Pages - Menu

Pages - Menu

Ahad, Disember 30, 2012

Panas!! Abang ipar TKM Sabah ketuai 136 ahli Umno sertai KEADILAN

KOTA KINABALU 30 DISEMBER: Abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai KEADILAN.
Ahmad Yunin menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim selepas Ketua Umum KEADILAN itu berucap di pusat beli-belah Tanjung Aru Plaza di sini, malam tadi.

Ahmad adalah abang kepada Datin Seri Jouyah Yunin – isteri Yahya.
Beliau yang juga Pengerusi Sukarelawan Petagas turut menyerahkan cek RM10,000 untuk misi bantuan di Gaza pada majlis itu.
Program anjuran Wanita KEADILAN Sabah yang dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan itu sebahagian daripada siri Jelajah Demi Rakyat di Sabah.

Keadilan Daily difahamkan, pidato Anwar itu adalah adalah pertama kali dijalankan dalam sesebuah pusat beli-belah di negeri berkenaan.

Sabah yang dianggap fixed deposit Umno BN, hampir pasti  ditawan Pakatan Rakyat pada PRU 13.
Ia berikutan ramai pemimpin berpengaruh di kalangan masyarakat Islam dan Kristian di Negeri Di Bawah Bayu itu mengisytihar sokongan kepada Pakatan, beberapa bulan lalu./KeadilanDaily

"Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar"

Kenapa pihak berkuasa tak siasat Najib, Deepak? – Saifuddin

KULIM 30 DISEMBER: Datuk Seri Najib Razak terlepas dari tindakan
undang-undang sekalipun didedah berperanan dalam menarik balik akuan
bersumpah P Balasubramaniam kerana beliau masih Perdana Menteri.

Sebaliknya, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi sasaran pendedahan Deepak Jaikishan, Ketua Umum KEADILAN itu pasti dikenakan tindakan termasuk ditangkap.
Pada ceramah di Sungei Limau, Kulim, malam semalam, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata Najib langsung tidak disiasat, apatah lagi ditangkap.

“Ini membuktikan amalan double standard dalam sistem perundangan kerajaan Umno BN.
“Malah, Deepak tidak dipanggil untuk disiasat, baik polis atau SPRM. Tapi jika dakwaan melibatkan Anwar, percayalah dengan segera mereka geledah dan serbu Ketua Pembangkang.

“Kita akan tanya SPRM kenapa tak siasat walaupun Deepak sudah dedahkan bukti penglibatan Najib dalam isu SD Bala,” katanya.
Saifuddin berkata, pihak berkuasa melindungi Najib dan pemimpin Umno BN walaupun mereka terbukti terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat.

Beliau berkata, sikap berat sebelah itu jika dibiar berterusan akan merosakkan sistem keadilan dan perundangan di negara ini.
“Rakyat yang miskin dan tidak berwang akan menjadi mangsa kepada
sistem perundangan yang tidak adil.
“Jika tiada perubahan dalam PRU 13, musibah akan menimpa negara dan mendatangkan kesengsaraan lebih teruk kepada rakyat selama lima tahun akan datang,” katanya./KeadilanDaily

SYILING LAMA NAK di LELONG!!!  

Panas!!!! Soi Lek kecewa dengan blogger Umno, dakwa tidak beretika








KUALA LUMPUR, 29 Dis — Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini mengecam tindakan blogger Umno memutar belit kenyataannya ketika pertemuan dengan mereka Rabu lalu, dan menuduh blogger pro Umno itu tidak beretika. 

Presiden MCA itu menegaskan, beliau kecewa dengan tindakan segelintir blogger tersebut yang mendedahkan butiran perjumpaan mereka malah menegaskan beliau tidak akan berjumpa dengan mereka lagi kerana dakwanya ingin menghancurkan MCA.
“Saya sangat kecewa dengan blogger pro Umno ... mereka tidak ikhlas tentang apa yang telah dibincangkan.
“Ia perjumpaan tertutup dan saya ada bercakap tentang persiapan MCA hadapi pilihan raya umum ... Ada sesetengahnya hanya gurauan dan tidak patut didedahkan,” jelasnya menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan blogger Umno tersebut.
“Mereka tiada etika melaporkan dan kefahaman dalam apa yang dibincangkan ... mereka melanggar janji itu,” tegasnya kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis makan malam bersama NGO dari Bandar Tun Razak di sini.
Soi Lek (gambar) bagaimanapun turut menegaskan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka serta tidak lagi akan melayan sebarang permintaan daripada blogger tersebut selepas ini.
“Jangan datang dan kacau saya lagi, mereka lebih suka 'spin' daripada membantu MCA.
“Saya telah dimainkan oleh blogger pro Umno,” katanya lagi, dan menambah, akan lebih berhati-hati dengan blogger Umno.
“Saya akan lebih berhati-hati, saya mempertikaikan tujuan mereka ... adakah mereka mahu bantu MCA atau hancurkan MCA,” tegasnya.

Ketika pertemuan dengan blogger pro Umno Rabu lalu, Dr Chua dilaporkan berkata Ong menggunakan “faktornya” untuk mendapatkan sokongan di Melaka bagi mensabotaj beliau.
Menurut Syed Akbar Ali, blogger pro-Umno yang menghadiri pertemuan itu, presiden MCA itu turut menjangkakan Ong akan meninggalkan parti jika berlaku penggantungan Parlimen.

“Melihat kembali isu kurangnya sokongan dan beliau berbicara tentang Ong Tee Keat cuba mensabotajnya di Melaka. Dr Chua merasakan jika berlakunya penggantungan Parlimen selepas pilihan raya, Ong Tee Keat mungkin akan mengemas begnya dan pergi. Seperti Chua Jui Ming,” kata Syed Akbar dalam blognya./TheMalaysiaIndsider

JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!

'Hadi tak pernah murtadkan sesiapa' - TGNA


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
 
SHAH ALAM - Di sebalik polemik mengenai isu Amanat Haji Hadi yang berterusan termasuk desakan Umno mahu ia ditarik balik, Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah "memurtadkan sesiapa."

Sebaliknya kata Nik Aziz, Hadi hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja.

"Tuan Guru Haji Hadi tidak pernah memurtadkan sesiapa, beliau hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja," kata beliau antara entri terbaru laman sosial Facebook.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, seseorang Muslim tetap murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi.

"Dalam perjalanan ke Seremban dari KLIA, membaca akhbar hari ini (semalam) masih menyebut tentang Amanat Haji Hadi. Perlu diketahui bahawa seorang pesakit tetap sakit sekalipun tidak diberitahu oleh doktor.

"Seorang Muslim tetap jatuh murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi," kata beliau yang malam tadi menghadiri majlis kutipan dana Pas menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13./SinarHarianOnline

"Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar"

Panas!!! Rafizi akan bawa bekas tentera ‘serbu’ syarikat bayar kepada Deepak

KUALA LUMPUR 28 DISEMBER: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan mengunjungi pejabat Bakti Wira Development Sdn Bhd di Wisma Bousted, Kuala Lumpur, Isnin depan untuk mendapatkan dokumen pelaburan syarikat itu.

“Kita akan ke Bakti Wira jam 3 petang, Isnin depan. Sebab itu kita bawa pencarum. Kita harap syarikat berkenaan beri kerjasama.
“Kita ada hak untuk bertanya. Macam mana mereka boleh guna duit rakyat? Itu hak kita,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Bakti Wira adalah syarikat pelaburan hartanah milik penuh Boustead Holdings Berhad yang dipunyai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Modal dan aktiviti Boustead pula bergantung kepada modal kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalur melalui LTAT.

Namun, dana Bakti Wira  dalam bentuk wang pencen tentera dikesan digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih milik Deepak dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd milik seorang pemimpin Umno.
Rafizi berkata, bekas anggota tentera memiliki hak meneliti dokumen itu kerana peranan syarikat hartanah itu hanya sebagai perantara bagi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membuat pelaburan a mengikut garis panduan dan amalan pelaburan baik.
“Ini lebih teruk daripada bail out,” katanya.

Beliau juga akan menghantar surat rasmi surat kepada kerajaan Selangor Isnin depan bagi mendapatkan status terkini pindah milik 200 ekar tanah kepada Awan Megah Sdn Bhd.
“KEADILAN akan memohon kerajaan Selangor gunakan kuasanya untuk halang,” katanya sambil menyatakan kuasa pindah hak milik tanah terletak di tangan kerajaan negeri.
“Sekurang-kurangnya RM30 juta boleh diselamatkan,” kata Rafizi./KeadilanDaily
(Berita terdahulu: klik ini)

SYILING LAMA NAK di LELONG!!! 

Panas!!! Deepak ikrar akan terus buat pendedahan..... Mampushhh Najib, UmnoBN..

Deepak ikrar akan terus buat pendedahan

Kecewa dipaksa untuk mengurangkan kerugian dalam apa yang sepatutnya menjadi urusniaga tanah yang lumayan, ahli perniagaan Deepak Jaikishan berikrar untuk terus membuat pendedahan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya.

"Saya akan meneruskan pendedahan saya dan satu lagi (pendedahan) besar ialah pada Hari Tahun Baru," katanya dalam mesej teks hari ini, sambil menambah bukunya mengenai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang bertajuk 'Black Rose' akan dilancarkan pada hari yang sama.

Beliau juga mengugut untuk mendedahkan bukti mengenai dakwaan pembayaran kepada penyiasat persendirian, P Balasubramaniam supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mengaitkan perdana menteri untuk warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Katanya, semua dokumen yang menunjukkan 'siapa' yang membuat bayaran kepada Balasubramaniam akan disediakan.


Saya dipaksa jual syarikat saya, kata Deepak
5:34PM Dis 28 2012
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan hari ini mengakui bahawa dia telah menjual syarikatnya - Astacanggih - untuk RM30 juta kepada sebuah agensi Kementerian Pertahanan, dengan mendakwa dia dipaksa berbuat demikian.

Katanya, penjualan syarikat tersebut hanya untuk menampung wang yang telah dibelanjakannya dalam urusniaga tanah dengan Awan Megah Sdn Bhd yang tidak menjadi.

"Ianya benar bahawa saya dan pemegang saham saya telah menjual saham kami dalam Astacanggih untuk RM30 juta yang merupakan harga kos sebenar kami RM13 juta untuk Raja Ropiaah, RM8 juta untuk sumbangan politik, RM7 juta kos kewangan dan RM2 juta untuk kos guaman dan pelbagai kos.

"Ini adalah kata dua yang telah dipaksa ke atas kami," katanya dalam satu mesej teks hari ini./MalaysiaKini

  Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!

Anwar Ibrahim : Pemandu teksi 'penggerak khas' Pakatan tawan Putrajaya

Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemandu teksi seluruh negara akan bertindak sebagai 'penggerak khas' dalam menyampaikan mesej kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya untuk menyelamatkan Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Pembangkang ini berkata, langkah itu diambil kerana golongan pemandu teksi merupakan mereka yang sering bertemu dengan rakyat dan boleh menjadi penyebar maklumat kepada agenda perubahan landskap politik negara kelak.

"Peranan mereka penting untuk menyedarkan rakyat dan penyokong Umno-Barisan Nasional (BN) bahawa taraf kehidupan semakin terpinggir jika terus mengekalkan kerajaan sekarang.

"Sudah sampai masanya pemandu teksi juga membantu Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya akan datang setelah nasib mereka berpuluh tahun tidak mendapat pembelaan daripada BN," katanya di hadapan lebih 200 pemandu teksi pada himpunan raksasa di Dewan Sivik, malam tadi.

Selain itu, Anwar yang juga Ketua Umum PR menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai gagal memahami kehendak pemandu teksi apabila pemberian permit yang dijanjikan gagal ditunaikan malah dimonopoli pula oleh pemimpin tertinggi Umno-BN untuk dijadikan perniagaan.

"Tak cukup rompak elektrik, air, tepung, gula, dan sebagainya, titik peluh orang miskin pun Najib sanggup rompak.

"Permit disewakan kepada pemandu, mereka untung berbilion ringgit kerana niagakan permit yang sepatutnya diberikan kepada pemandu yang layak," katanya yang juga Ketua Umum PKR.

Tegasnya pemandu teksi saban tahun ditindas dan hak mereka untuk mendapatkan permit sendiri dan perlindungan Perkeso turut dinafikan kerajaan BN.

"Setiap hari mereka keluar rumah mempertaruhkan nyawa mereka untuk mencari rezeki untuk anak dan isteri.
"Saya berasa pelik pemimpin BN tak boleh fikirkan keselamatan dan kebajikan golongan ini jika ditimpa musibah," ujarnya.
Tambah beliau, Umno-BN masih tidak berubah, malah terus menerus membudayakan semangat kronisme yang kian menebal dan mementingkan kemewahan hidup pemimpin mereka.
"Saya dimaklumkan ada ketua bahagian Umno itu mempunyai sehingga 250 permit, jadi kita nak suruh taukeh dia pandu teksi sendiri, jika tak boleh pulangkan balik permit itu," tegasnya.
Anwar turut membidas Najib yang cuba mengalih isu dengan pemberian tayar percuma kepada pemandu teksi baru-baru walhal isu permit sehingga kini masih gagal diselesaikan.
"Najib gagal beri permit teksi kepada pemandu atau individu, hanya tahu beri tayar yang TR1M yang hanya boleh bertahan enam bulan.

"Dia (Najib)  gagal fahami kesusahan pemandu teksi untuk dapatkan permit bukannya tayar," katanya./SinarHarianOnline

SYILING LAMA NAK LELONG!!!

Tanya Mindef tentang pesawat yang hilang, kata Anwar Ibrahim

Tanya Mindef tentang pesawat yang hilang, kata Anwar

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin sewajarnya tahu kementerian yang terlibat dalam perolehan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan sepatutnya mengajukan sebarang dakwaan penyelewengan kepada menteri pertahanan pada masa itu.

Merujuk kepada tulisan Zam dalam blognya, Anwar menegaskan bahawa Kementerian Kewangan mempunyai penglibatan yang terhad dalam urusniaga tersebut.

NONE"Yang memutuskan perkara ini adalah Mindef (Kementerian
Pertahanan). Kementerian Kewangan hanya dipanggil apabila merundingkan harga. Kementerian Kewangan dipanggil untuk menentukan jika harga urusniaga itu wajar," katanya.

Zainuddin dalam tulisannya bertarikh 25 Disember berkata Anwar
Ibrahim perlu membuat penjelasan segera sama ada benar atau tidak
tentang khabar dari dalam TUDM mengatakan ketika menjadi timbalan perdana menteri, beliau telah menggunakan pengaruhnya supaya TUDM membeli pesawat CN 235 dari Indonesia.
Bagaimanapun, tulis Zam, daripada lapan buah yang dipesan, hanya enam buah yang dihantar dan "ini menimbulkan masalah kepada TUDM sehingga sekarang, kerana TUDM memang memerlukan lagi pesawat jenis ini".
Zainuddin yang merupakan bekas ketua pengarang  Utusan Malaysia, mendakwa pesawat itu dibeli untuk "mengukuhkan hubungan" di antara Malaysia dan republik itu yang dipimpin presiden BJ Habibie pada masa itu./MalaysiaKini

 "Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar" 

NGO desak henti bina Menara Warisan RM5 bilion

KUALA LUMPUR 27 DISEMBER: Pertubuhan Pertahankan Taman Merdeka Negara (PTMN) mendesak kerajaan Umno BN menghenti segera projek pembinaan Menara Warisan setinggi 118 tingkat di Taman Merdeka Negara di sini.
Pengerusinya, Ishak Surin berkata, pembinaan menara itu suatu pembaziran selain, mengakibatkan kerosakan terhadap bangunan bersejarah di sekitarnya.

“Projek itu harus dihenti segera dan kawasannya keseluruhan perlu diwarta sebagai Tapak Warisan Kebangsaan mengikut Akta Warisan Negara (2005).
“Ia wajib dipulangkan kepada rakyat sebagai tapak awam sebagaimana sebelum merdeka,” katanya ketika sidang media Tolak Menara 118 Tingkat di Dewan Perniagaan Cina Selangor-Kuala Lumpur (KLSCAH), tengah hari ini.

Turut hadir ialah Naib Pengerusi PTMN, Victor Chin, Setiausaha PTMN, Chai Chik Ying, wakil Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), Jayanath Appudurai. PTMN pada 5 Januari ini mahu mengadakan acara Pelancaran Tolak Menara 118 di Stadium Chin Hoo bermula jam 7 hingga 10 malam.

Dalam pembentangan Bajet 2012, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembangunan Warisan Merdeka bernilai RM5 billion dalam 3 fasa selama 10 tahun bermula dengan menara setinggi 118 tingkat di Taman Merdeka Negara.

Mengulas lanjut, Ishak yang juga Pengerusi Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita (Warisan) mahu kerajaan harus melindungi tapak warisan kemerdekaan itu untuk dinikmati oleh seluruh masyarakat.

“Taman Merdeka Negara atau dulunya dikenali sebagai Taman Tunku adalah mercu tanda negara. Bangunan sekelilingnya membentuk khazanah rakyat, jadi ia perlu dikekal dan dipulihara untuk kegunaan, kemudahan dan kenangan awam.

“Terutama Stadium Merdeka, Stadium Negara, Taman Merdeka Negara, Stadium Chin Woo yang mewakili warisan kolektif dan peringatan sejarah sebelum dan selepas merdeka,” katanya.
Taman Merdeka Negara dibina pada 1958, Stadium Chin Woo (1953), Stadium Merdeka (1957) dan Stadium Negara (1962) yang suatu ketika dulu menjadi ruang awam kepada rakyat.

Ishak juga menempelak Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib yang berdiam diri berhubung masalah itu.
“Dua kali kami menghantar surat iaitu pada 5 Disember dan 26 Disember 2012 tetapi masih tidak dapat maklum balas mengenai perkembangan projek menara ini.

“Surat dihantar untuk mengetahui perkembangan dan rancangan pembinaan menara kerana kami tidak mahu akhirnya keseluruhan bangunan warisan sekitarnya dimusnahkan.
“Kami tidak mahu pembangunan menjejaskan masyarakat sekeliling terutama penduduk setempat, peniaga dan pelajar berhampiran,” katanya./KeadilanDaily

 Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!

Khamis, Disember 27, 2012

Isu Deepak: PAS cadang serah memo kepada Agong

KUALA LUMPUR: PAS bercadang menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung pendedahan usahawan Deepak Jaikishan.

Penyerahan itu akan dilakukan jika agensi berkaitan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara terus membisu dengan pendedahan Deepak tersebut.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata pihaknya memberi masa sehingga dua minggu untuk agensi-agensi terbabit memulakan siasatan terhadap pendedahan yang dilakukan usahawan karpet berkenaan.

"Kita memberi tempoh sehingga dua minggu untuk SPRM, polis dan Jabatan Peguam Negara memberikan respons berhubung pendedahan Deepak ini.

"Jika tidak, kita tidak teragak-agak untuk menyerahkan memorandum ke bawah Yang Dipertuan Agong terhadap ketiga-tiga agensi," tegas beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Mahfuz berkata pendedahan Deepak itu merupakan satu pendedahan yang bukan sahaja menyentuh maruah perdana menteri, dan keluarga, sebaliknya turut menyentuh maruah negara dan Yang Dipertuan Agong itu sendiri.

Mana siasatan

Beliau turut membangkitkan persoalan mengapa tiada sebarang respons atau siasatan segera dilakukan terhadap pendedahan Deepak walaupun banyak pihak mendesak untuk melakukannya (siasatan).

"Saya hairan mengapa di saat kita dikatakan memiliki anggota polis yang cekap, SPRM yang telus, peguam negara yang hebat, dalam hal Deepak ini mereka ini seolah-olahnya telah 'disemadikan'.

"Saya tidak kata apa yang didedahkan Deepak itu benar atau tidak. Sebaliknya ia perlu disiasat segera memandangkan ia bukan satu perkara kecil," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Mahfuz meminta Deepak membuktikan hubungan rapat yang didakwanya bersama Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bagi pengetahuan umum.

Katanya, Deepak boleh mendedahkan nombor telefon Najib, mahupun Rosmah kepada umum dan pihak polis agar disiasat segera.

"Deepak mengakui dia mempunyai hubungan yang rapat dengan Najib, Rosmah.  Boleh telefon bila-bila masa.  Jadi, saya minta Deepak buktikan dengan memberi nombor telefon kepada mereka kepada polis dan kemudiannya meminta syarikat telekomunikasi mendapatkan rekod perbualan antara mereka selama ini," tegas Mahfuz lagi.

Deepak, sebelum ini membuat pendedahan kepada media alternatif mengaitkan penglibatan Najib, Rosmah dan adik Najib berkaitan akaun bersumpah kedua penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam./HarakahDaily

 JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!

Kalimah ALLAH: Pakatan panggil mesyuarat khas - DSAI


Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim 
 
KUALA LUMPUR - Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, soal kalimah ALLAH yang dibangkitkan semula adalah isu sensitif.

Menurutnya, oleh itu beliau akan memanggil satu mesyuarat kepimpinan tertinggi PR untuk membincangkan isu ini dengan segera./SinarHarianOnline

 "Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar"

Malunya Felda dipijak oleh orang Umno/BN



(Petugas BN 'menunggang kenderaan Felda untuk menyekat kembara Oren)

TAMPIN: Yang DiPertua PAS Tampin, Zakaria Khalim menyifatkan tindakan petugas Barisan Nasional (BN) yang berdiri atas kenderaan rasmi pengurusan Felda sambil mengibarkan bendera Barisan Nasional (BN) ketika menghalang Kembara Oren masuk ke Felda Bukit Rokan Barat pada hari Ahad lepas amat memalukan.

"Malu sungguh bila melihat seorang lelaki yang mengibarkan bendera BN berdiri dan memijak bumbung kenderaan rasmi Felda .

"Demi mempertahankan politik sempit, dahlah terpekik mengeluarkan kata-kata kesat, sanggup pula memijak kenderaan Felda.

"Demi BN, pegawai Felda pula hanya membiarkan tindakan tersebut. Dimana maruah Felda dan pegawai Felda itu sendiri.

"Sebagai peneroka Felda Rokan, saya mendapati ramai yang membuat kekecohan di Felda Bukit Rokan Barat dan Felda Bukit Rokan Utara ini bukanlah peneroka Felda sebaliknya orang luar yang saya kira sudah tentu orang Umno dari luar Felda," kata Zakaria (gambar).  

Zakaria yang juga merupakan peneroka Felda Bukit Rokan turut berkata bahawa majoriti yang membuat kekecohan menghalang konvoi adalah budak luar.

"Saya orang sini dan saya kenal kebanyakkan mereka. Ramai daripada mereka merupakan remaja termasuk remaja bawah umur.

"Kita boleh melihat bagaimana ada diantara remaja dibawah umur ini turut memegang kayu.

"Kita ada bukti bergambar remaja memegang kayu dalam kekecohan itu dan seorang lelaki berdiri (memijak) bumbung kenderaan Felda," ujar Zakaria./HarakahDaily

Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!

Sultan K'tan minta umat Islam elak berbalah - M,Kini


Sultan K'tan minta umat Islam elak berbalah
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah meminta umat Islam supaya saling menghormati dan mengelak daripada sengketa berpanjangan.
  
Baginda bertitah dalam menonjolkan kebaikan dan keindahan Islam, jangan  sampai agama itu ditempelak dek perbuatan yang boleh memalukan dan mencemarkan imej Islam itu sendiri.
  
Sultan Kelantan menarik perhatian umat Islam masih dibelenggu sengketa dan perbalahan yang seolah-olah tiada penghujungnya.
  
"Beta berharap semua pihak menyedari betapa tingginya kerinduan umat Islam kepada kedamaian dan kerukunan dan betapa kecewanya bila merasa tenaga dan kekuatan umat habis tercurah dalam sengketa, peperangan sesama sendiri," titah baginda pada Majlis Perasmian 100 Tahun Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Kota Bharu semalam.

Teks ucapan baginda dibacakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Sultan Kelantan bertitah walaupun baginda akur dengan kebebasan bertindak berdasarkan amalan demokrasi, namun masyarakat Islam dan bangsa Melayu perlu mempunyai dan menjaga disiplin, tata cara hidup, tata susila serta adat istiadat Melayu, terutama berkaitan kehidupan beragama.
  
"Dengan disiplin dan tata cara hidup beragamalah pada suatu masa dahulu bangsa kita pernah menjadi bangsa besar di rantau ini dan agama Islam menjadi asas yang kukuh kepada pembinaan tamadunnya," titah baginda.
  
Selain itu, baginda berjanji akan memberi perhatian sewajarnya kepada kemajuan dan perkembangan MAIK sesuai dengan kedudukannya sebagai institusi yang memikul amanah menjaga kepentingan Islam dan adat istiadat Melayu di Kelantan.
  
Baginda turut memuji usaha yang dilakukan MAIK dalam memartabatkan penggunaan tulisan jawi, sekali gus menyarankan supaya ia dapat dimartabat dan dikekalkan penggunaannya.
  
Pada majlis itu, Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan melancarkan buku bertajuk 'Puri Kencana' yang menyingkap kecemerlangan satu abad MAIK sebagai majlis agama Islam tertua di negara ini.
  
Selain itu, Tengku Muhammad Fa-iz Petra turut berkenan melancarkan gimik pelancaran kapsul masa MAIK mengandungi sepucuk surat yang akan dibaca 100 tahun lagi.
  
- Bernama

 "Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar"

FITNAH UMNO KANTOI!!!!!!! KAH KAH KAH KAH KAH...

Ngeh: Kami peroleh tanah K'tan melalui pasaran terbuka

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham menafikan dakwaan bahawa kerajaan Kelantan telah memberi tanah kepadanya sebagai pertukaran sokongan, dengan menegaskan bahawa syarikat itu diperoleh melalui pasaran terbuka.

Tanah tersebut, kata Ngeh dalam satu kenyataan hari ini, telah diperolehi melalui pembelian syarikat yang dianugerahkan 10,526 hektar tanah oleh kerajaan negeri, maka oleh itu, tidak ada unsur rasuah yang terlibat.

Beliau menambah bahawa perjanjian perniagaan itu bukan satu rahsia kerana DAP dan kepimpinan Pakatan Rakyat negeri, serta kerajaan persekutuan, telah dimaklumkan mengenai pembelian itu.

"Saya ingin mengulangi bahawa Nga Kor Ming atau saya, tidak diberikan sebarang tanah oleh kerajaan Kelantan.

"Pengambilalihan Upayapadu Plantation Sdn Bhd bersama-sama dengan pelabur lain pada April tahun ini adalah satu transaksi komersial yang dibeli di pasaran terbuka," kata Ngeh.

Ngeh menyediakan trasisi terperinci siapakah pemilik tanah tersebut, sebelum beliau dan Ngab - ADUN Pantai Remis dan MP Taiping - mengambilalihnya.

1. Pada 13 September 2000, kerajaan Kelantan meluluskan tanah itu kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK).

2. Pada Disember 2000, tanah itu telah diluluskan kepada sebuah syarikat untuk dibangunkan tetapi syarikat itu gagal berbuat demikian. Tanah itu diambil balik oleh YIK pada 18 Ogos 2004.

3. YIK menganugerah tanah itu kepada Upayapadu Plantation untuk dibangunkan pada 28 Ogos 2005 dan perjanjian itu telah ditandatangani pada 3 Mei 2006.

4. Upayapadu Plantation juga tidak berjaya membangunkan projek itu dan pemegang sahamnya memutuskan untuk menjual syarikat tersebut.

5. Ngeh, Nga dan lain-lain pelabur membeli syarikat itu pada April 2012.

Dalam satu kenyataan awal yang dikeluarkan oleh setiausaha akhbar Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendedahkan bahawa Upayapadu Plantation sebelum ini dipengerusikan oleh Wong Yeon Chai - hartawan kayu di Pekan dan dikenali sebagai "Tengku Wong"./MalaysiaKini

Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!

Bila Umno mengaku rakyat sudah hukum mereka - Aspan Alias,


Penyelaras BN Selangor Mohamad Zain Mohamad telah meminta supaya DAP tidak mengungkit isu-isu lama terhadap BN Selangor kerana BN telah pun di hukum oleh rakyat SELANGOR pada pilihanraya 2008 yang lalu. Zain berkata “rakyat telah pun menghukum kami dan tidak usahlah mengungkit-ngungkit perkara lama”

Umno begitu ‘defensive’ dalam banyak isu. Malahan isu-isu yang di wujudkan oleh Umno lah yang menjadi penyebab keadaan negara jadi begini. Umno yang memerintah sejak merdeka maka segala isu terhadap kerajaan adalah isu terhadap Umno dan komponennya. Bukan begitu?

DAP tidak mengungkit cerita lama. Cerita Umno ini tidak pernah menjadi tua kerana isunya sama sahaja dari dulu. Isunya ialah isu kegagalan parti itu menjadi parti yang memerintah secara adil dan saksama, parti yang telah menggunakan kuasa yang keterlaluan dan parti yang menjadi penyebab rasuah berlarutan sehingga tidak dapat di kawal lagi.

Umno yang menyebut berulangkali yang DAP itu parti rasis dan Umno tidak rasis. Tetapi hakikatnya Umno lah yang memainkan isu rasis yang tidak ada batasannya sehinggakan menuduh bangsa lain sebagai pendatang dan bermacam-macam lagi.

Umno jugalah yang menjadi parti yang sentiasa menanamkan perasaan takut terhadap bangsa lain dan telah menjadikan orang Melayu itu lesu dan sentiasa mengharap kepada Umno khususnya kepada kepimpinan mereka. Umno lah yang tidak mahu Melayu itu bebas berfikir dan membangunkan kejatian pemikiran mereka kerana Umno mengharapkan ahli-ahlinya menjadi bangsa yang sentiasa mengharap kepada kerajaan dan tidak dari yang lain.

Apa yang lebih menyedihkan lagi Umno lah yang membantutkan matlamat penyatuan dan hidup bersama secara aman denhgan bangsa-bangsa lain. Sebab Umno berbuat demikian ialah kerana UMNO mempunyai kepimpinan yang lemah. Seorang pemimpin yang lemah selalunya akan melakukan perpecahan sesama rakyat yang berbilang kaum agar kaumnya, iaitu Melayu akan sentiasa mengharapkan perlindungan dari partinya, sedangkan mereka tidak ada sebab kenapa mereka mesti takutkan. Akhirnya Melayu menjadi parti yang menyebabkan Melayu itu menjadi bangsa yang penakut dan tidak berani bersaing dalam kehidupan.

Apa yang diperkatakan oleh Mohamad Zain itu adalah perkara yang sudah lama kerana itulah dia isunya dari dulu sehingga sekarang. Isu yang di sebutkan tadi adalah isu yang tidak akan menjadi isu lama kerana semuanya itu masih berlaku sekarang ini. Jika isu 24 bidang tanah yang di beli oleh pimpinan Umno Selangor dan menjualnya kepada agensi kerajaan Selangor sendiri dengan harga yang tinggi itu tidak di keluarkan oleh DAP, siapa pula yang akan menjadikannya isu lagi.

Kita tidak boleh mengharapkan sesiapa di dalam Umno untuk memberitahu rakyat. Sebagai parti yang bertanggungjawab maka tentulah DAP akan memberitahu rakyat supaya ia tidak berulang lagi dilakukan oleh BN. Bukan sahaja DAP, sesiapa juga mesti keluar dan memberi tahu rakyat tentang apa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dahulu kerana mereka (Umno) tidak boleh lagi kembali berkuasa di Selangor. Jika mereka kembali berkuasa maka budaya itu pasti akan wujud kembali.

Jika Umno kembali di berikan mandat ia akan tetap di ketuai oleh pemimpin-pemimpin  yang dahulu juga, iaitu yang melakukan kerja-kerja tidak baik itu. Umno Selangor bukan ada pun pimpinan gantian kerana yang pandai sudah tidak ada lagi dalam Umnokerana mereka telah disisihkan dari dulu lagi. Mereka kini berada dalam PAS, DAP dan PKR. Umno Selangor hanya mempunyai pemimpin seperti Noh Omar sahaja. Noh sendiri sedang menghadapi berbagai-bagai isu termasuk isu pembekalan benih padi yang berkaitan dengan salah guna kuasa melibatkan puluhan juta ringgit.

Dalam keadaan Umno menghadapi isu-isu berat pemimpin seperti Noh ini masih menggunakan kuasa di Kementeriannya untuk melakukan perkara yang menipu rakyat tani ini. Itu sebabnya saya selalu berkata yang Umno dan pimpinan mereka sedang menghadapi krisis ketagihan rasuah yang merupakan ketagihan yang lebih merbahaya dari ketagihan dadah. Ketagihan ini menghinggapi keseluruhan kepimpinan Umno di setiap peringkat.

Siapa lagi yang ada di kalangan Umno yang menjadi pimpinan gantian bagi menerajui kerajaan Selangor itu? Kalau ada pun tentu lah nama yang baru yang belum tentu baiknya. Ramai juga mereka yang baik-baik dalam Umno yang pernah diberikan tempat oleh parti duduk di dalam kerajaan.

Tetapi yang baik ini pun akan menjadi tidak baik kerana jika mereka mengekalkan sikap baik mereka, pemimpin seperti ini tidak akan kekal dalam kedudukan mereka. Itu sebabnya ramai yang bersetuju jika kita bersedia untuk bersekongkol dengan mereka yang berbudayakan rasuah itu mereka akan kekal dalam jawatan mereka. Bukan kah ini sudah menjadi ‘attribute’ Umno yang tegar?

Oleh itu Dato’ Seri Mohamad Zain mesti faham DAP atau parti-parti lain dalam PR, mereka bukannya mengungkit perkara lama tetapi perkara itu masih manjadi isu yang sentiasa baru. Dato Seri Zain mesti terima kenyataan yang Umno begitu susah untuk kembali berkuasa di Selangor sekarang ini.

Jika Zain sendiri mengaku yang Umno pernah buat salah dan telah menerima hukumannya kenapa pula bersungut-sungut. Jika mengikut etika dan moral demokrasi sebenarnya Umno tidak sepatutnya menyertai pilihanraya kali ini./HarakahDaily

"Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar"

Penyokong Umno Sudah Gila dan Melampau Bantah....


Lagi kes bantah konvoi, Ketua Penerangan Anak ditahan dan diikat tangan
 Lagi kes bantah konvoi, Ketua Penerangan Anak ditahan dan diikat tangan
Noraza Muda yang ditahan dan diikat tangan di sebuah pondok rehat.
 
MARAN -   Kembara Oren Selamatkan Felda peringkat Pahang, kelmarin kecoh apabila Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Noraza Muda yang mengetuai konvoi ditahan dan diikat tangannya.
    
Tindakan tersebut dilakukan bagi menghalang Noraza dan peserta konvoi memasuki kawasan Felda Kampung Awah, Chenor.
    
Pengarah Pilihan Raya Pas Maran, Shamsuri Hussin yang turut menyertai program berkenaan berkata, pada awalnya konvoi berjalan dengan lancar dari Felda Bukit Kepayang, Bera.
  
"Suasana bermula apabila konvoi tiba di Felda Kampung Awah. Noraza ditahan dan diikat kedua belah tangannya.
   
Katanya, tindakan tersebut menimbulkan kemarahan peserta konvoi dan berlaku ketegangan di kawasan tersebut.
    
Menurutnya,  keadaan kembali reda apabila Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan, Sulaiman A. Hamid  campur tangan dan mengarahkan Noraza yang ditahan selama 15 minit di sebuah pondok dilepaskan.
  
Katanya, hasil rundingan dengan penduduk, konvoi dibenarkan memasuki kawasan Felda dan meneruskan program penerangan jelajah di Markas Pas di dalam kawasan Felda itu.
  
Shamsuri berkata, insiden berkenaan cukup mengecewakan dan pihaknya mengutuk tindakan tidak bermoral pihak yang menghalang jelajah berkenaan.   
     
Menurutnya, peserta konvoi juga terkilan dengan tindakan pihak yang mencetuskan provokasi.

“Perbuatan ini melanggar Perlembagaan dan undang-undang yang memberi hak kepada semua rakyat negara ini untuk ke mana sahaja dan berhimpun dengan aman.

“Pemuda Pas Maran yakin bahawa sebahagian besar peneroka dan penduduk Felda kini matang dalam berpolitik, mereka tahu untuk memilih pimpinan dan wakil dalam memperjuangkan hak dan kebajikan mereka.

Kelmarin, Kembara Oren di Negeri Sembilan kecoh apabila ratusan penduduk menghalang laluan konvoi berkenaan.

Sebelum ini pada 3 November insiden yang sama berlaku di Felda Lawin Selatan, Gerik Perak./SinarHarianOnline

 Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!

Isnin, Disember 24, 2012

Polis, FRU biarkan samseng Umno serang Kembara Oren – Saksi

KUALA LUMPUR 24 Dis: Seorang saksi yang turut mengikuti Kembara Oren ‘Selamatkan Felda’ Negeri Sembilan semalam kesal apabila polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) langsung tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang serangan samseng Umno ke atas kumpulan itu.
Samseng yang membawa bendera BN menghalang Kembara Oren masuk ke kawasan Felda Bukit Rokan Utara.

Rebin Birham yang juga Setiausaha Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN berkata, sikap pihak berkuasa amat mendukacitakan, walaupun peserta konvoi dipukul, dipijak dan diserang dengan pelbagai objek keras, tetapi serangan itu hanya mampu dilihat dan dibiarkan oleh polis.
“Felda Bukit Rokan Barat dan Utara, dan di Tampin, paling teruk berlaku provokasi. Penyokong Umno awal-awal sudah menunggu dengan bangga mengibarkan bendera BN, sambil memegang kayu, besi dan batu besar,” jelasnya kepada Keadilan Daily.

“Apa yang lebih menyedihkan apabila pasukan Rela turut membantu mereka membawa bendera tersebut,” kata Rebin yang juga Naib Ketua KEADILAN Cabang Jempol.

Menurut Rebin, pihak konvoi diberitahu serangan itu mendapat arahan pihak pengurusan Felda, yang mengarahkan penyokong Umno, pihak berkuasa dan anak muda Felda agar menghalang kembara dari memasuki kawasan tersebut.
“Saya percaya sebahagian besar mereka yang menyerang itu adalah remaja belasan tahun yang diupah. Kami tak lawan, kami cuma bertahan, itu yang menjadikan keadaan kami teruk diserang,” jelasnya.

Akibat serangan itu, Ketua Penerangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Naraza Muda cedera di bahagian kepala dipercayai dipukul dengan sebatang kayu yang tajam.
Jurukamera yang berdiri di bahagian belakang pacuan empat roda turut dipukul sehingga jatuh dari kenderaan lalu dipijak, selain cermin depan dipecahkan.

“Jelas Umno sangat terdesak. Mereka takut kita sampaikan maklumat yang benar tentang penyelewengan mereka kepada orang Felda,” kata Rebin./KeadilanDaily

"Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar"

PRU13: 80% pengundi sudah ada pilihan - Datuk Husam Musa


KOTA BHARU: Kira-kira 80 peratus pengundi di negara ini dianggap sudah mempunyai pilihan masing-masing bagi menentukan sama ada berlaku perubahan di Putrajaya atau sebaliknya.

Cuma sekarang Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional perlu merebut bakinya sebanyak 20 peratus lagi, di mana mereka belum membuat sebarang pilihan dan bergantung kepada situasi saat-saat akhir.

Bagaimanapun Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, berdasar kepada banyak kajian rata-rata rakyat tidak senang dengan kerajaan yang ada sekarang.

“Suhu kebencian rakyat terhadap pemerintah yang ada hari ini kadang-kadang melebihi penyokong Pakatan Rakyat,” katanya pada perasmian penutup pelancaran Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia peringkat negeri Kelantan di Putik hari ini.

Program berkenaan dihadiri ketua-ketua wanita Pakatan Rakyat di mana PAS diwakili Siti Zailah Mohd Yusoff, Zuraida Kamaruddin (PKR) dan Chong Eng (DAP).

Pemimpin dan penyokong ketiga-tiga parti bergabung pada satu program bagi memperincikan Agenda Wanita Malaysia yang dilancarkan di peringkat pusat beberapa bulan lalu.

Husam berkata, memandangkan kira-kira 80 peratus pengundi sudah mempunyai pilihan, jentera wanita Pakatan perlu mendekati 20 peratus lagi.

“Bagi membolehkan Agenda Wanita Malaysia yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia menjadi kenyataan, Pakatan perlu mempunyai kuasa di peringkat pusat.

“Dan bagi membolehkan Pakatan menang maka kita perlu bekerja mendekati 20 peratus lagi pengundi yang belum membuat sebarang pilihan,” ujarnya.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, berdasar pandangan bekas-bekas pegawai tinggi tentera, kemungkinan besar tidak berlaku huru hara sekiranya berlaku perubahan di Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Menurutnya pasukan tentera tidak mungkin campur tangan sekiranya berlaku perubahan kerajaan, tak mengulangi apa yang berlaku di Timur Tengah.

Kata beliau kuasa rakyat lebih besar berbanding kuasa tentera berdasar kepada banyak sejarah yang berlaku sebelum ini.

Beliau juga berharap jentera kempen wanita Pakatan mendekati isteri-isteri anggota tentera memandangkan bilangan pengundi pos sekarang terdapat seramai 200,000.

“Misalnya kawasan parlimen yang ditandingi PAS mempunyai bilangan pengundi pos ramai sekarang ada 18 kerusi.

“Pada pilihan raya umum lalu kita menang di 7 kerusi parlimen dan tewas di 11 lagi kerusi yang mempunyai bilangan pengundi pos begitu ramai.

“Ini termasuk di Jeli. Berdasar kepada pengundi awam PAS sudah menang, namun apabila dicampur undi pos PAS ketinggalan di belakang,” ujarnya.

Oleh itu katanya, tawaran tujuh perkara yang terkandung dalam Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia perlu didedahkan kepada isteri-isteri anggota tentera dan rakyat di bawah.

Antaranya Caruman Wanita Malaysia bagi surirumah berpendapatan isirumah kurang RM1,500 sebulan akan dicarum RM600 setahun daripada kerajaan dan caruman khas suami RM120.

Selain itu ditawarkan perlindungan kesihatan dan ekonomi, tabung bantuan musibah dan tabung simpanan hari tua.

Pada majlis itu juga 50 wanita muda membaca ikrar dengan diketuai Naib Ketua Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Mohd Nawi./HarakahDaily

10 BONUS TERTINGGI AHLI VIP DI BLOG USAHAWAN INTERNET...

Muhyiddin wajar cermin diri - Pemuda Pas


Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
DEWAN Pemuda Pas Negeri Kelantan menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ‘bermulut celupar’ kerana mengatakan bahawa orang Melayu yang menyokong Umno adalah mungkar. Kenyataan Muhyiddin tersebut disiarkan oleh beberapa akhbar termasuk Berita Harian dan Sinar Harian hari ini 23 Disember 2012.

Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan melihat kenyataan terbaru Muhyddin ini sebagai satu kenyataan yang melampau dan tidak berasas. Ia dihamburkan semata-mata untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar yang dilontarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

Apa yang patut difahami oleh Muhyiddin ialah kenyataan  Nik Abdul Aziz bermaksud perjuangan Umno yang berterusan menentang Pas khususnya di Kelantan dan berusaha menjatuhkan kerajaan Kelantan yang jelas melaksanakan dasar-dasar pentadbiran Islam adalah satu perbuatan yang mungkar. Ini kerana jika Pas diganti dengan Umno di Kelantan, sudah pasti dasar-dasar mesra syariat yang diperkenalkan di Kelantan akan dirombak semula dan Kelantan akan kembali ditadbir sebagaimana negeri-negeri lain di bawah pentadbiran Umno/Barisan Nasional.

Ini belum mengambil kira budaya rasuah dan pecah amanah yang sudah mendarah daging di dalam perjuangan Umno. Justeru, meletakkan parti sebegini sebagai pemerintah adalah merugikan negara dan jelas merupakan perkara mungkar.

Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan menyeru Muhyiddin agar bercermin diri terlebih dahulu sebelum melabelkan pihak lain sebagai celupar. Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan ingin mengingatkan Muhyiddin keceluparannya sendiri ketika berkempen di pilihan raya kecil Dun Tenang pada 22 Januari 2011 yang memberikan amaran kepada MCA tentang ‘negara Islam yang menjadi matlamat Pas’. Bahkan Muhyiddin menyokong tindakan MCA yang memainkan isu negara Islam atas asas ‘untuk mengingatkan masyarakat Cina’. Kenyataannya ini direkodkan sendiri oleh Jabatan Penerangan Malaysia dan jika Muhyiddin lupa, beliau boleh merujuk kepada pautan berikut: (http://eakhbar.penerangan.gov.my/eakhbar/berita/cetakberita.php?idk=346444).

Untuk lebih jelas, Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan menukilkan kembali sebahagian daripada petikan yang terdapat di dalam kenyataan penuh beliau, “Since years ago, Pas has never said it will amend the party constitution, the establishment of an Islamic State is still there..” (Sejak dulu, Pas tidak pernah berkata ia akan meminda perlembagaan parti, cita-cita untuk menubuhkan Negara Islam tetap masih ada..")

Apakah matlamat daripada kenyataan Muhyiddin di hadapan pemimpin MCA ini jika tidak bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina tentang negara Islam? Dalam masa yang sama, Muhyiddin di ucapan pembukaaan Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri Umnp yang lalu melabelkan Pas sebagai ‘Lebai Malang’ kerana kononnya terpaksa menggadaikan prinsip negara Islam. Inilah lidah bercabang yang dimiliki oleh Muhyiddin yang wajib diketahui oleh orang Melayu Islam keseluruhannya. Sifat hipokrit inilah yang menjadi senjata Umno sekian lama untuk meraih sokongan orang-orang Melayu.

Merujuk kepada kenyataan Mursyidul Am Pas yang menyebut perkataan ‘mungkar’ dan didakwa oleh Muhyiddin sebagai fatwa, bagaimana pula dengan kenyataan ulama muktabar Umno di Kelantan, Abdullah Saamah yang mengeluarkan fatwa bahawa berdosa menyokong Pas? Kenyataan ini disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 21 Februari 2012. Ini belum mengambil kira kenyataan Menteri Besar Terengganu yang melabel Pas sebagai ‘parti ajaran sesat’. Tidakkah ini juga boleh disebut sebagai ‘fatwa’ pemimpin Barisan Nasional?

Justeru, dalam hal ini Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan menyeru Muhyiddin sekali lagi agar berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata. Perlu diingatkan bahawa sejarah politik Malaysia menyaksikan tidak semestinya seorang Timbalan Perdana Menteri akan menjadi Perdana Menteri. Cita-cita Muhyiddin barangkali tinggi melangit, tetapi nasib jatuh bangun kerajaan Barisan Nasional masih belum diketahui./SinarHarianOnline

* Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan

Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!

Ahad, Disember 23, 2012

'Amanat Haji Hadi tak pernah kafirkan Umno'

Petikan ucapan Datuk Seri Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli-ahli Umno, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi 'amanat' itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata.

"Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid.

Beliau kemudian membacakan sedutan penuh amanat tersebut yang dibuat Hadi pada satu ceramah umum di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

"Jadi, di mana yang dikatakan Ustaz Hadi menyatakan Umno kafir.

"Inilah yang dikatakan putar belit media Umno," katanya dalam sidang media di pusat khidmat beliau di Shah Alam semalam.

Tegasnya lagi, ucapan Hadi itu pada hakikatnya menggariskan prinsip-prinsip perjuangan PAS yang menentang Umno kerana mereka mempunyai wawasan berbeza yang tidak sama dengan kehendak hati ahli-ahli PAS.

"Dengan itu, tidak boleh dikatakan kita kata Umno kafir," katanya.

Tambahnya lagi, budaya kafir- mengkafir yang didakwa Umno diamalkan PAS sebenarnya adalah dakyah yang direka-reka oleh Umno sendiri.

"Budaya kafir-mengkafir bukan daripada PAS, tetapi Umno yang kata PAS kata Umno kafir," tegasnya.

Dalam sidang media yang sama, Khalid turut merakamkan ucapan 'tahniah' kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memberikan 'tauliah' kepada golongan selebriti untuk berceramah di masjid dan surau di seluruh Selangor.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Disember 2012 yang bertajuk 'Tidak halang selebriti berceramah di
masjid'.

Khalid sendiri sebelum ini ditarik tauliahnya untuk mengajar agama di Selangor./MalaysiaKini

"Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar"

Sabtu, Disember 22, 2012

BERITA SEDIH!!! AES tetap dilaksana jika BN menang PRU

KUALA LUMPUR 22 Dis: Tindakan Jabatan Peguam Negara menangguhkan sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), hanya bersifat sementara hingga pilihan raya umum ke 13.
“Bila BN menang semula (pilihan raya umum ke-13), AES akan dilaksanakan,” kata Bendahari KEADILAN, William Leong.

AES ditangguhkan pada 18 Disember lalu selepas tiga bulan beroperasi dengan 300,000 saman dikeluarkan manakala 10,000 telah membayar denda.
“Peguam Negara kata AES ada masalah, sedangkan penguatkuasaan undang-undang tersebut yang bermasalah. Denda tak boleh dijadikan untung kepada syarikat.

“Saman RM300 itu adalah pendapatan kerajaan dan dimasukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan. Dalam Bajet 2013, pendapatan tersebut perlu dikemukakan di Dewan Rakyat,” katanya kepada Keadilandaily.

Jelas William, butiran kutipan saman yang dikongsi kerajaan dengan Beta Tegap dan syarikat pengendali AES, Ates Sdn Bhd tidak dinyatakan semasa pembentangan belanjawan Kementerian Pengangkutan bagi tahun 2013.

“Kalau AES kutip denda dan masukkan (dalam akaun syarikat), ia salah,” tegas William.
Pada 21 November 2012, speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia meluluskan bajet Kementerian Pengangkutan melalui undi belah bahagi menyaksikan 79 ahli parlimen BN menyokong, berbanding ahli parlimen Pakatan Rakyat bagi pelaksanaan sistem AES.

“Inilah hipokritnya ahli parlimen Barisan Nasional. Berani kritik AES di luar Dewan (Rakyat). Bila sampai waktu undi (mereka sokong sistem AES),” kata Wiliam./KeadilanDaily

 Kontraktor Elektrikal Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka..

Bakar jambatan antara simbol kejahatan Umno



Apabila bercakap fasal berbagai tindakan agresif para pembela dan pejuang bangsa di dalam Umno, kononnya untuk mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara, maka teringatlah beberapa peristiwa besar yang telah dirakam oleh sejarah. Peristiwa dan kejadian itu juga secara tidak langsung menunjukkan akan kerakusan, hilang akal politik orang Melayu khasnya dan politik Malaysia amnya.

Ada beberapa kejadian yang berlaku, sebenarnya amat perit untuk dikenang tetapi terpaksa disebut untuk dijadikan iktibar. Biarlah generasi terkini menilainya sendiri dari perspektif mereka.

Semua peristiwa ini sebagai tanda mata kepada kecederaan politik bangsa Melayu. Kejadian-kejadian yang tidak sepatut berlaku ini jika diukur kepada hakikat sebangsa dan seagama, tetapi ia berlaku dan menjadi bukti betapa sadis politik Melayu yang dilakukan oleh Umno. Umno telah bertindak kejam dan di luar batas-batas demokrasi, dan ada kalanya di luar batas-batas undang-undang dunia sekalipun. Batas agama dan adat tidak perlu dikira lagi kerana Umno parti paling Melayu!

Perbuatan atau kejahatan politik Umno ini bukan sehari dua ini, bukan bermula dengan peristiwa 'menagur' bas PKR, mengganggu ceramah Anwar, atau pun menyerang petugas-petugas di tempat ceramah seperti berlaku di Gombak Selatan, tetapi ia berlaku sejak tahun 1969 lagi kira-kira lebih 40 tahun lalu. Bahkan Umno menubuh skuad khas untuk melakukan pengkhianatan dan gangguan terhadap demokrasi. Bolehlah dikatakan kejahatan Umno bermula sejak di dalam telor lagi.

Di antara peristiwa membuktikan kekejaman dan kezaliman Umno ialah, kejadian membakar jambatan atau gertak di Kampung Gertak No 3 di dalam Dewan Undangan Negeri Gual Periok, Rantau Panjang, Kelantan di kampung saya sendiri. Bolehlah dianggap kejadian ini berlaku di hadapan mata saya sendiri.

Kejadian itu berlaku pada tahun 1969 semasa pilihan raya umum. Menjelang hari mengundi pemuda tahan lasak Umno dari Rantau Panjang telah bertindak membakar jambatan di kampung Gertak 3, yang menghubungkan Kampung Baruh Pial, Kubang Kual dan Bukit Tandak dengan pusat mengundi di Kampung Bakat. Gara-gara pembakaran itu menyebabkan lebih 200 orang pengundi tidak dapat keluar mengundi.

Natijah dari perbuatan itu calon Pas Nawawi Ahmad kalah kepada Hussein Ahmad dengan majoriti tipis. Kemenangan Hussein Ahmad yang disifatkan sebagai kemenangan dengan cara jahat itu memberi peluang pertama kali untuk Hussein menjadi wakil rakyat selepas tewas beberapa kali sebelum itu. Sebenarnya tidak menjadi masalah kalau Hussein menang, tetapi kesan psikologi politik dari peristiwa itu besar dan tambah malang lagi kejadian itu memburukkan kitab sejarah negara.

Dengan kejadian itu juga dunia mengenali akan kejahatan orang politik di daerah sempadan itu.

Semasa balik ke kampung minggu lepas saya mengunjungi lokasi kejadian itu untuk mengingat dan menghimbau kembali peristiwa berkenaan. Jambatan atau pun anak sungai yang dibina jambatan (gertak) itu sudah pun tiada. Jalan yang dulu bertanah merah dan berdebu kini sudah diturap tar. Kesan-kesan puing-puing pembakaran juga sudah tidak ada.
Lama saya berdiri dan memerhati di sekeliling lokasi itu sambil membayangkan bagaimana kecewa dan peritnya penyokong Pas melihat kejadian itu menyebabkan mereka gagal untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi, kerana perhubungan ke tempat mengundi sudah putus. Saya bayangkan tentu adalah mak cik dan pak cik menangis, kegeraman sambil melihat jambatan dimakan api.  Namun mereka hanya bisa menangis dan berdoa mengharap Allah memberi petunjuk kepada semua.

Generasi hari ini termasuk di Gual Periok dan Rantau Panjang tidak pernah tahu bahawa di situ pernah berlaku kejadian menyayatkan hati. Buku sejarah di sekolah menengah dan rendah tidak mencatat peristiwa itu sebagai lambang kerakusan politik negara.

Namun bagi generasi yang lahir tahun 50-an dan 60-an yang peka kepada sejarah dan politik tetap akan mengingatkan sesuatu yang pernah terjadi di situ. Peristiwa itu kemas melekat di sanubari mereka. Walaupun api yang membakar jambatan kayu itu sudah padam, asapnya sudah dibawa angin dan dihirup kabus namun nyalaannya masih menyambar mata dan minda orang-orang generasi 60-an seperti saya.

Selamanya peristiwa yang pernah berlaku di lokasi itu akan diingat dan dikenang, bukan saja oleh orang-orang Pas dan rakyat di Gual Periok tetapi orang Pas dan rakyat Malaysia yang mencintai demokrasi juga, dan oleh mereka yang membenci kerakusan dan kebiadaban si pelakunya. - http://msomelayu.blogspot.com /HarakahDaily

Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!

Nik Aziz masih relevan, perlu tanding PRU - PAS


Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali 
 
SHAH ALAM - Pas menegaskan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih relevan untuk menjadi salah seorang calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti yang telah diputuskan oleh pihaknya meskipun masalah kesihatan beliau dipersoalkan oleh sesetengah pihak.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali berkata, pendirian Nik Aziz untuk bertanding dalam PRU13 adalah keputusan parti yang masih memerluka beliau untuk bersama memimpin.

Beliau berkata, Nik Aziz dan juga Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih relevan dan Pas mempunyai pertimbangan tersendiri untuk mengekalkan kedua-dua calon tersebut.

"Kita telah putuskan Nik Aziz dan Hadi (Presiden Pas) bertanding pada PRU13 ini.

"Masalah kesihatan sikit itu memang ada dan menjadi perkara biasa.

"Jadi Nik Aziz dan Presiden memang masih relevan, parti mempunyai pertimbangan sendiri mengapa masih mengekalkan mereka," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam mengikut laporan media, Nik Aziz mengulangi pendiriannya untuk tetap bertanding pada PRU13 walaupun keadaan kesihatan dipersoalkan.

Nik Aziz berkata, untuk bertanding pada pilihan raya, ia sama sekali tidak memerlukan seseorang calon itu sihat tubuh badannya tetapi cukup mempunyai pemikiran yang baik.
"Insya-ALLAH...apa sahaja yang Umno tidak suka, itulah yang saya akan buat (bertanding). Bertanding politik bukan perlu tubuh badan sihat tetapi akal yang sihat. Bertanding bukan semestinya untuk bertumbuk. Kalau bertumbuk saya minta maaf," katanya.

Mengulas lanjut Mustaffa turut mengakui keupayaan berfikir dan otak yang sihat penting untuk politik bukan bergantung sepenuhnya kepada kekuatan fizikal seperti yang dikatakan Nik Aziz.
Beliau berkata, jadi Pas tidak akan mengubah sebarang keputusan yang telah diputuskan walaupun ada desakan atau kritikan daripada parti lain yang mempertikaikan keadaan calon telah dipilih termasuk Nik Aziz./SinarHarianOnline


KUMPULAN BAKAL JUTAWAN ONLINE V1FUEL BOOSTER

Anwar jemput Zeti bincang isu aliran keluar wang haram

Anwar jemput Zeti bincang isu aliran keluar wang haram

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menyertai wacana bagi membincangkan usaha membanteras aliran keluar wang haram dari negara ini.

Menyifatkan penemuan Global Financial Integrity (GFI) berhubung perkara itu sebagai mengganggu, Anwar berkata beliau akan menghantar jemputan kepada Zeti, menteri besar dan ketua menteri Pakatan hari ini untuk menghadiri wacana itu yang dijangka diadakan pada Januari 2013.

Anwar juga berharap Zeti akan mengambil bahagian dalam perbincangan itu dan ahli Umno serta BN juga boleh berbuat demikian di mana, forum itu akan pada bulan depan.

"... jumlah aliran keluar wang haram yang meningkat 111% dari angka US$30.41 bilion (bersamaan RM94.27 bilion) pada 2009 kepada US$64.38 (bersamaan RM199.58 bilion) dalam 2010 adalah bukti kegagalan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri dan menteri kewangan dalam menguruskan ekonomi negara," katanya.

Anwar menyifatkan tempoh 2009 dan 2010 ini adalah tempoh kritikal pentadbiran Najib yang menggambarkan dasar dan pendekatan ekonomi yang beliau laksanakan./MalaysiaKini

Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!

Khamis, Disember 20, 2012

Pembahagian kerusi PR 90% selesai - DSAI


Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim 
 
PETALING JAYA - Pembahagian kerusi Pakatan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah selesai lebih 90 peratus, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia memang sedang berlangsung.  Selangor umpamanya selesai, Pulau Pinang satu (kerusi), Kedah satu (kerusi), Perlis satu (kerusi) setakat yang saya diberi maklum, Perak dua (kerusi), jadi maknanya 90 peratus sudah selesai.

"Kalau selesai semua tak ada kerja pula Majlis Perunding," kata Anwar berseloroh pada sidang media mingguan PKR, di sini, hari ini.

Sementara itu ditanya berhubung permintaan DAP untuk menambah bilangan kerusi, Anwar berkata, perkara itu belum sampai secara rasmi kepada beliau.

Bagaimanapun katanya, tradisi dalam Pakatan Rakyat membenarkan permintaan seperti itu dan ia akan dibincangkan.

"Kalau minta melebihi munasabah tak boleh diterima, tapi ia dibenarkan," kata Anwar.

"Pas, PKR dan DAP minta beberapa kawasan. Kebetulan kenyataan dari DAP. PKR begitu, Pas juga begitu. Dalam perbincangan di  kawasan yang dianggap punya keupayaan menang lebih baik
baik," tambah beliau.

Menurut Anwar, kaedah pembahagian kerusi Pakatan Rakyat adalah berasaskan pilihan raya umum yang lalu.

"Kita guna dasar 2008 kemudian ditambah, dikurang dan ditukar," jelasnya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam konvensyen parti itu  baru-baru ini meminta kerusi tambahan untuk DAP dan pihaknya akan menampilkan calon-calon mengikut kelayakan serta mempunyai peluang cerah untuk menang PRU13.

Beliau berkata, calon keturunan Cina yang dipilih oleh parti juga mestilah yang boleh berkhidmat untuk kepentingan masyarakat lain, tidak terhad kepada kaum Cina sahaja.

"Yang penting ialah kita mahu semua pemimpin mendekati semua rakyat Malaysia. Kenapa hanya Melayu mendekati orang Melayu, Cina mendekati kaum Cina, India mendekati kaum India sahaja? Ini bukan konsep Malaysian Malaysia yang kita tentukan (perjuangkan)," katanya.

Bahkan katanya, DAP juga akan menampilkan calon Melayu bagi meraih sokongan kaum itu./SinarHarianOnline

"Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar"

Aliran wang haram bukti rasuah Malaysia berleluasa - DSAI

Laporan terbaru oleh Global Financial Integrity (GFI) meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram (illicit financial flows) di kalangan negara-negara membangun di seluruh dunia bagi tahun 2010. Walaupun ini sudah diduga, namun jumlah besar wang haram yang dipindahkan keluar dari Malaysia di antara tahun 2000 hingga 2010 tetap mengejutkan negara.

GFI memantau aliran keluar wang haram dengan menggunakan kaedah ekonomi yang diterimapakai di seluruh dunia. Kajian GFI adalah satu-satunya kajian seumpamanya yang dijadikan kayu ukur di seluruh dunia. Makanya, dapatan kajian GFI yang meletakkan Malaysia di kedudukan tercorot sewajarnya diambil serius oleh semua pihak di Malaysia.

Malaysia adalah sebuah negara yang ekonominya bergantung kepada perdagangan antarabangsa. Kegiatan eksport dan import melibatkan aliran wang keluar masuk dan perpindahan dana pelaburan yang saban hari menjadi lebih rumit. Oleh itu, dapatan kajian GFI ini memberi gambaran besarnya ketirisan ekonomi dalam negara dipindahkan ke luar negara yang akhirnya merugikan rakyat.
Sebab itu saya memulakan siri sidang akhbar mingguan saya menjelang Pilihanraya Umum 13 (PRU13) ini dengan memberi fokus kepada krisis aliran keluar wang haram. Ia menjadi bukti bahawa rasuah, penyelewengan dan tiadanya disiplin tata kelola yang telus akhirnya akan meranapkan kedudukan ekonomi Malaysia yang dibina selama ini.

Dalam laporannya, GFI menggariskan tiga aspek utama yang mempengaruhi jumlah aliran keluar wang haram sesebuah negara, iaitu:
1. Isu-isu makroekonomi sesebuah negara yang bersabit rapat dengan persepsi rasuah dan berleluasanya rasuah;
2. Saiz ekonomi haram dari kegiatan-kegiatan haram seperti kongsi gelap, perjudian tanpa lesen dan lain-lain; dan
3. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah oleh institusi yang dipertanggungjawabkan menyebabkan tiadanya disiplin tata kelola pentadbiran ekonomi yang baik
Oleh itu, jumlah aliran keluar wang haram yang meningkat 111% dari angka US$30.41 bilion (bersamaan RM94.27 bilion) pada tahun 2009 kepada US$64.38 (bersamaan RM199.58 bilion) dalam tahun 2010 adalah bukti kegagalan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam menguruskan ekonomi negara.

Jika dibandingkan dengan negara-negara yang sama-sama menduduki tempat tercorot dari segi jumlah aliran keluar wang haram iaitu China, Mexico dan Arab Saudi (selain Malaysia), Malaysia adalah satu-satunya negara yang menyaksikan jumlah aliran keluar wang haramnya meningkat satu kali ganda dalam tempoh setahun antara 2009 hingga 2010.

Tempoh 2009 dan 2010 ini adalah tempoh kritikal pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak yang menggambarkan dasar dan pendekatan ekonomi yang beliau laksanakan. Justeru, peningkatan satu kali ganda aliran keluar wang haram di dalam tempoh ini membuktikan bahawa dasar dan pendekatan ekonomi beliau gagal membanteras rasuah, gagal menyekat aktiviti jenayah yang menjadi dalang ekonomi haram dan gagal memperkuatkan institusi negara untuk membudayakan tata kelola yang baik.
Oleh sebab itu, saya melontarkan jemputan yang tidak putus-putus kepada beliau untuk berdebat mengenai pengurusan ekonomi negara demi kebajikan rakyat. Saya yakin isu yang paling menarik minat rakyat dalam PRU13 ini adalah tata kelola pengurusan ekonomi yang baik, makanya Dato’ Seri Najib Tun Razak harus mempertahankan rekod pengurusan ekonomi beliau.

Setakat ini, rekod pengurusan ekonomi beliau tidak memberangsangkan. Selepas empat tahun menjadi Menteri Kewangan, beliau masih belum menyelesaikan masalah pokok ekonomi rakyat seperti kenaikan harga barang, perumahan rakyat yang tidak mencukupi, gaji yang tidak meningkat dan rasuah yang berleluasa. Pada peringkat pengurusan ekonomi makro pula, beliau masih gagal menyelesaikan masalah hutang negara, defisit belanjawan yang berpanjangan dan terkini, aliran keluar wang haram yang meningkat satu kali ganda di bawah pentadbiran beliau.
Jika prestasi ini tidak berubah, ia akan membawa musibah besar kepada ekonomi negara dan kebajikan rakyat.

Sebab itu, saya memandang serius sikap acuh tidak acuh Dato’ Seri Najib Tun Razak dan pentadbiran beliau dalam menangani masalah aliran keluar wang haram ini. Sehingga kini, masih belum ada jawapan dari beliau mengenai kegagalan dasar ekonomi beliau hingga melonjakkan Malaysia ke tempat kedua paling corot dalam tahun 2010 dari segi jumlah wang haram.
Saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan mengambil inisiatif untuk membawa pihak-pihak terbabit ke meja rundingan untuk mendalami masalah ini dan memuktamadkan pelan tindakan membanteras aliran keluar wang haram.

Hari ini, saya akan menulis kepada Tan Sri Zeti Akhtar, Gabenor Bank Negara, GFI dan Menteri-menteri Besar/Ketua Menteri Pakatan Rakyat untuk menjemput mereka menganggotai wacana membanteras aliran keluar wang haram yang dijangka diadakan dalam bulan Januari 2013.
Saya percaya negara memerlukan pendekatan membina untuk menyelesaikan masalah ini. Langkah segera perlu diambil dengan memuktamadkan pelan tindakan yang perlu dilaksanakan, bukannya dengan mengelak dari menjawab isu seperti mana gelagat Dato’ Seri Najib Tun Razak setakat ini.

Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
Sumber : KeadilanDaily

KUMPULAN BAKAL JUTAWAN ONLINE V1FUEL BOOSTER

Rabu, Disember 19, 2012

Berita Panas!!! Angin perubahan juga berlaku dalam Umno


Sekarang sudah timbul suara-suara kecil di dalam UMNO sendiri yang perubahan perlu berlaku kalau boleh di dalam UMNO sendiri. Keadaan ini tentulah disebabkan oleh kenyataan yang pemikiran baru sudah mula wujud dalam parti itu hasil dari pengalaman yang mereka sedang lalui sekarang ini. Sudah ramai di kalangan yang ahli-ahli UMNO, mereka wajar berubah kerana desakan yang begitu kuat dari rakyat.

Ia bermakna UMNO terpaksa menghadapi kekalahan buat sementara bagi menolak mana-mana pemimpin yang di anggap menjadi penyebab kenapa UMNO sudah sampai ketahap yang ada masa ini.  Jalan yang terbaik ialah pimpinan yang ada pada masa ini untuk berfikir dan menumpukan usaha untuk memenangi pilihanraya kali ini, walaupun jika terpaksa barisan pimpinan hari ini bersedia untuk berkorban dan mengundurkan diri.

Sesungguhnya tidak hina jika pimpinan hari ini mengundurkan diri dan diberikan tanggungjawab parti dan negara kepada seorang yang lain dari mereka yang berada di dalam Majlis Tertinggi parti atau dalam kerajaan. Kumpulan ini berkata yang UMNO perlukan imej yang baru dan imej yang baru itu akan hanya wujud jika parti dipimpin oleh orang yang baru yang tidak semestinya orang muda.

Di dalam keadaan sekarang ini ramai berpendapat di kalangan ahli-ahli UMNO yang bergiat yang parti itu akan merupakan parti yang akan tewas dalam perebutan mandat rakyat kali ini kerana segala-galanya sudah menjadi bubur. Keadaan tidak mungkin bertambah baik malahan kecenderungan untuk menjadi bertambah buruk adalah besar.

Orang Cina nampaknya sudah selesai dalam pelan melakukan perubahan ini dengan membuat keputusan memberikan sokongan bulat kepada DAP. Kita perlu menghormati apa yang di tentukan oleh kaum Cina kerana mereka tahu untuk  membuat keputusan apabila sampai waktunya. Saya selalu berkata orang Melayu memang susah untuk melakukan perubahan walaupun kecenderungan mereka untuk melakukannya kali ini sudah nampak jelas.  Maksud saya perubahan oleh orang Melayu seperti yang kita lihat sekarang ini sepatutnya telah dilakukan lama dahulu lagi. Kata perbilangan ‘better late than never’. PAS nampaknya merupakan ‘recipient’ kepada perubahan ini.

Apabila kita mendengar suara-suara yang inginkan usaha untuk memperbaiki UMNO dari dalam, persoalannya isu mempebaiki dari dalam itu memangnya satu kata-kata yang selalu sangat kita dengar dahulu. Tetapi akhirnya yang berniat pada asalnya untuk memperbaiki UMNO dari dalam itu sendiri berubah dan terpengaruh dengan apa yang lazim berlaku dalam parti itu. Malahan mereka pula yang lebih parah sikapnya dari ahli-ahli yang sudah sedia ada di dalam UMNO itu.

Mereka berbuat demikian kerana mereka yang bercita-cita untuk melakukan perubahan dari dalam itu akan diketepikan dan tidak laku dalam budaya parti itu lagi. Pendeknya yang hendak memperbaiki UMNO dari dalam itu kadang kala hanya cara mereka hendak berpolitik bagi mendapat sokongan ramai yang selalunya tidak kesampaian hajat mereka. Di antara yang ingin UMNO untuk belajar secara mahal ini agak ramai. Mereka sependapat yang UMNO tidak mungkin mampu untuk membuat baik kerana hendak berbuat baik. UMNO akan hanya menjadi baik jika parti itu benar-benar belajar yang rakyat serius mahu melihat perubahan bukan setakat perubahan malahan transformasi secara total.

Baru-baru ini LDP Jepun telah kembali mendapat mandat setelah beberapa tahun berada di pihak pembangkang setelah memerintah Jepun selama 50 tahun lamanya. Seperti yang saya sebutkan dalam posting semalam saya menunjukkan bukti parti yang membawa kemerdekaan India telah kembali berkuasa setelah dikalahkan oleh parti Janata hampir dua puluh tahun dahulu. Parti Kongress kembali dengan keadaan yang lebih baik dari sebelum ia ditumpaskan oleh Parti Janata dahulu.

UMNO pun terpaksa menghadapi situasi itu juga melainkan barisan pimpinan hari ini dengan segera memberikan laluan kepada seorang yang lain dari barisan MKT atau kabinet hari ini untuk menerajuinya untuk melihat imej dan aura yang baru dalam UMNO itu. Kurang dari itu, UMNO terpaksa menghadapi pelajaran seperti yang dilalui oleh LDP Jepun dan Kongress India.

Cara ini pun tidak mengapa kerana yang penting UMNO mesti belajar dan menjadi parti yang baik setelah melalui proses pembelajarannya, walaupun ia merupakan pembelajaran yang agak mahal. Berubah mesti berlaku.

Asalkan mendapat perubahan lakukanlah mengikut apa cara yang halal yang di benarkan oleh perlembagaan Persekutuan kita yang mapan itu/HarakahDaily. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!