Petikan ucapan Datuk Seri Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji
Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli-ahli Umno,
kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Sebaliknya, Khalid
berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi 'amanat'
itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata.
"Ia (amanat itu)
sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang
yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli
PAS," kata Khalid.
Beliau kemudian membacakan sedutan penuh
amanat tersebut yang dibuat Hadi pada satu ceramah umum di Kampung
Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
"Jadi, di mana yang dikatakan Ustaz Hadi menyatakan Umno kafir.
"Inilah yang dikatakan putar belit media Umno," katanya dalam sidang media di pusat khidmat beliau di Shah Alam semalam.
Tegasnya
lagi, ucapan Hadi itu pada hakikatnya menggariskan prinsip-prinsip
perjuangan PAS yang menentang Umno kerana mereka mempunyai wawasan
berbeza yang tidak sama dengan kehendak hati ahli-ahli PAS.
"Dengan itu, tidak boleh dikatakan kita kata Umno kafir," katanya.
Tambahnya
lagi, budaya kafir- mengkafir yang didakwa Umno diamalkan PAS
sebenarnya adalah dakyah yang direka-reka oleh Umno sendiri.
"Budaya kafir-mengkafir bukan daripada PAS, tetapi Umno yang kata PAS kata Umno kafir," tegasnya.
Dalam
sidang media yang sama, Khalid turut merakamkan ucapan 'tahniah' kepada
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memberikan 'tauliah' kepada
golongan selebriti untuk berceramah di masjid dan surau di seluruh
Selangor.
Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan akhbar
Sinar Harian bertarikh 19 Disember 2012 yang bertajuk 'Tidak halang
selebriti berceramah di
masjid'.
Khalid sendiri sebelum ini ditarik tauliahnya untuk mengajar agama di Selangor./MalaysiaKini
"Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...