KULIM 30 DISEMBER: Datuk Seri Najib Razak terlepas dari tindakan
undang-undang sekalipun didedah berperanan dalam menarik balik akuan
bersumpah P Balasubramaniam kerana beliau masih Perdana Menteri.
Sebaliknya, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi sasaran
pendedahan Deepak Jaikishan, Ketua Umum KEADILAN itu pasti dikenakan
tindakan termasuk ditangkap.
Pada ceramah di Sungei Limau, Kulim, malam semalam, Setiausaha Agung
KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata Najib langsung tidak
disiasat, apatah lagi ditangkap.
“Ini membuktikan amalan double standard dalam sistem perundangan kerajaan Umno BN.
“Malah, Deepak tidak dipanggil untuk disiasat, baik polis atau SPRM.
Tapi jika dakwaan melibatkan Anwar, percayalah dengan segera mereka
geledah dan serbu Ketua Pembangkang.
“Kita akan tanya SPRM kenapa tak siasat walaupun Deepak sudah dedahkan bukti penglibatan Najib dalam isu SD Bala,” katanya.
Saifuddin berkata, pihak berkuasa melindungi Najib dan pemimpin Umno
BN walaupun mereka terbukti terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan wang
rakyat.
Beliau berkata, sikap berat sebelah itu jika dibiar berterusan akan merosakkan sistem keadilan dan perundangan di negara ini.
“Rakyat yang miskin dan tidak berwang akan menjadi mangsa kepada
sistem perundangan yang tidak adil.
“Jika tiada perubahan dalam PRU 13, musibah akan menimpa negara dan
mendatangkan kesengsaraan lebih teruk kepada rakyat selama lima tahun
akan datang,” katanya./KeadilanDaily
SYILING LAMA NAK di LELONG!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...