Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Mac 19, 2011

SAMM ikrar perkuatkan blogger hadapi asakan rejim Umno!!

KUALA LUMPUR: Di sebalik tindakan  yang dilakukan rejim penguasa menahan blogger Pro Pakatan Rakyat malam tadi, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berikrar akan memperkuatkan lagi jaringan blogger.
Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, tindakan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat Muhammad Nur Hanief, menggambarkan tindakan terdesak  Umno-BN yang kini berdepan kemaraan rakyat khususnya golongan muda.

“SAMM melihat ini tindakan terdesak regim penguasa yang tertekan dengan gerak kerja anak muda yg bangkit dengan pelbagai cara menumbangkan regim khususnya dalam meningkatkan kesedaran rakyat menggunakan media baru.
“SAMM melihat perkembangan ini sebagai serius dan mengecam tindakan penguasa ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Chegu Bard, turut mengulas tindakan sebelum ini yang dikenakan terhadap blogger Amizudin Ahmat atau Din Binjai yang kini sedang berdepan saman daripada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Rais Yatim.

Malah katanya, beliau sendiri pernah ditahan pihak penguasa, menggunakan alasan tulisan di blog yang memaparkan misteri pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu dan kaitannya dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

“SAMM berharap adik Hanief tabah bersama keluarganya. Kepada blogger lain jangan gusar teruskan usaha meningkat kesedaran rakyat,” ujarnya.

Justeru itu, katanya, SAMM akan mengatur jaringan penulis-penulis blog bagi memperkuatkan mereka dalam berdepan ancaman rejim pemerintah yang semakin rakus menekan rakyat.
“Melihat perkembangan serius ini SAMM sedang cuba untuk ‘organize’ jaringan blogger ‘nyamuk’ untuk menjadikan mereka lebih kuat,” tegas beliau.KeadilanDaily
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...