Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Ogos 02, 2018

Panas!!! Adun Sukau keluar Umno

Adun Sukau keluar Umno hari ini
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman hari ini mengumumkan keluar Umno serta Barisan Nasional dan akan menjadi Adun bebas berkuat kuasa serta merta.
“Saya akan menjadi Adun pembangkang bebas yang konstruktif serta menjadi penimbang tara sesuai dengan politik masa kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Saddi mengucapkan terima kasih kepada bekas presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan bekas pengerusi badan perhubungan Umno Sabah Tan Sri Musa Aman atas peluang diberikan bagi mencurah bakti kepada rakyat di Dun Sukau sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
Dalam pada itu, Saddi berkata beliau menyokong mana-mana parti politik berasaskan parti tempatan yang memperjuang isu
Perjanjian Malaysia 1963 termasuk tuntutan royalti minyak dan gas yang adil kepada Sabah daripada kerajaan Persekutuan untuk
kesejahteraan rakyat di negeri ini.
Saddi juga berharap pengundi Dun Sukau yang telah memilih beliau pada PRU14 dapat terus bekerja sama dengannya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Saddi yang bertanding atas tiket BN mempertahankan kerusi Dun Sukau dengan majoriti 1,628 undi selepas memperoleh 4,660 undi mengalahkan tiga calon lain dan perkembangan terbaru itu menjadikan wakil BN yang kini hanya diwakili Adun Umno dalam Dun Sabah berbaki 10 orang.
Secara keseluruhan, ada 21 wakil rakyat pembangkang dalam Dun Sabah ketika ini termasuk enam daripada Parti Bersatu Sabah (PBS), dua daripada Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan tiga Adun Bebas iaitu masing-masing satu bekas ahli Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Umno.
mdl

Picture

8 ulasan:

  1. Begitulah perjuangan yang dibawa oleh umno, apabila parti mengalami kekalahan teruk terus keluar dari parti, letak jawatan juga sebagai adun jangan keluar dari umno je, baru berprinsip macam PAS sekarang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terpulang dgn prinsip perjuangan individu.....
      Mana parti dia nak sertai asal dia gembira...

      Asal jangan jadi manusia jahanam yg memungkiri janji2 mrk kpd rakyat..hehehehe
      Paling bangsat...dia asyik mencari kesalahan org lain sedangkan kesalahan dia memungkiri janji2nya rasa mcm tak bersalah jer.....

      Itulah dia BAPAK SEGALA TOLol...hehehehe

      Manusia yg mengagung2kan penipu nie pon layak digelar TOLol.....hehehehehehe

      Padam
  2. Macai politik komen tanpa nama dan cerita tentang prinsip Pas dan Umno. Lawak seram. HAHAHAJIB.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita prinsip pula bawah berita pemimpin sendiri cabut lari. Adoiyai macai. HAHAHAJIB.

      Padam
  3. Rafizi kena lawan Azmin, sebab Azmin adalah barua kepada Mahathir.....kehkehkeh

    Apa semua ni?...kencing jangan tak kencing nak berak pun boleh!!!...biar semua PH hancing....kahkahkah

    #PakatanHancing

    BalasPadam
  4. Sebut bilyong pun fail nak tiru suara DSAI. Baca Billiun 1000x. HAHAHAJIB!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hantar kepada Sarawak Report la suruh Claire siasat betul ke tidak.....

      Padam
    2. Geng kartel dalam PKR orang luar dan dalam kenal. Apa barang nak suruh-suruh? Ingat kena guna CHAI macam Pas dan Umno? Ini bukan Kleptokrat Sial Najib Tun Razak dan Hadi Awang punya legasi nak guna CHAI. Parti sampah sarap je yang kena ajar pilih pemimpin sendiri pakai CHAI. Kahkahkah!

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...