Majlis Presiden PKR Sabah hari melengkapkan kepimpinannya dengan meluluskan pembentukan jawatankuasanya selepas mesyuarat pertamanya di Kota Kinabalu hari ini.
Menurut Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang mempengerusikan majlis itu, 11 pemimpin utama negeri dilantik mengganggotai majlis itu.
Mereka yang dilantik seperti berikut:
- Kewangan, Keselamatan dan Imigrasi – Ahmad Thamrin Jaini
- Pembangunan Luar Bandar – Datuk James Ghani
- Pembangunan Infrastruktur – Christina Liew
- Kerajaan Tempatan dan Perumahan – Saidil Simoi
- Pembangunan Perindustrian dan Perhutanan – Awang Tengah Awang Amin
- Pembangunan dan Pengurusan Tanah – Datuk Kong Hong Ming
- Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna – Stephen Sandor
- Belia dan Sukan – Jafery Jomion
- Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar – Lukiah Indan
- Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia dan Kemajuan Teknologi Maklumat – Datuk Hallik Zaman
- Pertanian dan Industri Makanan – Datu Mustapha Hj Tambuyong
Menurutnya, setiap jawatankuasa ditugaskan menghasilkan kerangka dasar utama PKR Sabah dalam bidang pentadbiran masing-masing.
"Pimpinan PKR Sabah melalui Majlis Presiden akan memperhebatkan usaha dalam masa terdekat untuk membawa suara rakyat Sabah mengenai isu-isu yang dekat dengan Sabah di peringkat negeri dan pusat," katanya.MalaysiaKini
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...