Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Mei 30, 2014

[ Gempak!! ] Pegawai (SPRM) merupakan suspek kematian pembantu politik DAP Teoh Beng Hock

 

Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan suspek utama dalam kes kematian pembantu politik DAP Teoh Beng Hock dan dengan itu keterangan mereka perlu dilayani dengan berhati-hati.
  
Peguam Gobind Singh, mewakili keluarga Beng Hock, berhujah keterangan saksi-saksi bebas semasa inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam mendedahkan pegawai-pegawai SPRM tidak
bercakap benar.
  
Beliau mendakwa terdapat keterangan bahawa pegawai berkenaan telah menggunakan kekerasan terhadap Beng Hock sebelum ditemui mati pada 16 Julai 2009.
  
Hujahnya Mahkamah Koroner tidak sepatutnya mengggunakan standard bukti lebih tinggi untuk mencapai keputusan terbuka dalam kes Beng Hock.
  
"Terdapat cukup alasan untuk Koroner mencapai keputusan bahawa kematian adalah secara pembunuhan atau oleh orang yang hadir di pejabat SPRM, tempat si mati ditahan semalaman," katanya di hadapan penel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Dua lagi anggota panel ialah Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer.
  
Gobind Singh berhujah Mahkamah Koroner dan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengekalkan keputusan terbuka inkues itu, gagal mengambil kira bahawa inkues itu lebih kepada usaha mencari fakta dalam memastikan sama ada wujud elemen jenayah dalam kematian Beng Hock.
  
Sementara itu, pihak pendakwa raya, diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Tajudin dan Mohamad Abazafree Mohd Abbas, berhujah keterangan oleh empat pakar, termasuk
pakar forensik British Prof Dr Peter Vanezis, semasa inkues itu mendapati kecederaan dialami Beng Hock adalah konsisten dengan kecederaan akibat jatuh.
  
Nadia Hanim berkata hanya pakar dipanggil oleh perayu (abang Beng Hock, Teoh Meng Kee), pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand tidak bersetuju dengan pandangan itu
dengan merumuskan bahawa 80 peratus adalah homisid (pembunuhan) dan 20 peratus bunuh diri dengan kecederaan pada leher Beng Hock mungkin akibat jerutan.
  
Katanya Dr Pornthip lebih banyak bergantung kepada gambar diambil sebelum bedah siasat pertama dan pakar patologi itu tidak pernah hadir semasa autopsi dilakukan.

"Beliau membuat spekulasi dan tidak  konsisten semasa memberikan pandangannya, terutama tentang kecederaan di leher Beng Hock," katanya.
  
Beliau berkata Dr Pornthip juga tidak pernah pergi ke tempat kejadian.
  
Hakim Mohamad Ariff memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis mereka dalam dua minggu sebelum mahkamah menetapkan tarikh untuk menyampaikan
penghakimannya.
  
Meng Kee memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Koroner pada 5 Januari 2010 yang memberikan keputusan terbuka bahawa kematian Beng Hock bukan disebabkan bunuh
diri atau dibunuh dan juga tiada pihak ketiga terlibat dalam kematian itu.
  
Beng Hock, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, tempat terletaknya ibu pejabat SPRM Selangor sebelum ini, pada pagi 16 Julai 2009.
  
Selepas Mahkamah Koroner memberikan keputusan terbuka itu, Meng Kee memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi keputusan itu disemak semula.    Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan semakan itu  pada 1 Disember  2011.
  
Meng Kee memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Rayuan pada 2 Februari 2013 untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.


mk

1 ulasan:

  1. Salam tuan.. Ini adalah url Bloglist Malaysia yang baru.. Harap dapat dikemaskini di blog tuan.. Terima kasih..
    http://bloglist-malaysia.blogspot.com/

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...