SHAH ALAM - Ketua Penerangan Ulama Pas, Nik Muhammad Zawawi Salleh
menyifatkan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul
Abidin "agak keterlaluan" dalam menyamakan ulama-ulama parti itu dengan
kepimpinan Ayatullah Khomeini dari Iran, yang didakwa tidak boleh
ditegur.
"Bekas mufti itu juga agak keterlaluan apabila menyamakan pimpinan ulama dalam Pas dengan Ayatullah Khomeini.
"Semua sedia maklum bahawa Pas berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah dan Ayatullah Khomeini pula berpegang kepada aqidah Syiah.
"Dua akidah yang sangat berbeza antara satu sama lain," kata beliau dalam satu tulisan dibawa organ Pas, Harakahdaily.
Katanya, pengikut Syiah menganggap bahawa Ayatollah adalah lebih tinggi martabatnya daripada para Nabi.
"Jadi tidak peliklah Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh," kata beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Terengganu.
Ketika muncul pada program Wacana Sinar Harian ke-15 Selasa lalu, Asri berkata, Pas tidak seharusnya menjadi seperti pemerintahan Ayatollah di Iran sekiranya berjaya memerintah Putrajaya kelak.
Asri, bekas Mufti Perlis berkata, kalau ada yang bermentaliti bahawa
orang agama yang berkuasa tidak boleh ditegur, negara akan menjadi lebih
korup dari sekarang.
“Saya rasa ini satu masalah dalam Pas, masalah sekarang ini Pas belum
menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan
jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatollah tidak boleh ditegur
dan disentuh.
“Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk Pas...
kalau mereka naik (menjadi pemerintah) dengan mentaliti orang agama
tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu
ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih korup daripada
apa yang berlaku sekarang,” katanya ketika menjawab soalan dari
moderator Dr Mazlee Malik berhubung sejauh mana beliau melihat pemimpin
ulama Pas yang tidak boleh ditegur.
Menjawab pandangan Asri itu, dua Naib Presiden Pas kelmarin menjawab
bahawa pihaknya memberi jaminan tidak akan sama sekali akan menjadi
pemimpin-pemimpin bergelaran Ayatollah Iran jika diberi mandat
memerintah Kerajaan Pusat kelak kerana parti komponen Pakatan Rakyat
(PR) itu sentiasa mengamalkan sikap terbuka kepada semua pihak tanpa
mengira fahaman politik.
"Bekas mufti itu ketika menjawab persoalan tersebut berkata bahawa jika
Pas menjadi pemerintah dengan mentaliti orang agama tidak boleh
disentuh, negara akan menjadi lebih korup daripada apa yang berlaku
sekarang.
"Beliau menyamakan situasi itu dengan pemerintahan Ayatollah Khomeini
di Iran yang tidak boleh ditegur dan disentuh," jelas beliau.
Nik Muhammad berkata, moderator tersebut pula seolah-olah dilihat ingin
menjatuhkan kredibiliti dan memburukkan persepsi masyarakat terhadap
para pimpinan ulama dalam Pas dengan mengemukakan persoalan tersebut.
Ini adalah kerana beliau tidak mengemukakan apa-apa contoh, bukti dan
fakta atas dakwaan bahawa golongan tersebut dalam Pas tidak boleh
ditegur, tambah beliau.
Menurut Nik Muhammad, Pas khususnya para pimpinan ulamanya sentiasa terbuka untuk menerima segala kritikan dan teguran.
"Lihat sahaja sikap Datuk Seri Presiden, pimpinan ulama tertinggi dalam
Pas menerima kritikan dan teguran yang keras daripada (bekas pensyarah
UIAM) Dr. Aziz Bari yang mempertikaikan kepimpinannya.
"Keterbukaan beliau lebih terserlah apabila beliau sendiri mencadangkan
agar dianjurkan seminar khusus bagi memberi peluang kepada Dr. Aziz
Bari mengemukakan kritikan dan teguran tersebut di hadapan ahli dan
pimpinan Pas," katanya lagi.
Kata Nik Muhammad, perlu dijelaskan bahawa reaksi ini bukan bermakna
Dewan Ulama Pas Pusat tidak boleh menerima teguran apabila disamakan
dengan Ayatollah Khomeini tetapi teguran yang dikemukakan mestilah
dikemukakan bukti, contoh dan berfakta.
"Ini adalah kerana tanpanya, ia akan memberikan persepsi buruk kepada
para pimpinan ulama dalam Pas dan dianggap sebagai tuduhan yang dibuat
untuk menjatuhkan kredibiliti Pas yang bakal melangkah ke Putrajaya,
insya-ALLAH.
"Bahkan bekas mufti itu sendiri juga telah mengemukakan pandangan dalam
wacana tersebut agar teguran yang hendak dibuat mestilah profesional,"
katanya.
Pada masa yang sama katanya, Pas sentiasa mengajar kepada semua ahli
supaya berani menegur dalam apa jua perkara yang bercanggah dengan
syariat Islam termasuk juga menegur mana-mana kesilapan yang dilakukan
oleh pucuk pimpinan parti.
"Sejarah ini sangat banyak berlaku di sepanjang perjuangan Pas," kata beliau lagi./SinarHarianOnline
PANAS!!!! MINYAK PETROL JIMAT 50% ,DISAMPIN ITU DUIT MASUK!!!!!!!!!!! DAFTAR SEKARANG!!
Senarai Blog...Geng
-
Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik, Puas Bantu Sri Pahang FC Ke Separuh Akhir Piala Malaysia - *KUANTAN: *Penyerang Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo teruja selepas jaringan hatrik membantu skuad itu layak ke separuh akhir Piala Malaysia. Pemain kelahi...2 jam yang lalu
-
Dr Mujahid Yusof Rawa: Di manakah adab politik Islam Pas - HarapandailyTimbalan Presiden AMANAH Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mempersoal adab politik Islam Pas yang berusaha meneutralisasi fitnah menerusi inf...2 jam yang lalu
-
-
PRABOWO TAK DEMAM, ANWAR YANG DEMAM - Semalam, Anwar Ibrahim sepatutnya mengadakan mesyuarat dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Langkawi. Tetapi, Anwar yang sudah berada di Langka...8 jam yang lalu
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan - *ULASAN* *Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...5 hari yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...9 bulan yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*4 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Sabtu, Oktober 27, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
dr asri kata mana2 parti politik termasuk pas, bukan pas lah... dont make this an issue lah... akan jadi macam iran tak sma dengan macam iran.. why bother to highlight suc issue where there are many other big/ important issue to highlight.mdlam pas, ulama mmg dah lama terbuka ... please stop cofusing others with your article here... please watch the video of the debate first before you even post your opinion whatsoever...
BalasPadamhelo Zawawi,
BalasPadammacamana pula kau marah-marah, yang duduk usung Asri ke hulu ke hilir adalah geng PAS juga.
Bukankah geng PAS dah tahu siapa penaja utama Asri?. Namun geng PAS ni memang otak lembab, masih tak serik-serik kena tipu UUMNO.
Tersengih Kasim Baba bila tenguk ketua penyamun masih diusung kiri kanan setelah 40 penyamun ramai-ramai masuk ulamak UMNO.
kalau tak boleh tegur duduk dalam hutan. sepatutnya teguran itu menjadi motivasi atau sempadan peringatan. kalau benar "Semua sedia maklum bahawa Pas berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Ayatullah Khomeini pula berpegang kepada aqidah Syiah" Kalau benarlah berpegang kepada aqidah ASWJ kenapa nak takut. berdoalah atau berserah kepada Allah untuk menjadi pemimpin yang baik. saudara tak menghayati perjuangan Rasulullah. Biar Baginda dihina atau dicaci namun Baginda tetap berdoa kepada Allah. Mengakui akan kelemahannya.
BalasPadamAssalamualaikum....
BalasPadamPada pandangan saya, apa yang dikatakan oleh Dr. Asri itu adalah merupakan satu 'ingatan' bukannya tuduhan. Terimalah ia dengan hati yang terbuka dan fahamilah 'bahasa' yang digunakan iaitu Bahasa Melayu. Jangan cepat melatah dan membuat komen melulu yang dengan sendirinya menunjukkan kelemahan pemikiran kita serta memberi ruang kepada 'musuh politik' atau 'syaitan yang dikenali' mengeruhkan keadaan dan mengambil kesempatan membuat provokasi.
Pesan memesan dan ingat-mengingati adalah suruhan Allah dan Nabi s.a.w. dalam Islam. Berterima kasih kepada orang yang menegur dan mengingatkan kita dari lupa diri dan hanyut dalam arus 'merebut kuasa'.