KUALA LUMPUR 24 Dis: Seorang saksi yang turut mengikuti Kembara Oren
‘Selamatkan Felda’ Negeri Sembilan semalam kesal apabila polis dan
Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) langsung tidak mengambil sebarang
tindakan untuk menghalang serangan samseng Umno ke atas kumpulan itu.
Rebin Birham yang juga Setiausaha Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN
berkata, sikap pihak berkuasa amat mendukacitakan, walaupun peserta
konvoi dipukul, dipijak dan diserang dengan pelbagai objek keras, tetapi
serangan itu hanya mampu dilihat dan dibiarkan oleh polis.
“Felda Bukit Rokan Barat dan Utara, dan di Tampin, paling teruk
berlaku provokasi. Penyokong Umno awal-awal sudah menunggu dengan bangga
mengibarkan bendera BN, sambil memegang kayu, besi dan batu besar,”
jelasnya kepada Keadilan Daily.
“Apa yang lebih menyedihkan apabila pasukan Rela turut membantu
mereka membawa bendera tersebut,” kata Rebin yang juga Naib Ketua
KEADILAN Cabang Jempol.
Menurut Rebin, pihak konvoi diberitahu serangan itu mendapat arahan
pihak pengurusan Felda, yang mengarahkan penyokong Umno, pihak berkuasa
dan anak muda Felda agar menghalang kembara dari memasuki kawasan
tersebut.
“Saya percaya sebahagian besar mereka yang menyerang itu adalah
remaja belasan tahun yang diupah. Kami tak lawan, kami cuma bertahan,
itu yang menjadikan keadaan kami teruk diserang,” jelasnya.
Akibat
serangan itu, Ketua Penerangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan
(Anak), Naraza Muda cedera di bahagian kepala dipercayai dipukul dengan
sebatang kayu yang tajam.
Jurukamera yang berdiri di bahagian belakang pacuan empat roda turut
dipukul sehingga jatuh dari kenderaan lalu dipijak, selain cermin depan
dipecahkan.
“Jelas Umno sangat terdesak. Mereka takut kita sampaikan maklumat
yang benar tentang penyelewengan mereka kepada orang Felda,” kata Rebin./KeadilanDaily
"Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...