Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Julai 15, 2015

NIK ABDUH TERUS JUAL NAMA TGNA UNTUK MENYAKINKAN AHLI PAS..kikikiki


Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

KOTA BHARU - Tindakan Pas yang memutuskan hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP dalam pakatan pembangkang adalah satu keputusan yang betul dan selaras dengan kehendak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, bapanya yang juga bekas Mursyidul Am Pas pernah menyatakan pandangan akhir di mana jika ingin berpecah biarlah DAP yang memulakannya terlebih dahulu.
 
"Dia pesan kepada saya jangan berpecah dengan DAP sehingga DAP sendiri buat keputusan untuk kerat (putus) dengan Pas, harapannya kalau terpaksa berpecah biarlah DAP yang mulakan dahulu dan itu berlaku.
  
"Oleh itu, saya yakin apa yang saya pegang adalah pandangan saya dan pandangan bersama ayahanda sebab saya orang yang paling dekat dengan dia," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan bahawa hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik parti itu dengan DAP terbatal namun pihaknya masih mengekalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.
  
Dalam perkembangan lain, Nik Mohamad Abduh, berkata pihaknya akur sekiranya terdapat anggota Pas yang membuat keputusan untuk menyertai parti Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) ataupun DAP.

"Yang telah buat keputusan untuk berpindah kita alu-alukan dan ucapkan selamat tinggal kepada mereka sama ada untuk sertai Harapan Baru atau sertai DAP.
  
"Kepada mereka yang masih keliru harapnya beri masa... lihat, dengar dan berfikir. Saya nasihat kekal istiqamah dengan Pas," katanya.
  
Nik Mohamad Abduh berkata beliau yakin bahawa pimpinan baharu Pas ketika ini berupaya untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi parti itu dalam masa terdekat.
  
"Saya yakin kepimpinan baharu cukup tenang untuk selesaikan isu-isu, sebagai contoh tidak ada tindakan drastik terhadap anggota yang berkasar dengan kepimpinan baharu meskipun banyak keputusan pelik dibuat ketika ini, pimpinan baharu itu lebih tenang," katanya.
  
Semalam, beberapa bekas pemimpin kanan Pas melancarkan sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.
  
Pengerusi jawatankuasa penajanya, Mohamad Sabu berkata gerakan itu akan menjadi wadah bagi menyatukan semua parti politik di bawah naungan Pakatan Rakyat sebelum ini serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sealiran dengan ideologi mereka.
  
Sementara itu, Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata pemimpin yang berada dalam GHB  sebenarnya takut kerana masih menjadi anggota Pas.
  
"Kalau betul nak tubuh parti baharu, letak lah jawatan dan keluar daripada Pas dahulu... baru orang yakin dengan tindakan mereka," katanya.

Beliau berkata dari sudut komposisi dan perjuangan GHB dan PKR hampir sama dan ia tidak akan memberi nilai tambah dalam pakatan pembangkang.

sh

3 ulasan:

  1. Kalau yg dikatakan itu benar...mengapa harus dikatakan ia menjual nama seseorang.....

    BalasPadam
  2. kat luar berdentum-dentum mamat ni berckp, kat dlm parlimen senyap-sunyi menikus...ahli parlimen camni ke rakyat nak??

    BalasPadam
  3. Orang mati masih boleh bercakapkah. Inilah padahnya bila berjaya semata-mata atas nama ayahanda.
    Katanya, "Dia pesan kepada saya jangan berpecah dengan DAP sehingga DAP sendiri buat keputusan untuk kerat (putus) dengan Pas, harapannya kalau terpaksa berpecah biarlah DAP yang mulakan dahulu dan itu berlaku." DAPkah yang mula? DAP hanya tak mahu berkawan dengan Presiden PAS dan bukan dengan PAS. Lagipun DAP tak pernah usul berpisah dengan PAS dalam Mesyuarat AGUNGnya tapi sebaliknya PAS yang berbuat sedemikian. Apa nak jadi dengan ustaz2 PAS ni? Cakap macam orang sewel tanpa fakta malahan berbohong pulak tu.
    Allahyarham TGNA dah jadi sejarah. Jangan menyusahkan TGNA. Letih dan Sedih melihat anak Allahyarham ini. Sudah sampai masanya utuk membesar sendiri.
    Selamat Aidil Fitri, Nik Abduh.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...