KOTA BHARU - Pembentukan kerjasama politik antara Pas dan Ikatan dilihat bukan satu kerjasama kukuh yang mampu memberi impak besar dalam politik Malaysia.
Malah, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, kandungan kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan rakan baharunya itu, tidak mengandungi sebarang indikasi bahawa kerjasamanya akan dilanjutkan ke dalam PRU 14.
Menurutnya, proses pembentukan kerjasama antara Pas dan Ikatan ini menunjukkan bahawa ia bukanlah satu bentuk kerjasama mantap yang boleh melonjakkan Pas ke hadapan dalam dunia politik.
Pertama sekali katanya, Ikatan adalah sebuah parti sangat baharu yang hanya dilancarkan secara rasmi pada Mei 2015, jadi ia tiada sebarang trek rekod yang boleh dijadikan ukuran kekuatannya.
“Ikatan juga tiada pemimpin berpengaruh. Presidennya terlalu tua untuk memulakan sebuah parti baharu di samping turut terbeban dengan perakuannya kepada corak pemerintahan yang diguna pakai sebelum ini, lebih-lebih lagi dia pernah menjawat jawatan menteri beberapa kali sebelum ini.
“Selain presidennya, didapati bahawa tiada pemimpin berkaliber di dalam barisan kepimpinan Ikatan berbanding waktu pelancaran awal Ikatan pada Jun 2012 dulu,” katanya.
Menurutnya, dilihat bahawa Ikatan mempunyai masalah untuk menarik pemimpin berkaliber menyertainya dan ini terbukti apabila janji presidennya, pada Mei 2015 untuk memperkenalkan barisan pemimpinnya di seluruh negara pada September 2015 belum mampu dikotakan olehnya hingga sekarang.
Beliau memberitahu, dari segi visi parti juga Ikatan didapati terlalu bersifat sentimental dan memandang ke belakang dengan mengikat identiti dirinya dengan bekas pemimpin terdahulu, khususnya Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra.
Dengan mengambil kira latar belakang Ikatan seperti itu, maka Kamarul Zaman yang juga Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) memaklumkan, tidak hairanlah banyak pihak mempersoalkan kewajaran langkah Pas membentuk kerjasama dengannya.
Telahnya, apa yang difikirkan sekarang ialah kerjasama ini akan lebih menguntungkan Ikatan berbanding Pas yang boleh tercalar identiti perjuangan Islamnya berbanding hanya secebis manfaat politik yang bakal diperoleh.
Apatah lagi katanya, setelah Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hasan mendedahkan pembentukan kewujudan blok baharu pembangkang, Ikatan sendiri menafikannya.
“Begitu juga dengan kenyataan-kenyataan Ikatan sendiri sebelum ini bahawa mereka adalah parti berasaskan isu sahaja tetapi tidak bermatlamatkan pilihan raya yang menimbulkan persoalan mengenai ketahanan Ikatan,” katanya.
Jelasnya, sewaktu melancarkan Ikatan pada Mei 2015 dahulu jelas menyebut bahawa Ikatan tidak memikirkan tentang pilihan raya dan bahawa soal sama ada Ikatan akan menyertai PRU14 hanya akan ditentukan kemudian.
Menarik katanya, kandungan kenyataan bersama Hadi dan rakan baharunya itu juga langsung tidak menyebut sebarang rujukan ke atas kemungkinan kerjasama antara Pas dan Ikatan untuk menghadapi PRU14.
Paling tinggi sekali di dalam kenyataan bersama itu, bagi beliau hanyalah frasa bahawa 'pertemuan pada hari ini juga membuka ruang ke arah membina suatu kumpulan persefahaman kerjasama politik yang lebih tersusun yang sedang digagaskan oleh Pas'.
“Tanpa elemen pilihan raya maka benarlah tanggapan bahawa kerjasama ini bukan satu kerjasama kukuh yang mampu memberi impak besar dalam politik Malaysia,” katanya
sh
IKLAN PENAJA
Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?
Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :
Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement
Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini.
Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.
klik link sini : http://autod9.com/army
Itu andaian masing2 lah kukuh ke tak kukuh.. x payah nak paksa org agar percaya bulat2... tapi dari segi logiknya kalau kita bergabung dgn parti yg langsung tak ada perlembagaan lagi kurang kukuh rasanya..
BalasPadamKahkahkah..walakontol bengkek jer kn parti dh tak kukuh lgi..huhuhu
BalasPadamKedua dua parti dipimpin oleh 2 ekor ayam pencen yg sememangnya tiada kualiti dan tanpa khasiat...ahli2 pas pun dah tak ramai lagi..kalau masih ada 200 ribu ahli yg masih setia pada parti sudah dikira bernasib baik.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamJumlah ahli PAS sebenar sejuta.. tapi pasal nak syokkan hati dia, 200k.. ok lah x pe kita ikut je rentak dia..
BalasPadamSo now kita bandingkan antara 200K ahli PAS dan so called 40K ahli PAN.. ada logik ke org cerdik macam ahli2 PAS nak tinggalkan parti yg dikemudi oleh org2 cerdik kerana berjaya mengekalkan perlembagaan islam..? Macammana plk kononnya 40K yg kononnya lg profesional boleh kena tipu utk join parti yg x de perlembagaan..benar2 cerdikkah mereka ini.. atau bahasa pasarnya bangangkah mereka boleh join parti yg tak tentu hala tuju..islam ke, selain islam ke??..
So.. siapa yg bernasib baik sebenarnya.. PAS ataukah PAN yg ditunggangi DAP..?
pan talibarut umno untuk memecahbelahkan pas kerana ahli umno yang kecewa dengan umno akan lari pada pas. umno musuh pas kerana pas mencabar umno disemua kerusi umno maga pan dicipta untuk merosakkan pas.
BalasPadamKong kali kong bodohnya dgn wan rosli atau guna nma lain lak kahkahkah walakontol2..
PadamKomen2 di atas macam biasa diulang2 lantaran geram TGHH masih mendapat sokongan kukuh di dalam parti.. x seperti parti yg ditunggangi yg hanya selama ini mengharapkan ihsan dari DAP..
BalasPadamTeruslah dgn rasa geram kerana mmg itulah tujuan kami sebenarnya.. agar kami dapat mempertahankan parti islam dari anasir2 jahat seperti yg pernah menimpa parti islam sebelum muktamar tahun lepas..
Tak sama..walakontol ratibnya plmbagaa.ale utoh!! Ingat pas,ingat pasik..
BalasPadamAku nak tanya. PAN ni parti islam ke idak.?
PadamKalau jawapannya islam, apa buktinya perlembagaan menurut kehendak islam..?
Kalau jawapannya ya idak islam, tak payah jawab apa2 .. kami dah lama tahu..