Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Julai 24, 2018

Isu kaum dan agama tidak akan bawa Umno, Pas ke mana-mana

Isu kaum dan agama tidak akan bawa Umno, Pas ke mana-mana
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Apa yang nyata di sebalik keputusan PRU14 ialah sistem politik negara kita telah menemui titik kematangannya dan rakyat menolak amalan perkauman serta agama yang keterlaluan.
Dengan menangnya Pakatan Harapan (PH) dan tumbangnya Barisan Nasional (BN), pertukaran kerajaan selepas ini bukan lagi sesuatu yang asing.
Tetapi, perubahan kerajaan tidak mungkin boleh dijayakan dengan momokan isu-isu perkauman atau agama, sebaliknya mesti bertunjangkan sejauh mana hak rakyat dapat diperjuangkan.
Sesiapa yang berjaya memperjuangkan hak dan isu-isu rakyat, maka itulah yang akan menentukan siapa yang mampu menjadi kerajaan. PH menang adalah kerana isu rakyat yang dibawanya dan Umno serta Pas ditolak lantaran sentimen kaum serta agama tidak laku lagi untuk meraih undi.
Jika PH kekal dengan isu-isu rakyat yang diperjuangkannya sebagaimana sebelum PRU14 lalu, maka mereka akan berupaya terus kekal sebagai kerajaan dalam tempoh yang lebih lama lagi.
Sebaliknya, kalau Umno dan Pas masih terkepung dalam kepompong perkauman dan agama yang dalam waktu yang sama, para pemimpin kedua-dua parti itu turut terpalit dengan pelbagai skandal, salah laku dan kedurjanaan, perjuangan mereka tidak akan ke mana-mana.
Sebaik kehilangan kuasa, Umno patut sedar hakikat itu. Generasi Malaysia Baharu bukan saja tidak terpana, bahkan menolak amalan politik berteraskan kaum dan agama yang keterlaluan.
Malangnya, berbanding sebelum ini, sebaik saja kehilangan kuasa, Umno sekarang ini terlihat lebih rasis lagi sifatnya.
Semua isu yang dibantahnya dikaitkan dengan kedudukan kaum dan agama. Siapa jadi menteri kewangan, peguam negara, ketua hakim negara, menteri jaga komunikasi dan undang-undang, semuanya salah di mata Umno kerana mereka bukan Melayu dan bukan beragama Islam.
Begitu juga dengan Pas, semua jawatan yang sama seperti di atas adalah salah di mata parti itu kerana mereka bukan Islam dan kononnya suatu ancaman kepada kedudukan Islam.
Harus kita ingat bahawa semua perlantikan itu tidak sama sekali bercanggah dengan perlembagaan negara, selain kedudukan individu berkenaan juga dilihat sesuai dari segi ketokohan, intergiti dan kekananan mereka.
Kalau perlembagaan sendiri tidak menghalang perlantikan itu, maka dari sudut apa lagi Umno dan Pas mesti terus meniupkan sentimen perkauman dan agama melaluinya?
Sejauh mana benarnya perlantikan mereka itu mengancam kedudukan Melayu dan Islam berbanding perangai setengah pemimpin Umno yang terpalit skandal, mencuri harta rakyat, membiarkan isteri bermewah dan membazir atau lagak sebahagian pemimpin Pas yang gemar mencarut serta memaki hamun atas nama agama?
Apakah kemuliaan kedudukan Melayu dan Islam ditentukan oleh penjawat jawatan yang dipertikaikan itu atau melalui perangai kita sendiri?
Jika kita seorang Islam yang baik, tidak melakukan kejahatan dan tidak dibawa ke mahkamah, kenapa kita mesti takut dengan peguam negara, ketua hakim negara atau menteri yang menjaga undang-undang yang bukan berbangsa Melayu dan beragama Islam?
Apakah seorang Melayu dan Islam yang jahat yang apabila diheret ke mahkamah, mereka sebenarnya berharap akan mendapat perlindungan daripada seorang peguam negara, ketua hakim negara dan menteri yang menjaga undang-undang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam?
Jika begitu, di mana maruah mereka sebagai orang Melayu dan beragama Islam?
Dalam hal ini, Umno dan Pas boleh terus bermain dengan sentimen kaum dan agama, jika itu pilihannya, tetapi ia tidak membawa mereka ke mana-mana, jauh sekali untuk mampu menawan Putrajaya.
Dalam kelompok Melayu dan Islam sendiri, mereka kini berpecah kepada beberapa kumpulan seperti Umno, Pas, Bersatu, PKR, AMANAH dan pelbagai pecahan kecil yang lain.
Daripada semua itu, yang masih terpegun dengan amalan perkauman dan agama yang keterlaluan hanyalah Umno dan Pas saja, itu pun tidak semua.
Selebihnya adalah mereka yang sederhana dan melihat isu rakyat seperti rasuah, penyelewengan, tata kelola ekomomi dan urus tadbir yang baik sebagai keutamaan.
Bagi golongan sederhana ini, peguam negara atau ketua hakim negara bukan melayu tidaklah isu yang terlalu besar asalkan mereka boleh berlaku adil, bertindak atas kebenaran dan tidak mempertahan, membela atau melindungi siapa pun yang menjadi penyamun dan merompak wang rakyat.
Juga bukanlah isu bagi golongan sederhana dalam mempertahankan ketua hakim negara dan menteri undang-undang bukan Melayu berbanding malu membela Jho Low yang jelas-jelas merosak dan membawa bencana kepada negara.
Hakikatnya, tiada guna pun jika Melayu yang beragama Islam duduk di kerusi penting itu sedangkan di mata rakyat mereka terlihat terang-terang bersekongkol dengan penyamun, melindungi perbuatan salah serta menyembunyikan kebenaran.
Mereka yang berpencak atas nama kaum dan agama ini bukan saja makin mengecil, bahkan tidak lagi mendapat sokongan daripada kaum-kaum lain. Itulah sebabnya, kaum lain sudah lama menolak
MCA dan MIC yang turut mengamalkan politik perkauman.
Tanpa sokongan menyeluruh daripada kaum-kaum lain, mainan sentiimen perkauman dan agama yang keterlaluan itu akhirnya hanya menjadikan Umno dan Pas syok sendiri bersama pentaksub mereka saja.
Percayalah, mereka akan kekal sebagai pembangkang untuk tempoh yang lebih lama dengan isu-isu kaum dan agama itu.
mdl

Picture

15 ulasan:

  1. Kenapa perlu berhutang dgn jepun klu kita msh mampu membayar hutang????
    Hutang negara jepun usd7trillion yg nyata lbh bnyk dpd kita????
    Kenapa bukan menteri kewangan sendiri yg mencadangkan dan menyatakan perlunya hutang tersebut???
    Adakah gone end hanya boneka dan tukang salak jer????hehehehehe
    Hrp ada macai2 haprak yg berkebolehan mmberi ulasan ttg pro n kontra hutang yg dikatakan ansurannya boleh dibyr sampai 40tahun...

    Bukan nak memperkecilkan kebolehan peeM kita tapi era dia dulu pon skandal kewangan pon teruk dan kedai roti dia sendiri pon boleh bangkrap...
    Apa rasionalnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hrp macai jgn kecik hati...
      Tun klepet pandai membidas hujah lwn..
      Ambik cth ttg perjanjian konsesi TOLol...dia boleh salahkan para kabinetnya ketika itu yg tak menegur dan menasihatinya sblm ttngn perjanjian.
      Sama apa yg berlaku jika hutang makin bertambah dan dia akan salahkan gone end dan kabinet yg sama2 bodoh tidak mgkaji pro dan kontra meminjam yen dpd jepun.
      Siapa sebenarnya klepetokutty di sini???Apakah kewajarannya atau sekadar jd broker????

      Padam
  2. Macai fakenews. Hutang dengan China dan Goldman Sach % bunga tinggi. Akibat gagal bayar pada China Komunis pula boleh tergadai tanah macam kes pelabuhan di Sri Langka. Risiko lagi tinggi daripada pinjam dengan Jepun.

    Port Kuantan sudah ada nampak ciri mahu diambil alih oleh China Komunis macai fakenews tahu ke? Kalau interest bulanan pun sudah bayar berbillion bila nak selesai hutang pokok?

    Setakat ini belum pernah dengar berita lagi Jepun ambil alih tanah guna hutang. Kalau dengan Bank Yahudi, Melayu Islam lagi patut malu nak pinjam. Apa sokong Palestin tapi pinjam dengan Zionis? Tak ada akal?

    BalasPadam
  3. Dszh pun diam dengan jawapan TM... apa lagi yg lain... Hutang dengan Beijing ni merbahaya... ada muslihat lain di sebalik pinjamna. Kebergantungan kepada Beijing boleh membawa padah. Contohnya pergantungan jualan k.sawit kepada China sudah dijadikan senjata memaksa K.lumpur tunduk kepada Beijing...

    BalasPadam
  4. Islam menuntut umatnya untuk mempertahankan syariatnya dari pencabulan oleh kaum kafir yang hanya mementingkan ekonomi mereka. Syariat Islam adalah penghalang kepada lubuk ekonomi kaum kafir di Malaysia.

    PAS atau UMNO nak kemana bawa isu agama itu bukan urusan kamu, hanya Allah saja yang Mengetahui lagi Bijaksana. Tiada sesuatu pun yang setara dengan DIA.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Nabi SAW ajar berniaga kepada umat Islam supaya halang lubuk ekonomi kafir rupanya.

      Ustaz mana yang ajar kamu ni? Elok viralkan nama Ustaz dan pondok pengajiannya sekali supaya boleh sebar idea bijaksana Ustaz ini ke seluruh alam semesta.

      Padam
    2. Masih belum terlambat untuk anda memahami apa yang dituntut oleh Islam, kenali peel perangani bangsa sendiri dan cara apakah yang boleh meghalang mereka dari melakukan perkara-perkara mungkar yang dilarang oleh Allah.

      Berniaga guna cara Islam bukan cara kafir, ustaz-ustaz semua faham.


      Padam
    3. PAS bila masuk bab duit [fulus] mmg diorang x ambik peduli. al-quran ka hadis ka semua ke laut.

      Padam
    4. Nabi amalkan perniagaan ikut kaedah muamalah Islam. Jujur dan amanah. Tak kira muslim atau kafir sebab ekonomi perlu persaingan. Barulah jual beli lebih dan nilai wang cair dalam pasaran.

      Yang halang jual beli kafir - muslim ialah pemimpin Quraisy jahiliyyah. Rujuk Sejarah Nabi sekatan ekonomi kepada pemeluk Islam awal. Sebab mereka nak monopoli kekayaan dan ekonomi hanya pada puak tertentu. Kalau basic macam ini pun Ustaz tak faham macam mana nak berniaga ikut cara Nabi?

      Padam
    5. Ekonomi kafir tidak sama dengan cara Nabi SAW berniaga, kat Malaysia kafir yang pegang ekonomi, cuba bagi satu contoh kaum kafir kat Malaysia ikut cara Islam.

      Banyak perniagaan mereka bertentangan dengan syariat Islam.

      Melayu Islam lah yang banyak terdedah dan ada yang terlibat dengan ekonomi mereka, tanpa Melayu Islam ekonomi mereka lingkup.


      Padam
  5. Manusia yang sama mula mempermainkan isu hudud di Kelantan sudah mula bergerak. Katanya hanya untuk "test" PM ke 7 mereka (Umno dan Pas) bersatu sekali lagi untuk bawa isu sama.

    Sebelum ini dengan isu hudud mereka sudah berjaya memecah belahkan Pas menjadi dua. Sekarang mereka sekali lagi mahu pecah-belahkan Kerajaan PH pula. Tidak ada langsung iktibar yang telah mereka belajar daripada kesan isu sensitif kepada negara dan parti mereka sendiri.

    Manusia macam Datuk Alwi yang tak berguna dan tidak berjasa. Kerja nak pecah belah umat Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laksankanlah apa yang dituntut oleh Islam, tiada alasan lagi, kalau tak mampu nak laksana amanah Allah sebagai pemimpin lebih baik tak payah jadi pemimpin, makan gaji buta je....letak jawatan la woooiiii....

      Padam
    2. Manusia paling tak guna ambil hukum Allah dengan tujuan nak uji dan cabar malah buat jadi mainan. Kebanyakan pemimpin Kelantan dan Terengganu termasuk kategori ini.

      Apabila orang Islam jumpa manusia macam ini hanya satu soalan patut ditanya.

      Apa persediaan yang telah dibuat dalam mahkamah syariah? Hakim? Algojo? Keadilan? Pendidikan? Ekonomi umat? Kemudian boleh kita tengok lakonan puak-puak penunggang agama. Hukum Tuhan nak jalankan tanpa sebarang kajian dan persediaan langsung.

      Kalau dulu ada panel peguam yang sudah bersama dalam membawa EKJS Kelantan. Akhirnya apa berlaku? Kejahilan Hadi Awang bawa RUU Persendirian menjadi penyebab utama EKJS masih tergantung di Kelantan.

      Sekarang nak guna taktik yang sama? Betul manusia tak guna Datuk Alwi. Manusia tak ada jasa kepada bangsa, negara dan agamanya!

      Padam
    3. Itu ujian dari Allah sebagai pemimpin, kalau nak jadi pemimpin kena letak syariat Islam kat depan bukan letak kat bawah karpet dan dipijak-pijak pula oleh kafir laknatullah.....insaflah kalau nak memimpin..kalau tak mampu lakukan apa yang diamanahkan sila letak jawatan..cukup jadi pemimpin kat rumah je...

      Padam
    4. Syariat Islam yang Datuk Alwi minta Pas Kelantan "test" PM ke 7? Tahu tak apa orang panggil barang (Hukum Tuhan) yang Datuk Alwi nak "test"? GUINEA PIG.

      Manusia paling tak guna dunia dan akhirat kepada bangsa dan agamanya sendiri ialah Datuk Alwi. Itulah hakikatnya manusia pemecah belah umat Islam.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...