Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Oktober 12, 2013

DSAI Nasihat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

DSAI

Khalid dikritik, Guan Eng dipuji

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya malam tadi membuat perbandingan di antara dua pemimpin utama negeri di bawah pentadbiran kerajaan PR.

Ujarnya, negeri Selangor yang diperintah oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh namun gagal untuk membelanjakannya dengan baik.

Sebaliknya, Anwar memuji Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disifatkannya berjaya membawa negeri itu mencapai tahap prestasi terbaik.

Katanya, pemerintahan Guang Eng di Pulau Pinang menunjukkan prestasi yang membanggakan berbanding Abdul Khalid ekoran kelemahan yang dilihat masih belum berjaya diatasi.

"Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap pretasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperolehi.

"Kita tidak ada masalah dengan pengurusan beliau, hasil pendapatan negeri juga membanggakan namun terdapat beberapa isu seperti pelajar tidak dapat menyambung pelajaran ke pengajian tinggi selain segelintir rakyat miskin yang tidak mampu memiliki rumah dan perkara itu masih sukar ditangani sehingga kini.

"Apa yang lebih penting ialah pengurusan cekap, kita mahukan perubahan jentera perbandaran seperti Majlis Bandaraya Shah Alam kerana masih banyak aduan orang ramai dan itu yang kita mahu atasi," katanya pada Forum laporan Ketua Audit Negera di Dewan Sivik Majlis Bandaran Petaling Jaya, malam tadi.

Sinar Harian

4 ulasan:

  1. DSAI dah lama kenal, saling bersalam dan bertegur sapa dari sejak Baling, ABIM dan kini PKR..... (Semasa dalam umno terjarak siraturrahim)
    Dah mula manari dengan rentak Gendang Perang dingin Azmin.....
    Banyak berpidato akan berlaku banyak tersasul kata.....
    Berhatii-hati lah saudar ku......
    Kamu telah masuk lobang bersengat sekali.... Jangan jatuh kali kedua....
    Dibaki usia yang sedikit ini saya harap dapat memejam mata dengan keamanan dikalangan pejuang kita, walaupun mungkin tak sempat melihat kita di putrajaya.

    BalasPadam
  2. memang prestasi akan dinilai bukan hanya teman namun lawan

    BalasPadam
  3. dalam politik ketidak berhasilan keuangan menjadi bahan lawan, komentar juga ya ke blog saya www.goocap.com

    BalasPadam
  4. Sikap yang baik sebagai pemimpin,tak kira kawan atau lawan,yang salah tetap ditegur,yang baik jadikan panduan,yang tak elok jadikan pengajaran

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...