Anwar: JK khas parlimen 'helah' alih tekanan atas SPR
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mahu mengalih tekanan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dengan mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas parlimen untuk mengkaji cadangan bagi mengadakan reformasi sistem pilihan raya negara ini.Anwar berkata pada prinsipnya, Pakatan Rakyat bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa tersebut, tetapi mendakwa kerajaan
Anwar mempunyai lebih banyak 'sebab tidak elok' untuk mengambil langkah berkenaan.
Semalam, Najib mengumumkan rancangan kerajaan menubuhkan jawatankuasa untuk membincangkan semua reformasi sistem pilihan raya yang diperlukan supaya tidak ada pihak lagi syak wasangka terdapat manipulasi kerajaan.
Anwar menegaskan bahawa pengumuman tersebut mencerminkan pengakuan bahawa Pakatan and BERSIH 2.0 adalah betul bahawa terdapat kecacatan yang serius dalam sistem pilihan raya negara.
“... (Najib) telah mengakui (BERSIH 2.0 betul), dan rakyat telah membayar harga untuk itu - dipukul dan semua itu," katanya ketika dihubungi.
Katanya, isu sekarang ialah untuk kerajaan berusaha menjadikan SPR benar-benar bebas supaya suruhanjaya itu boleh mula memenuhi tanggungjawabnya.MalaysiaKini
Komen : Najib Kalau bercakap kuat tipu...!! Tidak boleh di percayai...... Jom kempen jatuhkan kerajaan umnobn.......!!!
Iklan Penaja
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...