Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, September 24, 2018

PKR bincang isu kekecohan pemilihan

PKR bincang isu kekecohan pemilihan esok
Semua masalah dan kekecohan yang timbul semasa pemilihan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kedah dan Pulau Pinang semalam akan dibincangkan dengan teliti dalam Mesyuarat Biro Politik parti itu pada Selasa.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.
“Sebaiknya kita ambil secara ‘bona fide’ iaitu dengan niat dan pandangan baik,” katanya ketika kepada media selepas merasmikan Pesta Tanglung dan Jualan Amal anjuran Pusat Komuniti Dewan Undangan Negeri (Dun) Semambu dan PKR Ranting Setali malam tadi, lapor Bernama.“Kita akan bincangkan secara serius maklumat balas yang diterima daripada anggota kita… sekarang jangan buat sebarang spekulasi.
Majlis turut dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Pakatan Harapan Indera Mahkota yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu Lee Chean Chung.
Nurul Izzah mengulas kekecohan yang berlaku semasa pemilihan di beberapa cabang PKR Kedah dan Pulau Pinang semalam.
Kekecohan yang berpunca dari masalah sistem e-undi menyebabkan pemilihan di Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguh ke tarikh lain.
Pada masa yang sama keputusan pemilihan di Kedah juga dibatalkan dan akan diadakan semula pada satu tarikh baharu.
Rentetan kekecohan itu polis turut menahan reman 13 lelaki selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pergaduhan ketika pemilihan PKR Cabang Merbok.
mdl

Picture

2 ulasan:

  1. Mrk telah diajar dgn doktrin membuat huru hara..maki hamun..berguling..merempuh pagar sejak sekian lama.Semangat itu sukar nak diubah krn dh diajar dan dididik sedemikian rupa oleh para badut mrk.Tak heran klu setakat lempar2 kerusi tu...hehehehehe
    Hrp tidak berpecah dgn ada puak yg pro peeM penipu/perasuah/salahguna kuasa dan pro ex banduan....hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu cdgn kpd ahli2 yg suka lempar kerusi....adakan majlis dgn duduk bersila di atas lantai....hehehehe

      Khasnya kpd yg kurang bertamadun tu...
      Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...