KUALA LUMPUR 22 Dis: Tindakan Jabatan Peguam Negara menangguhkan
sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), hanya bersifat sementara hingga
pilihan raya umum ke 13.
“Bila BN menang semula (pilihan raya umum ke-13), AES akan dilaksanakan,” kata Bendahari KEADILAN, William Leong.
AES ditangguhkan pada 18 Disember lalu selepas tiga bulan beroperasi
dengan 300,000 saman dikeluarkan manakala 10,000 telah membayar denda.
“Peguam Negara kata AES ada masalah, sedangkan penguatkuasaan
undang-undang tersebut yang bermasalah. Denda tak boleh dijadikan untung
kepada syarikat.
“Saman RM300 itu adalah pendapatan kerajaan dan dimasukkan dalam
Kumpulan Wang Disatukan. Dalam Bajet 2013, pendapatan tersebut perlu
dikemukakan di Dewan Rakyat,” katanya kepada Keadilandaily.
Jelas William, butiran kutipan saman yang dikongsi kerajaan dengan
Beta Tegap dan syarikat pengendali AES, Ates Sdn Bhd tidak dinyatakan
semasa pembentangan belanjawan Kementerian Pengangkutan bagi tahun 2013.
“Kalau AES kutip denda dan masukkan (dalam akaun syarikat), ia salah,” tegas William.
Pada 21 November 2012, speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia
meluluskan bajet Kementerian Pengangkutan melalui undi belah bahagi
menyaksikan 79 ahli parlimen BN menyokong, berbanding ahli parlimen
Pakatan Rakyat bagi pelaksanaan sistem AES.
“Inilah hipokritnya ahli parlimen Barisan Nasional. Berani kritik AES
di luar Dewan (Rakyat). Bila sampai waktu undi (mereka sokong sistem
AES),” kata Wiliam./KeadilanDaily
Kontraktor Elektrikal Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka..
Macam macam cara boleh dilakukan supaya duit itu mengalir keluar, contoh beli barang charge mahal mahal, buat projek letak harga mahal , buat servis charge harga mahal, duit tetap keluar juga.
BalasPadam