SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kinabatangan (BN), Datuk Bung Moktar Radin
berpandangan Menteri Kabinet juga perlu mengisytiharkan harta mereka
kepada rakyat sepertimana yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Pandan,
Rafizi Ramli.
Jelasnya, dengan cara tersebut rakyat akan lebih yakin dengan menteri
sekali gus dapat memperlihatkan sisi jujur dan amanah perilaku menteri
yang dipertanggungjawabkan mentadbir negara.
“Seharusnya begitulah (isytihar harta),” katanya ringkas kepada Sinar Online.
Sementara ditanya bagaimana pula dengan dirinya, Bung berkata beliau
bukanlah seorang menteri dan berpandangan beliau tidak perlu berbuat
demikian.
“Saya bukan menteri, hanya ahli parlimen biasa,” katanya.
Rafizi semalam dalam satu sidang media mendedahkan bahawa beliau
memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM11,171, di samping mendapat
faedah sebanyak RM4,000 sebulan daripada simpanan Tabung Haji dan Amanah
Saham Bumiputera.
Di samping mendapat RM3,000 sebulan sebagai perunding korporat, beliau
juga mengisytiharkan mempunyai aset sebanyak RM1.56 juta dan hutang
RM395,937.
sh
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...