Apakah pihak pendakwa dapat meyakinkan Hakim Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bahawa wujud prima facie terhadap Anwar dan akan dipanggil untuk membela diri.
Hakim yang akan mengumumkan keputusannya esok, juga mempunyai pilihan membebaskan ahli parlimen Permatang Pauh yang merupakan pemimpin utama Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS.
Sekiranya dipanggil membela diri, Anwar mempunyai tiga pilihan.
Pertama, beliau bersumpah dari kandang saksi dan menjawab tuduhan terhadapnya.
Kedua, Anwar (kiri) menjawab dari kandang dituduh. Jika ini berlaku, maka testimoni Anwar tidak boleh disoal balas.
Akhirnya, pilihan ketiga ialah untuk beliau berdiam diri.
Semua mata sudah tentu akan tertumpu kepada keputusan Hakim Zabidin terhadap tuduhan tersebut - yang kedua dihadapi Anwar dalam satu jangka waktu kurang daripada 15 tahun.
Pemerhati asing dari Amerika Syarikat, Australia, Britain, Kanadia, Jerman, Finland dan Sepanyol sentiasa hadir di mahkamah mengikuti perbicaraan Anwar.MalaysiaKini
Komen 3 Orang Hamba Allah :
1.Anwar ke penjara, Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
2.YG ARIF...keputusan ditangan anda..pilih samada SYURGA DUNIA ATAU NERAKA AKHIRAT..lu pikir la sendiri.....
3.masuknya DSAI ke penjara SG.Buluh...lagi cepat BN terkubur..percaya la..
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...