MACHANG:
Belum pun membuat keputusan rasmi meninggalkan Umno tiba-tiba kerajaan
Barisan Nasional (BN) menyekat peruntukan sebanyak RM3 juta kepada
anggota parlimen Beufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin (gambar).
Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengakui
banyak keistimewaan yang diperolehi ketika berada dalam Umno.
“Namun saya tetap juga membuat keputusan meletak jawatan sebagai
Ketua Umno, anggota Majlis Tertinggi (MT) dan Pengerusi BN Beufort.
“Selama 18 tahun ini saya berada dalam Umno. Dua penggal menang sebagai MT, malah ketika itu berada dalam top ten.
“Saya juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri
Sabah dan pemangku Ketua Menteri. Namun saya meletak semua jawatan itu
kerana tidak mahu lagi bersekongkol dengan kerja-kerja kejahatan,”
katanya pada ceramah sulungnya di Kelantan malam tadi.
Program tersebut diadakan di Kampung Paloh Rawa, Dun Temangan. Biar
pun hujan turun dengan lebat orang ramai tetap memenuhi perkarangan
bangunan Pasti.
Hadir sama Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff,
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Badan
Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat dan anggota Exco, Dr Muhamad
Fadzli Hassan.
Turut mengiringi Lajim ke Kelantan, bekas pemimpin PBS, Datuk Idris
Ali. Hari ini difahamkan beliau menghadiri satu program di Kuala Lumpur.
Lajim berkata, beliau tidak boleh menerima gejala rasuah yang
berleluasa dalam Umno dan kerajaan serta penderaan yang berlaku secara
berterusan terhadap Kelantan.
Sedangkan kata beliau Kelantan merupakan negeri yang mempunyai jumlah penduduk Melayu yang paling ramai di Malaysia.
“Sebab itulah saya tidak nampak lagi Umno mampu membela nasib orang
Melayu. Umno tidak boleh lagi menjamin masa depan orang Melayu.
“Macam mana mereka mahu menyelesaikan masalah rakyat, sedangkan masalah dalaman Umno sendiri begitu parah sekali.
“Saya pernah berada dalam jawatankuasa menyelesaikan isu dalaman
Umno. Masalah di Negeri Sembilan, Perlis, Terengganu, Johor dan Selangor
tidak selesai sampai sekarang.
“Saya tidak boleh lagi bersikap sebagai yes men, tidak boleh lagi
membodek dengan mencium tangan pemimpin atasan,” katanya yang
mempertahankan kerusi parlimen Beufort sejak 26 tahun lalu.
Beliau juga berkata, Sabah bukan lagi menjadi deposit tetap bagi BN
untuk mempertahankan kuasa pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau menjangka 13 kerusi BN akan tergugat antaranya Beufort,
Penampang, Tawau, Sepangar, Papar, Batu Sapi, Tuaran dan Sandakan.
Buktinya kehadiran rakyat begitu luar biasa pada program Pakatan Rakyat
sekarang.
Beliau juga meluahkan rasa hairan Sabah memiliki sumber bumi yang
banyak dengan minyak dan balak, namun masih kekal sebagai negeri
termiskin di Malaysia.
Sementara itu, Saifuddin mendakwa akan berlaku satu lagi kejutan
besar pada 15 September ini di Sabah apabila seorang tokoh korporat
terkenal akan mengisytiharkan menyertai Pakatan Rakyat.
Katanya, tokoh terbabit akan mengisytiharkan keluar Umno pada
himpunan besar-besaran yang dijangka turut dihadiri Datuk Seri Anwar
Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng./HarakahDaily
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!!
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
Senarai Blog...Geng
-
Dr Mujahid Yusof Rawa: Di manakah adab politik Islam Pas - HarapandailyTimbalan Presiden AMANAH Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mempersoal adab politik Islam Pas yang berusaha meneutralisasi fitnah menerusi inf...Sejam yang lalu
-
-
PRABOWO TAK DEMAM, ANWAR YANG DEMAM - Semalam, Anwar Ibrahim sepatutnya mengadakan mesyuarat dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Langkawi. Tetapi, Anwar yang sudah berada di Langka...7 jam yang lalu
-
Wan Rosdy Harap Melaka International Halal Festival 2024 Buka Peluang Pahang Promosi Industri Halal - *KUALA LUMPUR:* Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap agar Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 dapat membuka peluang...Sehari yang lalu
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan - *ULASAN* *Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...5 hari yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...9 bulan yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*4 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Rabu, September 05, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...