak.  Tapi, yang tidak bebas (apabila) sudah masuk Islam, tidak boleh sekali Islam, sekali Kristian. Itu tidak adil," katanya.

Didesak wartawan supaya beliau menyatakan pendirian dewan dengan lebih jelas, Harun dengan tegas menyatakan: "Saya tidak mahu bicara pasal Nurul Izzah, perkara kecil. Banyak lagi perkara pasal Mahathir buat, yang Najib buat. Saya akan jawab."

Ditanya berhubung pelaksanaan hudud sedangkan rakan gabungan Pakatan tidak bersetuju, Harun berkata Pakatan sudah bersetuju "secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia".

"Tetapi syariat Islam ia mesti dilaksanakan  mengikut lunas-lunas demokrasi. Jadi kalau kita majoriti dalam parlimen, kita kemukakan undang-undang berkaitan dan kita dapat sokongan parlimen dan diluluskan, maka dengan sendiri dia menjadi undang-undang negara.

"Bila jadi undang-undang negara, semua kena taat, patuh. Kalau tak setuju, undang-undang jalan raya, orang pun tak setuju, kerajaan laksana juga," katanya.

Diminta mengulas "suara-suara sumbang" dalam DAP khususnya Karpal Singh yang menolak, Harun mendakwa tokoh DAP itu, "tidak sempat mengikut dialog dan penjelasan" yang dibuat oleh PAS.

"Kita tidak ada masalah dengan DAP kerana kita selalu berdialog dengan dia (DAP). PR ditubuhkan, DAP selalu bertukar-tukar fikiran tentang undang-undang jenayah syariah.

"Tetapi Karpal Singh tak sempat, mungkin sebab dia uzur, sebab itu ada masih ada suara-suara yang semacam tidak setuju. Itu bukan tak setuju, tapi semacam tidak setuju," katanya./MalaysiaKini

KUMPULAN BAKAL JUTAWAN ONLINE.. BERMINAT DAFTAR SEKARANG!!  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...