Golongan Islam bakal kuasai kepimpinan negara ini: Mat Sabu
ALOR SETAR - Golongan Islam bakal menguasai kepimpinan negara ini pada masa hadapan selepas sekian lama dikuasai golongan nasionalisme.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, sekiranya kesilapan golongan Islam pada zaman lalu dapat dibaiki, kemunculan Islam kali ini lebih hebat dan akhirnya kembali menerajui dunia.
Menurutnya, pandangan golongan Islam akan muncul menguasai dunia Islam pernah disuarakan seorang tokoh disegani, Dr Burhanuddin Al-Helmi sewaktu merasmikan Kongres Parti Islam pada 1956.
“Kita mesti tunjuk kehebatan apabila golongan Islam mengambil alih kepimpinan negara dan pentadbiran perlu lebih baik berbanding pada zaman golongan nasionalisme dan sosiolisme.
“Jangan biarkan orang berhaluan kiri mengatasi kita, terutamanya dari sudut pengorbanan, kerana mereka berkorban untuk dunia,” katanya ketika menyampaikan motivasi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), di Ijtimak Pilihan Raya Pas Kuala Kedah, Kubang Rotan, kelmarin.
Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah I, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.
Mohamad berkata, itulah tujuan utama untuk mendapatkan kuasa, memerintah negeri dan memerintah Persekutuan, bukan untuk mencari kemewahan atau mencari pangkat.
“Di dunia ketiga sekarang, pemerintahan sukar dijatuhkan melalui peti undi, melainkan melalui demonstrasi jalanan, kerana penipuan melalui sistem pengundian berleluasa.
“Perdana Menteri Bangladesh pernah membuat pengakuan rakyatnya juga boleh undi di Malaysia dan sekarang ini daftar pengundi di Selangor menjadi paling kotor apabila berpuluh ribu pendatang didaftarkan sebagai pengundi.SinarHarian
Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!
Menyokong Perjuangan DSAI
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...