Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, November 20, 2013

Anwar Ibrahim Ajar Najib..



 Isu intipan Amerika: Najib kena tegas

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bertegas dalam isu intipan Amerika dan Australia ke atas negara, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar lagi, sebagai seorang pemimpin tertinggi negara, Najib perlu segera menunjukkan pendirian dan ketegasan berhubung isu keselamatan dan kedaulatan negara, bukan membisu tanpa sebarang tindakan.

"Semalam kerajaan Indonesia tarik semula Duta Besar Indonesia dari Australia kerana pengintipan terhadap Presiden Indonesia," katanya.

Bulan lalu Jerman memanggil Duta Amerika Syarikat ke Berlin kerana mengesyaki Washington mengintip telefon bimbit Canselor Angela Merkel.

"Maka presiden wanita mempunyai keberanian lebih tegas daripada Perdana Menteri Malaysia. Sampai sekarang berminggu-minggu kerajaan Malaysia keluarkan kenyataan 'lembik," kata Anwar merujuk Presiden Jerman, Angela Merkel yang bertegas dalam soal ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh turut membidas Najib kerana sehingga sekarang belum berani untuk menjawab pendedahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan terdapat ejen CIA yang bekerja di pejabat Peguam Negara.

"(Sebelum ini) Tun Mahathir telah memanggil perjumpaan bangkitkan soal dua CIA operators.Cuma jawapan PM, tiada bukti, tidak ada apa-apa. Kena siasat, kalau tidak benar beritahu Tun Mahathir itu tidak benar.

"Tidak boleh ketepikan isu ini. Peguam Negara memang kontroversi kedudukannya. Yang takut sangat kenapa? Ini bukan perkara kecil," katanya pada perbahasan Dewan Rakyat hari ini.

Menyentuh perkara pengintipan pula, Anwar berharap kerajaan serius dan konsisten menegaskan pendirian Malaysia dalam isu tersebut.

"Kita perlu konsisten soal pengintipan terhadap pimpinan dan kerajaan Malaysia yang belum dibuat kenyataan tegas melainkan Menteri Luar nasihat 'lain kali jangan buat macam itu'. Boleh ke orang asing sabotaj negara kita hanya jawab ringan macam itu," tegas Anwar.

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...