(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR: Peserta Perhimpunan Bersih 2.0 dinasihatkan supaya tidak panik sekiranya ditangkap polis, kata peguam Hak Asasi Manusia, Lawyers For Liberty (LFL) dalam forum anjurannya bertajuk ‘Hak Untuk Berhimpun’.
Forum tersebut menampilkan panel yang terdiri daripada N. Surendran, R. Sivarsa dan Latheeya Koya yang dipengerusikan Fadiah Nadwa Fikri di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, semalam.
Latheefa berkata, perkara asas yang perlu dilakukan apabila seseorang ditangkap kerana menyertai perhimpunan aman ialah bertenang dan menggunakan sebaik mungkin hak yang mereka ada.
“Jika Polis itu tidak berpakaian seragam, pastikan dia menunjukkan kad kuasanya dan jika kad kuasa itu berwarna merah, bermakna pegawai itu sedang digantung tugas dan tiada kuasa apa-apa terhadap anda,” katanya di hadapan lebih 100 orang.
Menurutnya, jika sebaliknya, orang ramai perlu memastikan nama, nombor ID, nombor pendaftaran kereta atau motorsikal mereka dicatat kerana semua itu amat penting.
Latheefa berkata, seseorang hanya ditahan sekiranya mereka bertanya ‘Adakah saya ditangkap’ dan dijawab ‘ya’ oleh pihak polis, atau tidak dibenarkan berlalu, atau mahu dibawa ke balai polis, atau digari.
Namun katanya, tangkapan tidak sah sekiranya pihak polis tidak memberitahu alasan tangkapan itu dibuat.
“Barang itu perlu direkodkan dalam Borang Senarai Rampasan dengan memastikan barangan dipulangkan sebaik anda dibebaskan,” katanya.
Pastikan balai atau lokap yang dihantar
Orang ramai yang ditahan juga perlu memastikan mereka dihantar ke lokap yang dinyatakan pegawai polis dan bukan dibawa ke tempat lain atau balai Polis lain.“Semasa ditangkap, setiap tahanan berhak membuat satu panggilan telefon kepada keluarga, rakan dan peguam dengan memaklumkan masa, tempat, alasan ditangkap dan di balai polis mana anda di bawa dengan tempoh siasatan terhad dalam tempoh 24 jam sahaja.
“Jika Polis ingin meneruskan tempoh itu, mereka mestilah membawa anda ke hadapan Majistret dan pastikan anda tahu nama serta pangkat Polis yang menyoal siasat anda,” katanya.
Semasa soal siasat, katanya, lazimnya polis bersifat mesra pada awalnya dengan bertanyakan pelbagai perkara untuk mencungkil maklumat.“Namun hanya nama, alamat, pekerjaan, dan umur sahaja yang boleh anda berikan dan selain itu anda wajar berdiam diri dengan berkata ‘Saya menggunakan hak berdiam diri di bawah seksyen 112 (2) atau ‘saya menggunakan hak berdiam diri dan akan menjawab di mahkamah’,” katanya.
Latheefa berkata ia penting bagi mengelakkan tahanan terperangkap dengan soalan mengelirukan kerana setiap rekod akan menjadi bukti di mahkamah.“Jika anda diugut atau dipaksa memberi kenyataan, anda berhak membuat laporan polis terhadap pegawai itu,” katanya.Sekiranya, seseorang di hadapkan ke mahkamah kerana berhimpun secara aman, mereka disaran supaya tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan.“Selepas itu, anda juga berhak dilepaskan, dengan ikat jamin Mahkamah di bawah seksyen 29 Kanun Acara Jenayah serta boleh memohon mengurangkan ikat jamin dengan mengemukakan tanggungan anda,” katanya.KeadilanDaily
Senarai Blog...Geng
-
Enam ditahan bergaduh hingga sebabkan kematian - BernamaPolis berkata kejadian dipercayai berpunca selepas mangsa membuat bising di hadapan rumah suspek sebelum disusuli pertengkaran dan pergaduhan.SEGAMA...8 minit yang lalu
-
SIAP LA SIAPA TERLIBAT - Jamzuri Ardani Berpuluh tahun kartel dalam NAFAS kerjanya rembat duit kerajaan melalui projek baja. Dulu arwah Salahuddin Ayub dah cuba reform t...2 jam yang lalu
-
NAJIB HANYA BOLEH BEBAS MELALUI PENGAMPUNAN, ITU PUN JIKA ZAHID HAMIDI DUDUK SEBAGAI PM - Dengan Najib Razak kini perlu membela diri bagi 25 pertuduhan salah guna kuasa dan penggubahan wang haram dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion sebagaimana di...13 jam yang lalu
-
Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Akan Diadakan Ketika Tempoh Berakhir Selepas Mei 2025 - *TEMERLOH:* Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat pemilihan selepas mandat dipegang barisan pimpinan parti itu pada ketika ini berakhir Mei tahun depa...3 hari yang lalu
-
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan - *CATATAN PERISTIWA* *Rossem menyampaikancenderamata untuk Husam.* DESA Gemalai baruh padi alami di Lubuk Jambu Kedai Mulong, Kota Bharu pada malam Sabtu...Seminggu yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...7 bulan yang lalu
-
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Midea 9.5KG Top Load Fully Auto Washing Machine MFW-EC950 / MFWEC950 - *Berminat nak oder KLIK SINI*3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com4 tahun yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...6 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Sabtu, Julai 02, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...