1915, 100 tahun lampau, bangkitnya satu sosok pejuang yang juga ulama’ mengobarkan ruh perjuangan dalam jiwa orang kampung di jajahan Pasir Puteh, menentang penindasan yang dilakukan oleh hegemoni zalim. Tok Janggut hadir untuk membebaskan rakyat Pasir Puteh daripada ditindas dengan pelbagai cukai yang zalim.
1 Januari 1915 Peraturan cukai tanah yang baru turut diperkenalkan pada kepada rakyat (100 Tahun selepas itu, peraturan cukai baru (GST) diumumkan pada 1 April 2015). Peraturan ini mewajibkan rakyat membayar cukai tanah samaada tanah yang diusahakan atau tanah tidak diusahakan. Berbeza dengan cukai sebelum ini yang menggunakan cukai berdasarkan hasil tanah, jika banyak hasil tanahnya maka banyaklah cukainya dan jika sedikit hasil tanahnya maka sedikitlah cukainya, atau dikecualikan langsung kepada tanah yang hasilnya tidak menjadi. Tetapi kali ini, samaada tanah itu diusahakan atau tidak diusahakan akan tetap dikenakan cukai yang tetap mengikut kelas-kelas tanah dari $0.40 sehingga $1.20 bagi seekar.
Selain itu, cukai pokok kelapa berbuah sepokok dikenakan 3 sen, pokok pinang sepokok dicas 1 sen, sireh 5 sen sejunjung, lembu dan kerbau 20 sen untuk seekor. (Teringat abah pernah cerita tahun 1970an pergi sekolah bawa 20sen, boleh beli makanan untuk pagi dan tengahari, 20 sen tahun 1915 lebih tinggi nilainya). Cukai ini sangat membebankan rakyat kerana dikenakan kepada perkara keperluan harian rakyat, tidak seperti sebelum ini, cukai hanya dikenakan atas lebihan keperluan rakyat seperti pokok pinang jika lebih daripada 10 batang barulah dikenakan cukai.
Macam sama dengan GST je.
Akibat kezaliman ini, Tok Janggut bersama teman-temannya telah memulakan satu gerakan anti-hasil (anti-cukai@anti-gst) di jajahan Pasir Puteh dengan mengarahkan pengikutnya memboikot pembayaran cukai kepada kerajaan. Hasilnya pada April 1915, kutipan cukai di kawasan Bukit Abal dan Gaal telah jatuh mendadak dari $3000 kepada $89.32. Kuasa rakyat menggugat hegemoni kerajaan zalim. GST zaman kini lagi zalim, dah siap-siap masuk dalam harga bukan dibayar secara berasingan mahu tidak mahu memang rakyat kena bayar.
Tidak berhenti disitu, Tok Janggut meneruskan lagi perlawanan dengan pemerintah British, dengan mengadakan perbincangan dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akid tentang strategi untuk menentang British. Akhirnya keputusan diterima untuk membebaskan Pasir Puteh daripada penjajahan British.
Setelah berjaya menguasai Pasir Puteh, Tok Janggut diangkat sebagai Perdana Menteri dan Ungku Besar Jeram diangkat sebagai Raja di Pasir Puteh. Seruan Jihad Tok Janggut untuk membebaskan Pasir Puteh daripada penjajah telah dimanipulasi oleh British dan menggelar Tok Janggut sebagai pemberontak kepada Sultan Kelantan. 2015, pejuang yang membantah dan bertanya soalan tentang GST digelarkan sebagai penceroboh dan pencetus huru hara oleh pihak penguasa. Kerja manipulasi isu sama macam perangai dengan penjajah British.
Setelah melalui beberapa peristiwa, akhirnya berlaku pertembungan terakhir antara pasukan Malay State Guides pimpinan pegawai British dan Tok Janggut di Kampung Dalam Pupuh. Berlaku tembak menembak, dan akhirnya Tok Janggut gugur syahid melawan penjajah. Jenazahnya dibawa dan diarak sekitar Kota Bharu, kemudian digantung secara terbalik kaki diatas kepala dibawah di Padang Merdeka selama 4 jam, sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.
Tidak cukup dengan pembunuhan pejuang agama dan rakyat itu, British masih belum kenyang dengan darah Tok Janggut, mereka terus mencari saki baki 16 orang pengikut Tok Janggut untuk dihukum. Ditawarkan dengan kadar lumayan antara $250 – $500 untuk setiap orang. Ada dikalangan pengikut Tok Janggut dihukum tembak sampai mati, dipenjara seumur hidup, dan ada juga yang ditembak oleh orang upahan British.
Inilah perjuangan tidak akan pernah sunyi dan sepi dari ancaman dan gertakan. Saat ini, mungkin Tok Janggut berbangga melihat anak cucunya berani menentang dan melawan pelaksanaan GST sebagaimana Tok Janggut menentang cukai zalim ketika zamanya
FB : CheguBard
"Saat ini, mungkin Tok Janggut berbangga melihat anak cucunya berani menentang dan melawan pelaksanaan GST sebagaimana Tok Janggut menentang cukai zalim ketika zamannya"
BalasPadamHebat CheguBard ni, boleh tahu perkara ghaib. KAH KAH KAH