Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Mei 30, 2011

Belia tak akan terima seruan Najib pertahan Putrajaya ‘rasuah’-DSAI

Anwar Ibrahim menjawab pertanyaan peserta pada sesi ramah mesra di Petaling Jaya petang tadi. — Foto oleh Jack Ooi
 
PETALING JAYA, 29 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pengundi muda tidak akan menyokong BN pada pilihan raya umum ke-13, yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat, meskipun pentadbiran Najib menyeru peserta Himpunan Sejuta Belia mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) ini berkata tiada gerakan belia yang akan menyokong sebuah pentadbiran yang diselubungi amalan kronisme dan rasuah di peringkat paling tinggi kuasa.
“Saya tidak takut sama sekali,” kata beliau pada sesi bersama 200 profesional muda di sini petang ini.
“Tiada pergerakan belia akan menyokong sistem yang merosot akhlak, rasuah, sudah usang. Saya pasti mereka (pengundi muda) tidak akan mempertahankannya,” tegas Anwar.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa hadirin yang menyertai Himpunan Sejuta Belia mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang jika ingin melihat Malaysia menjadi negara maju.PR meletakkan sasaran untuk menawan kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa.

Putrajaya dilihat sebagai simbol kerajaan pusat dan dijadikan ukuran prestasi sokongan oleh kedua-dua BN dan PR. Najib berkata, beliau gembira kerana berbanding kebangkitan rakyat di Mesir awal tahun ini menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak, sejuta orang muda berhimpun di Putrajaya untuk menyokong pentadbirannya.

“Di Malaysia, satu juta belia berhimpun untuk mempertahankan Putrajaya,” katanya.
“Adakah anda bersedia untuk mempertahankan Putrajaya?” tanya beliau berulang kali ketika berucap di hadapan sekitar 8,000 orang hadirin.Dalam ucapan pada Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, Najib yang juga presidennya berkata, Putrajaya harus dipertahankan dengan apa cara sekali pun.TheMalaysiaInsider

Komen Hamba Allah : 
1.ok lar, himpunan sejuta, yg datang 8k, yg dikerah, diberi makan dan tidak mustahil dibayar utk hadir, bersamaan dgn pertemuan Barca vs MU, big screen babeh! :D 

2.Orang muda senang ditipu,?sudah 54 tahun pun takkan masih tidur lagi. . . Allah selamatkan Malaysia dari rasuah, fitnah, kezaliman, inflasi, politik kotor, rampasan kuasa. . segala-galanya bermula dari UMNO. . 
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...