Kementerian Kewangan alih isu, gagal jawab laporan Bank Dunia
PETALING JAYA 26 DIS: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli membidas kenyataan Kementerian Kewangan 24 Disember lalu yang menafikan pendedahannya bahawa aset kerajaan dijual untuk mengurangkan defisit negara.Rafizi dalam pendedahannya minggu lalu berkata, tindakan dilakukan kerajaan di bawah inisiatif pengewangan aset (monetization of assets) bagi memajukan tanah.
“Kementerian Kewangan hanya memberi alasan bahawa penjualan aset dan pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan adalah satu perkara biasa dan telah pun berlaku,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Laporan Bank Dunia bertarikh Disember 2013 menyatakan, belanja mengurus kerajaan minoriti Najib melebihi belanjawan yang diluluskan iaitu sebanyak RM14.3 bilion atau 7.1 peratus
Manakaala pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2013 lebih teruk dari dijangkakan semasa unjurun Belanjawan 2013 dibuat.
“Jelas kerajaan mengakui bahawa laporan Bank Dunia itu benar, aset-aset negara dijual dan digadai untuk mendapat pendapatan tidak dirancang bagi mencapai sasaran defisit negara,” ujarnya.
KeadilanDaily
Adalah dengan ini dicadangkan agar Najis jual je big mama dengan cincin,bag berkin dan hiasan kemasnya.Dianggarkan kurang2 1/2 dari defisit belanjawan dapat dijimatkan.
BalasPadam